23

1.3K 54 5
                                    

"Cik Aysha nak pergi mana lagi?" Tengku Aysha menoleh sekilas ke Hazeem sebelum dia kembali berjalan.

"Jom makan llaollao, saya belanja!" Hazeem hanya mengikuti langkah Tengku Aysha sehingga lah sampai di hadapan kedai llaollao.

"Haii, saya nak dua cup small. Urmm lepastu nak pistachio sauce and choco ball. Hazeem awak nak apa?"

"Ikut Cik Aysha lah, saya tak kisah." Sesungguhnya dia tidak pernah beli atau makan llaollao. Oder kopi dekat starbucks pun dia tidak reti sebenarnya.

"Lagi satu nak Lotus biscof cookies sauce and lotus crushed caramel biscuit."

"Accept Amex tak?" Juruwang itu menggeleng sambil tersenyum.

"Sorry, we don't accept amex, card machine kitaorang tiba-tiba ada problem." Alahai sudah lah dia tidak membawa cash bersamanya. Amex ni pun sebenarnya Tengku Ardan punya. Abinya sendiri yang beri sebab Tengku Aysha kata dia nak pergi shopping.

"Kalau macam tu, saya nak qr lah." Juruwang itu pun mengangguk. Baru sahaja Tengku Aysha ingin mengeluarkan telefonnya, Hazeem terlebih dahulu menghulurkan sekeping duit 50 ringgit kepada pekerja itu.

"Tak apa Cik Aysha, saya bayarkan." 

"Thankyou, Hazeem." Ucap Tengku Aysha. Dia mengambil aiskrim yogurt itu lalu diberikan kepada Hazeem.

"Sepatutnya saya tau belanja awak, bukannya awak yang belanja saya." Hazeem hanya memberikan senyuman kepada Tengku Aysha. Mereka berdua duduk di kerusi yang berdekatan dengan kedai itu. Hazeem tertawa kecil melihat Tengku Aysha yang menikmati aiskrim yogurt.

Dia suka kalau tengok Tengku Aysha sedang makan, kalau makanan itu sedap dan kena dengan tekaknya pasti wanita itu menggoyang goyangkan kepala ke kanan dan ke kiri ataupun cuma menepuk nepuk tangannya sahaja.

"Excuse me, sorry kalau kacau korang tengah makan tapi Cik dengan Encik nak join tak contest kitaorang?" Tanya seorang wanita yang datang secara tiba tiba.

"Contest apa?" Tanya Tengku Aysha.

"Kitaorang ada buat contest about couple's photo, dekat photobooth sana tu..." Tunjuk wanita itu. Dia menyambung lagi.

"Couple's yang gambar dia paling gempak and look sweet together akan dapat hadiah!" Tengku Aysha terus memandang Hazeem.

"Boleh je, jom Hazeem!" Aiskrim yogurt Tengku Aysha sudah lama habis, tinggal aiskrim Hazeem sahaja lagi.

"Contest ni kena bayar ke?" Tanya Hazeem. Wanita itu menggeleng.

"It's just for fun, untuk event harini!" Hazeem mengangguk faham.

"Okay Cik boleh register dalam ipad ni. Isi emel and nombor telefon, lepastu nama kena guna nama samaran ya and last sekali kena follow instagram ni." Terang wanita itu dengan panjang lebar.

"Tapi saya tak ada instagram, boleh ke?" Tengku Aysha memandang pelik ke Hazeem. Hazeem ni memang baru lepas keluar gua ke?

"Wah, limited lah boyfriend Cik ni! Jarang-jarang tau lelaki macam encik ni zaman sekarang yang tak ada media sosial ni!" Puji Wanita itu. Tengku Aysha menjeling Hazeem, memang dia nak kena mintak pujian ke macam mana?

"Saya pergi dulu ya, kalau dah siap boleh letak ipad tu dekat atas meja ni and terus masuk dalam photobooth tu, kalau ada apa apa bantuan boleh panggil orang yang pakai baju macam saya ni tau." Wanita itu menunjukkan bajunya yang berwarna biru cair, dia terus beredar.

The Hidden Lies : Tengku Ayyash Hakimi | CWhere stories live. Discover now