61

1.1K 40 6
                                    

"Aysha..." Panggil Harraz perlahan. Tengku Aysha mengangkat wajahnya memandang Harraz. Harraz mendekati Tengku Aysha perlahan-lahan.

Tangan Tengku Aysha diambil, sebuah pisau lipat kecil diletakkan ke atas telapak tangan Tengku Aysha. Tengku Aysha mengerutkan dahi dan memandang Harraz dengan pandangan penuh tanda tanya.

"Apa ni?" Tanya Tengku Aysha. Ya, dia tahu benda itu pisau lipat tetapi apa motif Harraz memberikan dia pisau lipat ini?

"Aysha, aku nak mintak maaf dekat kau, aku tahu mungkin susah untuk kau terima permohonan maaf dari aku. Tapi aku nak mintak tolong kau satu benda je." Harraz terus menceritakan rancangannya kepada Tengku Aysha.

"Boleh kan? Aysha?.." Soal Harraz perlahan. Tengku Aysha mengangguk dengan lemah. Harraz tersenyum nipis.

"Aku tak nak Hazeem atau kau terkorban nanti. Aku harap sangat kau boleh buat benda ni nanti." Nampaknya Harraz juga sama seperti Hazeem. Mereka berpihak pada abangnya. Tapi kenapa tiba-tiba sahaja? Ada sesuatu berlaku ke?

"Aku keluar dulu Aysha. Ini rahsia antara kita berdua je tau?" Tengku Aysha menatap pemergian Harraz. Pisau lipat tadi masih berada di atas telapak tangannya. Dia perlu ikut ke rancangan Harraz tu? Harraz boleh jamin ke rancangannya itu akan berhasil?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ivy duduk bersila sambil termenung pada kolam renang dihadapannya. Dato Aqhar dan Tan Sri Arman masih lagi berborak di ruang tamu. Entah apa yang dibualnya pun dia tak tahu.

Telefonnya dipandang sekilas. Masih lagi tiada mesej daripada Tengku Ayyash. Dia betul-betul bagi Ivy masa ke?

"Rindunya dia..." Keluh Ivy.

"Boleh aku duduk?" Ivy mengangkat kepalanya. Fakhri yang menyeluk tangannya ke dalam poket seluar itu dipandang lama sebelum dia mengangguk.

Fakhri menyising seluarnya sebelum dia merendamkan kakinya ke dalam kolam renang.

"Kau fikir apa, Ivy?" Sibuk je Fakhri ni. Tengah fikir pasal encik suami kite lah.

"Tak fikir apa-apa pun," Fakhri ketawa.

"Aku kenal kau bukan sehari dua tau Ivy. Kita sempat bertunang almost a year. Nampak sangat muka kau tu macam gelisah semacam."

"Cerita lama tak payah ungkit lah. Aku nak jadi mak dah pun," Ivy mengelus perutnya. Arash rindu baba ya? Sama lah mama pun rindu baba.

"Saja je. Lagipun aku pun dah nak kahwin dah nanti. Aku cuma tak ada topik nak borak dengan kau." Ivy pula ketawa.

"Kau fikir pasal suami kau kan? Kenapa dia tak call kau ke?" Ivy perlahan menggeleng.

"Aku kenal Ayyash tu. Aku yakin dia lelaki yang boleh bahagiakan kau dan perfect untuk kau. Tak macam lelaki yang kau jumpa sebelum ni, semua bullshit!"

"Amboi bang. Cakap dengan diri sendiri ya?" Perli Ivy. Serentak mereka berdua ketawa.

"Well aku admit yang aku curang dulu. My bad, tapi kita bukannya suka sama suka pun kan? So tak apa lah aku nak keluar dengan mana-mana perempuan." Ivy menjeling Fakhri. Selamba badak dia je balas macam tu. Fakhri ketawa lagi.

"Eh aku tak nak ungkit cerita lama. Ha Ayyash tu, aku rasa dia yang terbaik untuk kau. Dia gentleman, penyabar, bertanggungjawab jugak, caring, rupa pun ada. Untung kau nyah!" Fakhri membuat gaya ala mat sotong.

Seketika Ivy lupa tentang masalahnya tadi. "Hahaha kau ni dah kenapa Fakhri. This is really you or not ni? Asal slayy sangat?" Fakhri ketawa.

The Hidden Lies : Tengku Ayyash Hakimi | CWhere stories live. Discover now