14

1.3K 47 0
                                    

"Boss, kita ada masalah besar," lelaki itu datang ke arah majikannya.

'Boss' nya itu meletakkan putung rokok ke dalam bekas yang terletak di atas mejanya.

"Masalah apa?" Balas lelaki yang sedang duduk di atas kerusi tersebut.

"Perempuan tu... Perempuan tu ad... ada orang lain dah ambil dia..." lelaki itu tergagap-gagap ketika memberi informasi kepada majikannya itu.

Lelaki yang sedang duduk diatas kerusi tersebut memandang tepat ke arah orang upahan yang berada dihadapannya.

"Siapa ambil dia?" Riaknya masih lagi kekal tenang. Dia membuka laci mejanya dan mengeluarkan sepucuk pistol lalu mengusap lembut pistol tersebut.

Wajah lelaki yang berada dihadapannya itu sudah pucat. Tiba-tiba air liurnya berasa kelat susah ingin menelannya apabila melihat majikannya itu sedang mengusap pistol.

"Teng... tengku Ayya... Ayyash..." Sekali lagi dia tergagap-gagap, ketakutan melihat majikannya itu masih mengusap-ngusap pistol.

"Peluru dalam pistol aku ni dah lama tak makan orang." Dia membelek-belek pistol nya itu dan menghala ke arah orang upahan yang masih lagi berada dihadapannya.

"Kau buat kerja macam mana? Aku upah kau bukan murah tau. Suruh perhatikan budak tu je, susah sangat ke?" Dia menarik picu pistol tersebut dan

Bang

Peluru tersebut tepat menembusi pada dahi orang upahan itu.

"Settlekan sampah ni makesure buat macam dia bunuh diri." Lelaki itu memberi arahan kepada pembantu-pembantunya untuk menyelesaikan mayat orang upahan itu.

Pembantu-pembantunya hanya mengangguk dan terus melaksanakan arahan yang diberi.

"Ayyash.. Ayyash kenapa lah kau suka masuk campur hal orang, macam bapak kau." Lelaki itu ketawa dengan nada yang sinis.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Selesai menunaikan solat maghrib, Ivy duduk di atas sejadah. Dia merenung ke arah tingkap bilik tidurnya itu.

Dia bangun dan melipat sejadahnya, terus melangkahkan kaki ke tingkap, dengan masih bertelekung Ivy membuka tingkap biliknya itu.

Angin pada malam itu sungguh tenang, Ivy memejamkan matanya, angin pula dibiarkan menampar-nampar wajahnya itu.

"Ya allah tenangnya." Omong Ivy seorang diri.

Pintu biliknya diketuk oleh seseorang.
"Adelia, mari turun semua orang dah nak makan malam ni," suara Cik Mah memanggilnya disebalik pintu.

"Okey Cik Mah, Lia nak lipat telekung dulu ni." Ivy menutup kembali tingkap dan terus membuka telekungnya lalu melipat. Turun sahaja Ivy di bawah, Tengku Ardan, Puan Hanani dan Tengku Aysha sudah pun berada di meja makan.

"Akak Lia duduk lah dekat sini!" Tengku Aysha menegurnya, tangan menepuk-nepuk kerusi yang berada di sebelah kiri.

Seorang lagi yang masih belum berada di meja makan, Tengku Ayyash. Puan Hanani perasan yang Ivy menoleh kepalanya memandang ke arah tangga.

"Lia cari Ayyash ke? Ayyash keluar tadi, dia belum balik lagi." Ivy hanya mengangguk-anggukkan kepalanya dan terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

"Dah jom kita makan." Tengku Ardan membacakan doa makan dan mereka semua pun menjamu selera.
.
.
.
.
.
.
.
.

Selesai makan malam, Ivy mengutip semua pinggan dan mangkuk yang kotor dan membawanya ke singki untuk membasuhnya. Sampai sahaja dia di dapur, Cik Mah sedang sibuk membasuh pinggan.

The Hidden Lies : Tengku Ayyash Hakimi | CWhere stories live. Discover now