2

2.3K 77 2
                                    

"Daddy and mummy dah... dah meninggal dunia?" Mata Ivy sudah mulai berkaca kaca.

Rafael hanya membalas dengan anggukkan mukanya masih lagi ketat tanpa sebarang reaksi.

Katrina yang berada si sebelah Ivy sudah menundukkan kepalanya dia tidak sanggup ingin melihat Ivy mahupun Rafael. Tangisan Ivy mula pecah.

Katrina pun terus menarik tubuh Ivy kedalam pelukannya.

"Ivy bersabar ya." Katrina menggosok gosok belakang Ivy dia juga turut menangis bersama Ivy.

Rafael yang berdiri di pintu hanya mampu melihat dua orang wanita itu tenggelam dalam tangisan.
.
.
.
.
.
.

"Kalau tiada apa apa masalah esok Cik Ivy boleh pulang ke rumah." Kata Doktor Wardani iaitu doktor yang bertugas untuk memeriksa Ivy.

"Baik Doktor Wardani, Terima kasih." Ucap Katrina lalu Doktor Wardani meminta izin untuk keluar daripada bilik Ivy.

Ivy? Dia hanya diam selepas mendengar berita bahawa mummy dan daddynya sudah tiada di dunia.

Katrina memandang Ivy lalu bertanya "Ivy tak nak makan ke? Isi lah perut tu dulu ya."

Ivy membalas dengan gelengan. "Ivy nak tidur lah Cik Kat." Ivy memusingkan badannya membelakangi Katrina.

"Kalau macam tu I keluar dulu ya Ivy." Ivy mengganguk, posisinya masih sama membelakangi Katrina.

Sebaik sahaja Katrina keluar daripada bilik Ivy, Rafael terus bangun daripada kerusi lalu bertanya keadaan Ivy kepada Katrina.

"Ivy macam mana?" Tanya Rafael

"Macam tu lah dia masih tak mahu makan tapi doktor cakap tadi kalau tiada masalah esok dia boleh balik." Balas Katrina.

Rafael mengeluh lalu dia duduk kembali di kerusi "Mesti dia terkejut dengan apa yang jadi."

Katrina mengambil tempat di sebelah Rafael "Macam mana dengan suspek kes ni? Dah jumpa ke?" Rafael menggeleng sambil meraup wajahnya.

"Tuan Aqhar memang ramai musuh ke?" Tanya Katrina lagi.

"Kau dah kerja dengan dia nak dekat 10 tahun tak kan tak tahu?" Balas Rafael.

Katrina menjeling Rafael "Kalau I tahu I tak tanya you!"

"Aqhar.. Dia tak ada pun musuh, but aku rasa musuh dalam selimut tu probably ada."

Katrina memberi pandangan kosong kepada Rafael.

"You dah lama kerja dengan Tuan Aqhar and mestilah you tahu musuh real ke musuh dalam selimut ke?"

Rafael memberi senyuman senget kepada Katrina "I have one, who's been in my mind right now."

"Siapa?" Tanya Karina dia begitu semangat ingin mendengar siapa yang akan disebut oleh Rafael.

"Secret... Dah lah aku nak balik dulu ada banyak hal yang aku kena selesaikan, if you need help just call me okay sweetie, bye." Rafael bangun meninggalkan Katrina yang masih terlopong dan menahan sabar dengan sikapnya itu.

"Tsk dia tu sama je lah annoying tak pernah nak berubah patutlah still single sampai sekarang!!" Bebel Katrina seorang diri .
.
.
.
.
.
.
.
.

"Cik Kat boleh tak nanti kita singgah kubur mummy and daddy?" Ivy duduk diatas katil sementara menunggu Katrina siap mengemas barangnya.

"Ivy kan tak beberapa nak sihat lagi, ingat tak pesan doktor yang dia tak bagi Ivy keluar pergi mana mana Ivy kena duduk dekat rumah je."

"Okey Cik Kat..." Balas Ivy dengan perlahan.

Sampainya Ivy dirumah dia melihat ada dua buah kereta lain yang berada di garaj rumahnya.

"Asalamualaikum." Katrina memberi salam sebaik sahaja masuk ke dalam rumah.

Semua orang didalam rumah berpaling memandang mereka.

Atirah terlebih dahulu datang memeluk Ivy.

"Mak su betul-betul terkejut apa yang jadi sekarang ni, syukur Ivy masih selamat." Atirah mengelus rambut panjang Ivy.

