22

1.2K 52 2
                                    

Sampai sahaja Ivy di mejanya, dia meletakkan pinggan kaca yang berisi cheese tart dan brownies itu ke atas meja. Potong mood orang nak makan betul perempuan tu!

Matanya melilau mencari kelibat Tengku Ayyash, dia pun menyuapkan cheese tart ke dalam mulutnya. Fokus mata Ivy memerhati seorang demi seorang lelaki bersut hitam yang sama persis Tengku Ayyash.

Matanya tertacap pada seorang wanita bertudung cream dan berbaju kurung pario berwarna hitam yang berada di penjuru dewan tersebut.

"Macam kenal..." Omong Ivy seorang diri. Wanita itu juga memandang ke arah Ivy yang sedang duduk. Mukanya yang tadi ketat pun tersenyum ke arah Ivy.

"Tiara?" Ivy bangun daripada kerusinya dan Tiara terlebih dahulu berlari ke arah Ivy.

"Ivy Adelia, I miss youu so muchhh!!" Tiara memeluk Ivy dengan erat, macam tak jumpa bertahun-tahun.

"Miss you too cayangkuu, kau buat apa dekat sini?" Tanya Ivy sebaik sahaja pelukkan mereka dilerai.

"Aku kena temankan boss aku, tapi dia hilang pergi mana entah, lepastu suruh aku duduk diam dekat situ. Ingat aku ni tunggul ke apa?" Mata Tiara mencari-cari Rayden yang hilang entah ke mana.

"Jom lah kita duduk, aku ada banyak benda nak share dekat kau." Ivy menarik tangan Tiara untuk duduk di atas kerusi yang berada di sebelahnya.

"Rayden!" Panggil Tengku Ayyash sebaik sahaja melihat kelibat sahabatnya itu. Rayden pun datang ke arahnya, Rayden memasangkan wajah yang ketat.

"Kau apa hal pulak muka tu, macam lepas gaduh dengan bini je?" Rayden menjulingkan mata ke atas.

"Aku terserempak dengan dia dekat sini."

"Siapa? Papa kau?" Rayden mengangguk. Tengku Ayyash mengeluh dengan kasar. Entah sampai bila Rayden nak maafkan ayahnya itu pun Tengku Ayyash tidak tahu.

"Kau tak nak jumpa dengan dia lagi ke?" Rayden membuat muka sebelum membalas.

"Belum masa lagi, tak ingin aku nak tengok muka orang tua tu." Tengku Ayyash hanya menggelengkan kepalanya.

"Tak baik lah kau ni, tu ayah kau kut... Dah lah aku nak pergi cari Ivy, kau datang sorang je ke dekat sini?" Kepala Rayden pun terus menoleh ke kanan dan ke kiri, seperti mencari seseorang.

"Aku datang dengan PA aku... Dia pergi mana pulak eh?" Tiara ni memang tak reti nak duduk diam-diam ke? Hilang sahaja kerjanya!

"Kau call lah dia itu pun aku nak kena ajar." Tengku Ayyash membuka langkah untuk mencari Ivy pula. Rayden pula mengeluarkan telefonnya dan mendail nombor Tiara, dia juga turut mengikuti langkah Tengku Ayyash.

"Kesiannya kau ya, patutlah kau dah lama tak call aku..." Ivy menggeleng-gelengkan kepalanya selepas mendengar apa yang diceritakan oleh Tiara.

"Kau lah asal tak call aku! Nak harapkan aku je call kau tu" Tiara menjeling Ivy. Ivy hanya tersengih sambil menggosok bahu Tiara.

"Ivy, kau dah makan ke?" Serentak kepala Ivy dan Tiara menoleh ke arah Tengku Ayyash.

"Dah, awak tu dah 'makan' ke, ke dah kenyang berbual? Nak berbual pun tengok lah jam tu pukul berapa dah." Perli Ivy. Tengku Ayyash menggosok-gosok belakang lehernya. Lama sangat ke dia berbual sampai terlupa nak makan.

Tiara hanya tersengih melihat gelagat Ivy dan Tengku Ayyash. Dah macam suami kena marah dengan isteri. Senyumannya terus pudar selepas melihat gerangan lelaki yang berada di belakang Tengku Ayyash.

Rayden mengecilkan matanya, telefon pula masih berada di telinganya, berharap Tiara akan menjawab panggilannya itu.

