62

1.1K 45 6
                                    

"Umi, mana Ayyash?" Soal Ivy sebaik sahaja sampai ke hospital. Tangan erat memegang perutnya yang membulat. Mata Ivy sembab, bibir dikemam. Datin Inara setia memegang lengan Ivy.

Selepas sahaja mendapat panggilan dari Puan Hanani, Ivy dan Datin Inara bergegas je hospital. Sepanjang perjalanan ke hospital, Ivy tak henti-henti menangis. Dia sangat merisaukan benda buruk yang berlaku pada Tengku Ayyash.

Puan Hanani memandang Ivy dengan pandangan sayu. Bibir terukir senyuman pahit.

"Lia bersabar ya sayang..." Puan Hanani bangun memeluk erat menantunya. Ivy masih lagi tidak dapat nak mentafsir apa yang berlaku.

"Umi... mana Ayyash?..." Tanya Ivy sekali lagi. Puan Hanani mengeratkan pelukkan mereka. Tengku Asyraf keluar dari pintu bilik yang berada di sebelah mereka.

"Umi..." Tengku Asyraf terus menggeleng. Jantung Ivy kini berasa terhenti seketika. Tengku Ayyash dah tinggalkan dirinya? Baru sahaja Ivy ingin membuka mulut, perutnya kini berasa sakit, sakit yang teramat.

Puan Hanani masih lagi terkedu. Begitu juga dengan Datin Inara.

"Mummy... umi.. sakit.." Tubuh Ivy berasa lemah, hampir sahaja dia ingin jatuh namun lengannya dipegang erat oleh Puan Hanani dan Datin Inara.

Puan Hanani dan Datin Inara mula panik apabila melihat seluar Ivy yang mula basah. Cepat-cepat mereka memanggil jururawat yang kebetulan lalu di kawasan itu.

Ivy memejamkan erat matanya, peluh penuh di dahi, air mata mula menitis ke pipi. Bibir digigit bagi menahan rasa sakitnya.

Jururawat tadi datang kembali dengan kerusi roda, Puan Hanani dan Datin Inara membantu Ivy untuk di atas kerusi roda, kemudian Ivy ditolak oleh jururawat ke bilik kecemasan.

Pintu bilik tadi dibuka kembali, Tengku Ayyash keluar dari bilik tersebut, dia melihat Tengku Asyraf yang duduk di atas kerusi.

"Mana umi?" Tanya Tengku Ayyash. Tengku Asyraf hanya menatap kosong pada dinding yang berada di hadapannya.

"Asyraf, mana umi?" Tangan Tengku Ayyash menyentuh bahu Tengku Asyraf. Tengku Asyraf tersadar dari lamunannya.

"Umi?..." Tengku Asyraf baru tersadar apa yang baru sahaja berlaku tadi.

"Ha! Lia! Lia nak beranak!" Dia baru tersadar apa yang jadi tadi. Tengku Ayyash terus terkejut dengan omongan Tengku Asyraf.

"Ha?! Beranak?! Dia datang ke tadi?!" Tengku Asyraf laju mengangguk.

"Aku keluar pastu nampak dia dengan aunty Inara, aku bagitahu umi yang Hazeem dah tak ada, lepastu Lia tiba-tiba sakit," Tengku Ayyash terus berlari.

"Diaorang dekat mana?" Soal Tengku Ayyash. Dia berhenti dihadapan lif. Butang lif ditekan olehnya.

"Cuba telefon umi," sebaik sahaja pintu lif dibuka, mereka berdua terus masuk ke dalamnya, telefon dikeluarkan, nombor Puan Hanani ditekan oleh Tengku Ayyash.

Puan Hanani dan Datin Inara setia menunggu Ivy diluar dewan bersalin. Kedua wanita itu saling memegang erat tangan antara satu sama lain, perasaan risau dan takut mula terbit dihati mereka.

"Umi! Mummy!" Tengku Ayyash berlari ke arah mereka berdua.

"Ivy, dia macam mana?" Puan Hanani hanya memandang ke arah pintu dewan bersalin.

"Dah 30 minit Lia ada dekat dalam." Balas Puan Hanani. Bahu Datin Inara digosok perlahan olehnya. Tengku Ayyash menguak rambutnya ke belakang.

Hampir setengah jam mereka menunggu di hadapan dewan bersalin, akhirnya satu suara bayi di dalam dewan bersalin menyedarkan mereka. Puan Hanani dan Datin Inara mula tersenyum gembira.

The Hidden Lies : Tengku Ayyash Hakimi | CHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin