49

1K 37 1
                                    

"Lia aku tak puas duduk dekat sini lagi!" Rengek Tiara. Tamat sudah 11 hari dia berkampung di rumah Ivy.

"Ayyash balik lagi tiga hari. Duduk lah sini lagi weh..." Muncung Ivy.

"Kalau boleh aku nak tunggu lagi tiga hari tu, tapi tak boleh. Esok aku kena temankan boss aku pergi kota bharu. Dia ada mesyuarat dekat sana."

"Kau boleh tak duduk seorang-seorang ni?" Ivy mengangguk.

"Lain kali kau lah pulak datang rumah bonda, bermalam dekat sana, baru syok sikit nak gossip pastu ajak bonda join sekali hahahaha."

"Baik boss! Tapi aku kena mintak izin dengan Encik suami dulu..." Tiara menjeling Ivy. Tahu lah dah ada suami, tak payah kut nak perli-perli dia ni.

"Aku pergi dulu lah Lia, nanti membebel pulak boss aku tu kalau aku lambat sampai hotel nanti." Tiara memeluk Ivy sebelum masuk ke dalam keretanya.

"Bye Tiara!" Lambai Ivy. Sebaik sahaja kereta Tiara hilang dari pandangannya, Ivy menutup pintu pagar rumah dan terus masuk ke dalam rumah.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Tuan Ayyash!" Panggil Daniel. Tengku Ayyash berhenti dan menoleh ke arah lelaki yang sedang berlari ke arahnya itu.

"Aduh penat saya. Tuan ni janganlah laju sangat, tahu lah kaki Tuan panjang..." Tercungap-cungap Daniel mengambil nafas.

"Kaki kau pun panjang jugak kan? Macam tak ada guna je?" Daniel menghulur telefon miliknya kepada Tengku Ayyash.

"Lia tak ada telefon Tuan ke?" Tengku Ayyash menggeleng. Ivy memang tak ada telefon dia, terakhir kali pun lima hari lepas. Mesej ada lah.

Tengku Ayyash menatap lama pada skrin telefon Daniel. Dahinya mula berkerut.

"Bila ni?" Tanya Tengku Ayyash.

"Dua hari lepas, Tuan tak ada rasa suspicious ke?"

"Macam mana kalau Hazeem betul khianat kita selama ni?"

"Apa kau merepek ni Daniel?" Tengku Ayyash mengembalikan telefon itu kepada Daniel.

"Tuan masalahnya banyak kali tau kereta tu berlegar depan rumah Tuan, macam tengah tunggu masa je tu. Lagipun sekarang ni Hazeem dah lain sangat, dia tu sus tau Tuan." Langkah Tengku Ayyash terhenti.

"Aku nak balik."

"Tapi tak habis lagi..."

"Dah habis, semua benda yang tinggal tu tak penting dah, nyawa bini aku lagi penting sekarang ni." Daniel mengangguk perlahan.

"Mana Rayden? Bagitahu dekat dia aku balik dulu." Laju Tengku Ayyash memapak kaki pergi balik ke biliknya.

"Tuan Rayden tengah lunch meeting.... Baik Tuan."
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Tanam, tanam ubi, tak perlu dibaja. Orang berbudi, kita berbaha... sa?" Mulut Khair melopong memandang Madihah. Perempuan ni dah tak betul ke apa?

"Asal kau lambat sangat bersiap? Macam perempuan lah pulak!" Madihah menyilangkan tangan ke dada. Kaca mata hitam dibetulkan.

"Tak sekarang ni kita nak pergi intip orang tau. Asal kau pakai macam ni? Dengan kain key dekat kepala macam makcik jual karipap, cermin mata besar gedabak. Mak aih! Tu bibir ke lampu isyarat? Merah betul!"

"Kita kan nak spy orang. So aku kena lah jaga indentiti aku." Madihah menepuk-nepuk kedua belah tangannya.

"Kau pakai macam ni je ke?" Madihah menilik pakaian Khair dari kepala sampai lah kaki.

The Hidden Lies : Tengku Ayyash Hakimi | CWhere stories live. Discover now