Ivy memandang pula ke belakang Atirah, kelihatan Adlin dan juga Azim iaitu adik beradik tiri daddynya turut ada bersama.

Riak wajah mereka kelihatan seperti biasa tiada reaksi sedih atau sayu seolah-olah tiada apapun berlaku.

Ivy meleraikan pelukannya "Mak Su tidur dekat sini ke?"

"Ya Ivy, Mak Su tidur dekat sini tunggu Ivy sedar... Nak dekat seminggu dah."

"Ivy naik dulu lah Mak Su, Ivy penat." Ivy memapak kaki pergi ke biliknya

Katrina pula terlebih dahulu meminta izin untuk pergi ke bilik kerja kepunyaan Dato Aqhar.

"Kau tengok lah Atirah si Ivy tu kurang ajar tak reti pun nak salam ke nak tegur orang ke?" Adlin membuka mulut mengutuk Ivy.

"Apa kau cakap ni Adlin? Kita kenalah faham apa yang Ivy lalui sekarang ni, jangan ingat aku tak tahu ya motif utama korang datang ke sini?" Atirah melabuhkan punggungnya ke atas sofa berhadapan dengan Adlin dan Azim.

"Kauorang datang sini sebab nak harta Abang Aqhar kan? Tsk macam lah aku tak kenal perangai korang macam mana." Atirah membidas Adlin sehingga menyebabkan Adlin terkedu.

"Aku yakin 100% yang korang tak akan dapat harta dia, korang pun bukannya adik beradik kandung pun cuma adik beradik tiri." Sengaja dia tekankan perkataan 'tiri' supaya dihadam oleh Adlin dan Azim.

"Atirah kau memang tak habis habis nak buruk sangka dengan kitaorang kan?" Azim pula membuka mulut setelah lama berdiam.

"Kau pulak Azim boleh diam tak, kau pun bukannya bagus sangat."

"Lepastu kau? Ingat bagus sangat dah ke?"

"At least sejahat-jahat aku pun lah kan, aku tak pernah lagi terlibat dengan kes dadah, kau kena bersyukur arwah abang Aqhar perabiskan duit untuk tolong jamin kau, ini ke balasan kau terhadap dia?!"

"Dah lah Azim jom kita balik, layan perempuan perasan bagus ni buang masa." Adlin bangun lalu menarik lengan Azim untuk beredar.

"Kau ingat eh Atirah antara kau dengan aku tak settel lagi." Azim memberi amaran kepada Atirah lalu mereka beredar.

Air mata yang ditahan oleh Atirah tadi pun jatuh ke pipinya, mengapa cepat sungguh semua benda ni berlaku dia baru sahaja kehilangan ibu bapanya tiga tahun lepas akibat kemalangan jalan raya.

Seterusnya kali ini dia kehilangan satu-satu abang kesanyangannya... Juga akibat daripada kemalangan jalan raya...

"Sayang, kenapa nangis ni?" Datang pula Uwais suami kepada Atirah.

Uwais merangkul Atirah kedalam pelukannya.

"Awak kenapa saya kena hadap semua benda ni? Kenapa diaorang tinggalkan saya lepastu bagi saya hadap benda ni sorang.... Saya tak kuat awak..." Tangisannya semakin kuat didalam pelukan Uwais.

"Siapa kata awak seorang je akan hadap benda ni? Atirah look at me awak ada saya, awak ada Ivy, awak yang sepatutnya kena tenangkan Ivy tau sekarang ni bukannya awak yang buat Ivy tak tenang. Dah-dah tak payah nangis ya sayang kesian baby dekat dalam tu kalau dia tengok mummy dia menangis macam ni." Uwais mengelap air mata di pipi Atirah menggunakan ibu jarinya.

"Terima kasih awak selalu ada untuk saya." Ucap Atirah.

"Hahahaha apa awak merepek ni tak payah nak berterima kasih bagai saya kan suami awak mesti lah kena selalu ada untuk awak yang kuat menangis ni."Uwais mencuit hidung Atirah sambil tertawa.

"Ish apa awak ni!" Marah Atirah.

Uwais masih tertawa, tangan mengusap kepala istrinya yang berlapik dengan tudung shawl yang berwarna hitam.

The Hidden Lies : Tengku Ayyash Hakimi | CWhere stories live. Discover now