Pantas Tiara memeriksa telefonnya yang berada di dalam bag silangnya itu.

Ten missed call from Tuan Rayden 👹👺☠️.

Mampus lah dia, mampus kau Tiara!

Tiara tersenyum tanpa bersalah ke arah Rayden. Dia masih lagi tenang duduk di atas kerusi, tak bangun atau berganjak langsung.

"Dia ke boss kau tu Tiara?" Bisik Ivy ke telinga Tiara. Tiara membalasnya dengan anggukkan.

"Rayden duduklah sekali dekat sini." Tengku Ayyash mengajak pula Rayden untuk duduk sekali di mejanya itu.

"Tak apa lah Ayyash, kitaorang dah makan dah tadi, jom Tiara kita balik." Pantas Tiara bangun dan berdiri di sebelah Rayden.

"Aku balik dulu lah Lia, Ayyash saya balik dulu ya, byee." Rayden dan Tiara pergi meninggalkan Tengku Ayyash dan Ivy yang masih berada di meja makan.

"Aku pergi ambil makanan dulu." Ivy mengangguk-anggukkan kepalanya, dikerling sebentar jam di telefonnya itu, sudah menunjukkan pukul 10:30 malam.

Tak sampai lima minit, Tengku Ayyash datang dengan sepinggan steak ditangannya.

"Kau nak sikit?" Tengku Ayyash memotong steak tersebut. Kepala Ivy menggeleng. Tapi matanya masih tak lepas memandang steak itu.

Tengku Ayyash mencucuk steak tersebut ke garfu kemudian dihalakan ke mulut Ivy.

"Awak tak nak makan ke?" Tengku Ayyash pula menggelengkan kepalanya.

"Tiba-tiba aku rasa kenyang, kau makan lah," Ivy membuka mulut dan steak tersebut selamat masuk ke dalam mulutnya.

"Sedapnyaa!" Tak tahu lah sama ada steak itu memang sedap ataupun sedap sebab Tengku Ayyash yang menyuapnya.

Kena pula dengan lagu yang dimainkan bersama piano iaitu So this is love. Romantik sungguh suasana ini!

"Nak lagi," tak tahu malu betul Ivy ni, dah lah makan makanan Tengku Ayyash, lepastu mintak suapkan lagi.

Tengku Ayyash memotong steak itu lagi. Mulutnya mengukir senyuman kecil.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Ish janganlah tarik baju saya!" Rayden memberhentikan langkahnya. Dia memusingkan tubuhnya menghadap Tiara.

"Aku kan cakap duduk diam-diam dekat situ, susah sangat ke nak dengar?" Tiara mengerutkan dahinya dan menjeling Rayden.

"Tuan tinggalkan saya seorang-seorang dekat situ, ingat saya ni apa? Pengawal dewan tu ke!?" Tiara mencebikkan mulutnya.

"At least call lah aku dulu inform kau nak pergi mana, ingat dewan tu kecik macam dewan sekolah ke?!" Amboi Rayden pun taknak kalah ya.

"Saya terlupa! Yang Tuan nak emosi sangat ni kenapa?!" Jerit Tiara. Nasib baik di situ tiada orang, kalau tidak pasti mereka sudah jadi bahan perhatian orang.

"Aku risau lah dekat kau! Kalau kau hilang tadi macam mana?!"

"Saya bukan budak kecik lah!!"

"Ye ke, aku tengok kau macam budak sekolah rendah je!!"

Tiara menghentakkan kakinya, dahinya masih berkerut. Budak sekolah rendah dia panggil aku? Kurang asam punya boss!!

"Rayden.." Tegur seorang lelaki yang sudah berusia. Rayden dan Tiara yang sibuk berdebat tadi terus memalingkan wajah mereka serentak ke arah lelaki itu.

Riak wajah Rayden berubah. Tiara hanya memandang dengan keliru antara lelaki tua itu dan Rayden.

"Jom Tiara kita balik." Sekali lagi Rayden menarik lengan baju kurung Tiara untuk mengikutnya bersama.

'Rayden ni dah kenapa? Macam nak mengelak dari berjumpa dengan lelaki tu' Tiara memasangkan wajah yang masih keliru. Mereka terus bergerak menuju ke kereta Rayden.

The Hidden Lies : Tengku Ayyash Hakimi | CWo Geschichten leben. Entdecke jetzt