32

1.4K 55 1
                                    

Usai solat isyak berjemaah dan membaca doa, Ivy mengesot daripada sejadahnya ke sejadah Tengku Ayyash yang berada di hadapannya dan menghulur tangan untuk menyalam.

"Abang, nak salam." Tengku Ayyash memberi tangannya kepada Ivy, Ivy menyalam dan mencium tangan Tengku Ayyash. Tengku Ayyash pula menggosok kepala Ivy yang masih berlapik dengan telekung.

"Terima kasih sebab sudi jadi imam Ivy dan terima Ivy untuk jadi makmum abang." Tengku Ayyash menayangkan senyuman sehingga menampakkan lesung pipit di pipi kanannya itu.

"Terima kasih jugak sebab sayang terima abang untuk jadi suami sayang, insya-allah abang akan jadi imam dan suami yang terbaik untuk sayang." Mata Ivy mula berair. Susah lah jadi soft person ni.

"Kenapa nangis pulak ni?" Ibu jari Tengku Ayyash mengesat air mata yang mula jatuh ke pipi Ivy. Tengku Ayyash merangkul Ivy ke dalam pelukkannya.

Kalau dulu dia hanya mampu melihat sahaja Ivy menangis. Sekarang nak tolong lap, nak peluk-peluk semua boleh.

"Ivy happy, happy sampai tak tahu nak cakap macam mana lagi." Tengku Ayyash ketawa.

"Noob lah happy pun menangis." Ivy memukul pelan dada bidang milik Tengku Ayyash.

"Suka hati lah orang nak nangis sebab happy!" Ivy kembali memeluk Tengku Ayyash. Best lah pulak duduk macam ni, rasa selesa je.

"Boleh tak abang nak tanya sayang something? Tapi kalau sayang rasa sayang tak boleh nak jawab, tak apa. Abang tak kesah sangat pun sebenarnya." Ivy menganggukkan kepalanya.

"Tanya apa?"

"Tiara seorang je ke kawan yang sayang ada?" Ivy menganggukkan kepalanya sekali lagi.

"Dia je betul betul ikhlas nak kawan dengan sayang, yang lain tu semua nak gunakan sayang je."

"Abang tahu tak, dulu Ivy ada seorang kawan ni tau, kitaorang kawan daripada sekolah rendah lagi, sampai lah sekolah menengah."

"Tapi start masuk uni, Ivy dah cut off dia."

"Kenapa?"

"Kitaorang punya friendship ni tak sihat, basically sayang elok untuk dia, tapi dia tak elok untuk sayang, jadi sayang pun cut off lah dia."

"Dia tu jenis tak boleh Ivy lebih dari dia, contoh lah kan, Ivy ada suka dekat someone... Contoh je tau abang jangan jealous pulak." Tengku Ayyash pun mengecilkan matanya.

"Nanti mesti dia rapat-rapat orang tu. Pernah lah sekali tu Ivy ada bagitahu dia yang Ivy ada tak suka dekat seorang perempuan ni, abang tahu tak dia pun cakap yang dia tak suka jugak dekat perempuan tu."

"Tahu-tahu esoknya dia siap bergelak sakan lagi dengan perempuan tu! Sakitnya hati kita ni! Rasa nak ganyang-ganyang je dia tu!" Tengku Ayyash menggosok-gosok belakang isterinya itu supaya bertenang.

"Sebab tu lah Ivy decide untuk kawan je dengan semua orang tapi berhati-hati kalau nak rapat dengan orang."

"Luqman tu pulak siapa?" Terselit nada cemburu disitu.

"Luqman tu pulak kawan sekelas Ivy masa tingkatan lima dulu, kitaorang tak rapat mana pun." Tengku Ayyash menarik nafas lega.

"Abang tak lenguh ke Ivy peluk abang macam ni lama-lama?"

"Tak, abang lagi suka sayang peluk abang lama-lama." Gatalnya Tengku Ayyash ni.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Aysha asal aku tengok kau macam marah je dekat Hazeem tu, apa dia dah buat?"

The Hidden Lies : Tengku Ayyash Hakimi | CWhere stories live. Discover now