28

1.3K 63 2
                                    

Rayden menarik nafas panjang sebelum melangkah masuk ke dalam rumah milik ayahnya itu. Sudah bertahun dia tidak menjejakkan kaki kesini. Kalau tidak sebab Mak Jah, pembantu rumahnya itu memujuk untuk datang kesini, memang tidak lah Rayden mahu menjejakkan kaki kesini.

Masuk sahaja Rayden ke dalam rumah itu. Matanya melilau pada setiap penjuru di dalam rumah itu, banyak yang telah berubah.

Tiada lagi pasu-pasu bunga orkid kegemaran arwah mamanya. Rayden memandang lama frame gambar keluarga, tiada pun kelibatnya di dalam gambar itu.

Rayden memapak kakinya menuju ke meja makan. Pasti semua orang sudah menunggunya untuk sampai.

Abangnya, Rafiq Zahran dan kakaknya, Raihana Zarina sudah pun berada di meja makan. Kelibat Ayahnya, Dato Rezwan masih lagi tiada. Rayden mengambil tempat di sebelah abangnya.

"Semua dah ada?" Dato Rezwan turun daripada atas dipapah Datin Linda. Rayana pula berada di belakang mereka bersama-sama berjalan menuju ke meja makan.

Dato Rezwan melabuhkan punggungnya ke kerusi yang berada ditengah meja, Datin Linda mengambil tempat di sebelah Raihana dan Rayana pula mengambil tempat di hadapan Rayden.

"Kita dah boleh makan sekarang." Pelbagai jenis lauk disajikan di atas meja. Rayden hanya memandang kosong lauk-lauk tersebut. Dia memang tiada selera lansung untuk makan.

Dia mengambil sahaja lauk yang berada di depannya iaitu lauk rendang daging.

"Rafiq, macam mana projek terbaru kamu dekat Amsterdam tu?" Dato Rezwan memulakan topik untuk berbual bersama anak-anaknya.

"Alhamdullilah pa, Rafiq baru je tengok tengok kawasan dekat situ minggu lepas, insya-allah bulan depan dah boleh mula dah."

"Razin dengan Khaleeda sihat?" Rafiq mengangguk.

"Sihat-sihat je diaorang tu pa."

"Raihana, macam mana persekolahan Noah dengan Nuh dekat Berlin?" Dato Rezwan bertanya kepada anak keduanya pula.

"Diaorang suka sangat sekolah dekat sana pa, ini pun Rai tinggal diaorang dengan Harry dekat sana sebab Rai ada new projek with designer dekat sini." Jawab Raihana dengan senyuman.

"Suka papa dengar khabar pasal cucu." Dato Rezwan pun ketawa. Matanya memandang pula pada anak bongsu lelakinya itu.

"Rayden... Papa ada dengar Ray's holding baru-baru ni ada beli saham daripada syarikat ternama... Papa bangga tau dengan Rayden lepas dengar berita tu." Dato Rezwan tersenyum. Rayden tidak memandang atau membuka mulut pun. Dia menguis-nguis nasi di pinggan menggunakan sudu.

Rafiq mencuit lengan Rayden. "Papa cakap dengan kau tu... kenapa kau tak menyahut?" Bisik Rafiq.

"Hm, thankyou pa." Balas Rayden acuh tak acuh.

"Lepasni Rayden boleh lah fikir pasal kahwin pulak kan?" Datin Linda mencelah. Rayana yang berada di sebelah mamanya itu pun tersenyum sinis.

"Ada kawan mama Lin ni dia baru lepas habis sambung belajar dari harvard, kalau boleh mama Lin nak kenan..."

"Mama Lin boleh tak jangan jadi penyibuk?" Seisi meja terdiam selepas mendengar apa yang dikatakan oleh Rayden.

"Rayden, kenapa kamu jadi biadab macam ni? Nak dekat lapan tahun kamu tak berjumpa dengan kami, macam ni ke sikap kamu terhadap orang tua sendiri?!" Rayden mengepalkan penumbuknya dibawah meja. Matanya tepat memandang ke arah Dato Rezwan.

"Papa yang buat Rayden jadi biadab macam ni, kenapa papa nak tanya lagi?" Rayden tertawa. Rafiq dan Raihana pula sudah membulatkan mata.

"Rayden nak jadi anak derhaka ke?!!" Marah Dato Rezwan. Rayden hanya mendiamkan diri sebelum bangun daripada kerusi. Dia tidak menghabiskan pun nasinya itu. Terus kakinya laju memapak untuk keluar. Dia dah tunaikan permintaan Mak jah, dia datang tunjuk muka kira okay lah kan?

Rafiq bangun daripada kerusi, pantas dia mengejar adiknya itu sehingga lah ke luar rumah.

"Kau dah kenapa Rayden?" Langkah Rayden terhenti. Dia memusingkan tubuhnya menghadap abangnya itu.

