64

1.2K 48 9
                                    

5 tahun selepas itu,

Tengku Ayyash duduk di sofa bersama dengan Tengku Arash. Tengku Arash menyandarkan kepalanya pada lengan sasa babanya itu. Mata mereka fokus menonton upin ipin di tv. Ivy pula sedang memasak di dapur untuk makan malam mereka.

"Arash, Arash tak bosan ke tengok upin ipin je?" Tanya Tengku Ayyash. Naik muak hari-hari balik dari kerja asyik melayan upin ipin. Tengku Arash mengerling Tengku Ayyash sekilas sebelum kembali fokus pada tv.

"Arash nak tengok tak gambar baba masa baba belajar dekat luar negara dulu?" Tengku Arash kembali memandang Tengku Ayyash.

"Nak!" Jawab Tengku Arash dengan teruja.

Tengku Ayyash mengambil telefonnya yang berada di atas meja kopi berhadapan dengan mereka.

"Wah hensemnya baba, mesti ramai perempuan suka dekat baba kan?" Soal Tengku Arash. Tengku Ayyash menganggukkan kepalanya dengan riak bangga.

"Kenapa baba dah tak pakai baju-baju macam ni dah?" Soal Tengku Arash lagi.

"Sebab dulu baba starboy, Arash dah besar nanti ikut jejak langkah baba tau, tapi jangan bagitahu mama. Ini rahsia antara kita berdua je." Bisik Tengku Ayyash.

"Arash nak jadi macam baba lah nanti, baru style." Tengku Arash juga turut membisik ke telinga Tengku Ayyash.

"That's my son." Tengku Ayyash tersenyum senget sambil mengusap rambut Tengku Arash. Tengku Arash ketawa sehingga menampakkan lesung pipit di kedua belah pipinya.

"Bisik apa tu!" Terjah Ivy sebaik sahaja keluar dari dapur. Tengku Ayyash dan Tengku Arash serentak menggelengkan kepala.

"Mana ada apa-apa." Serentak juga mereka berdua membalas. Ivy mengecilkan matanya, tangan mengcekak pinggang.

"Betul ni?" Soal Ivy untuk lebih kepastian.

"Betul lah sayang, tak ada apa-apa pun." Sengih Tengku Ayyash.

Ivy pandang pula Tengku Arash di sebelah Tengku Ayyash.

"Betul ni Arash?"

"Betul mama, mana ada apa-apa." Tengku Arash membuat muka innocent. Ivy hanya menganggukkan kepalanya.

"Dah jom makan," Ivy berjalan ke dapur semula.

Tengku Ayyash menghela nafas lega. Nyaris-nyaris je tadi, ini kalau Ivy tahu apa yang Tengku Ayyash cakap tadi confirm dia berleter tak henti-henti pada Tengku Ayyash.

"Jom Arash, kita makan." Tengku Ayyash bangun daripada sofa dan memimpin tangan kecil Tengku Arash untuk ke dapur.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Sayanggg~~" Tengku Ayyash menutup pintu bilik dan berjalan ke arah katil. Ivy memandang sekilas Tengku Ayyash sebelum mata kembali fokus pada novel di tangannya.

Tengku Ayyash naik ke atas katil, kepala dibaringkan ke atas perut Ivy.

"Sayangg," panggil Tengku Ayyash lagi.

"Hm, kenapa?" Ivy masih lagi fokus membaca novel.

"Pandang lah abang, muka abang ada dekat novel tu kee?.." Ivy menutup novelnya lalu memandang Tengku Ayyash.

"Ya abang, nak apa?" Soal Ivy sambil memandang tepat anak mata hazel milik Tengku Ayyash.

"Nak sayang pandang abang lama-lama."

Ivy ketawa kecil. Novel di tangan tadi diletakkan ke atas meja bersebelahan katil.

"Arash dah tidur ke?" Soal Ivy. Tengku Ayyash mengangguk.

The Hidden Lies : Tengku Ayyash Hakimi | CWhere stories live. Discover now