"Kau tanya aku kenapa bang? Kau pun dah jadi bodoh macam papa ke?"

Pap

Wajah Rayden ditampar, terteleng kepalanya ketepi. Dada Rafiq turun naik melihat sikap biadap adiknya itu.

"Mama... mama tak pernah ajar kita untuk biadab dengan orang tua apatah lagi orang tua sendiri.."

"Tapi mama tak cakap tak boleh biadab dengan orang yang dah sakitkan hati kita!!" Sekali lagi tangan Rafiq naik.

Pantas Raihana menjerit. "Abang stop!! Rayden dah!!" Raihana berlari ke arah mereka.

"Korang tahu tak? Masa tu aku baru je lepas amik exam geo, excited tau sebab hari tu last day SPM, semangat aku lepas balik sekolah je pergi singgah beli goreng pisang yang mama suka sangat tu." Rafiq dan Raihana terdiam.

"Aku sampai je hospital kan, aku terus pergi wad mama, Masa aku nak tolak je pintu tu. Korang tahu tak apa yang aku dengar?" Rayden menceritakannya tanpa satu pun perasaan.

"Aku dengar, Raudhah Aqilah binti Ahmad Rasyidi... masa kematian 1:30 petang..." Terus Raihana menekup mulut sendiri. Kaki pula merasa lemas, tidak mampu untuk berdiri. Air mata mula membasahi pipi. Sementara Rafiq hanya mampu melihat Rayden tanpa sebarang perasaan.

"Aku baru je nak cerita dekat mama, apa perasaan aku lepas jawab last paper, aku nak cerita apa perancangan aku lepas ambil SPM, aku nak ambil kos apa, aku nak buat itu buat ini..."

"Padahal semalam tu, mama dah janji dah dia nak celebrate last paper aku ... Dia cakap nak bagi aku surprise, tak sangka pulak itu surprise dia hahaha."

"Aku tunggu papa datang dekat hospital tu lama gila, perut aku lapar gila masa tu. Ye lah lepas balik sekolah je tak sempat nak makan apa apa. Aku pandang plastik pisang goreng dekat sebelah aku masa tu, aku ambil lepastu makan."

Rafiq menguak rambutnya ke belakang. Raihana masih lagi menangis malah semakin kuat tangisannya.

"Pak long dengan mak long sampai, pak long bagi telefon suruh call papa sendiri, aku call papa. Papa cakap dia tak boleh balik terus sebab cuaca dekat UK time tu buruk..."

"Aku call pulak kau, kau masa tu tengah ada meeting jadi kau tak boleh balik jugak... Aku call Rai, dia pun sama... 'Rayden, kakak tengah ada event penting ni, sorry nanti kakak call balik'..."

"Lepas je mama dah kebumi baru korang balik... Papa jangan cakap lah masih lagi 'berbulan madu' dekat sana. Bini dah meninggal pun tak sedar lagi."

"Lagi sakit bila aku marah time tu, ayat korang memang buat aku sakit hati, sumpah aku cakap kauorang orang paling bodoh sekali masa tu,"

" 'Pisang tak berbuah dua kali, peluang dah depan mata tak kan nak sia sia kan' sama pulak tu ayatnya, memang dah plan ke macam mana?" Rayden sekali lagi ketawa.

"Aku pendam sorang-sorang, dekat rumah aku jadi pendiam, dah macam bukan diri aku dah. Bila aku keluar dengan kawan-kawan aku pulak, baru aku jadi diri aku sendiri. Aku rasa macam bebas daripada penjara bila dengan diorang."

"Jadi aku ambil keputusan untuk keluar daripada penjara ni, aku duduk dengan tok ma."

"Orang akan nampak bila kita memberontak, orang tak akan nampak apa yang kita dah lalui. Aku penat bang, sumpah aku penat.."

"Korang tak rasa apa aku rasa,
jadi jangan persoalkan kenapa aku jadi macam ni. Aku balik dulu, kirim salam sayang dekat papa, cakap anak derhaka dia ni dah lama maafkan apa benda yang dia dah buat." Rayden laju menuju ke keretanya dan terus meloloskan diri ke dalam.

Keretanya meluncur keluar daripada perkarangan banglo mewah itu. Air mata yang ditahan oleh Rafiq tadi jatuh satu persatu.

Dia memandang pula Raihana yang sudah jatuh terduduk di atas tanah. Sungguh dia tidak pernah mengetahui kenapa sikap Rayden tiba-tiba berubah, sekarang barulah dia mengetahui. Sesungguhnya memang sakit.

Itu orang kata tidak mengambil tahu lebih tenang berbanding dengan mengambil tahu, jika kita mula tahu kebenarannya, pasti ia sangat menyakitkan. Dan ya, dia sudah sakit sekarang.

The Hidden Lies : Tengku Ayyash Hakimi | CWhere stories live. Discover now