18

1.2K 52 3
                                    

Ivy termenung ke arah tingkap dapur. Tangannya pula sibuk mengacau air teh panas. Apa yang diujarkan oleh Tengku Ayyash semalam, masih terngiang-ngiang di fikirannya.

Cik Mah memandang pelik kepada Ivy, gula dah larut dah dalam teh tu, apa yang dikacaunya lagi?

"Lia, Lia tengah fikirkan apa tu? Cik Mah tengok kamu ni macam ada benda yang berat je."

Ivy tersentak daripada lamunannya, "Tak ada apa apa lah Cik Mah," Ivy membawa keluar teko yang berisi teh panas tersebut dan diletakkan di atas meja makan.

"Thaknyou, Adelia." Ucap Melisa Insyirah, isteri kepada Tengku Asyraf. Ivy memberikan senyuman nipis kepada Melisa dan terus kembali semula ke dapur. Dia tidak pandang langsung wajah Tengku Ayyash yang berada di sebelah Tengku Asyraf.

Perasaan serba salah mula menghantui Tengku Ayyash, dia tidak pernah rasa serba salah begini.

"Lepasni aku dengan Mel nak pergi ambil Aysha dengan umi, kau nak ikut sekali tak?" Tanya Tengku Asyraf kepada adiknya itu. Pantas Tengku Ayyash menggeleng.

"Aku pergi kerja dulu eh, Asyraf, Mel... byee Aralyn, pak ngah pergi kerja dulu ya." Tengku Ayyash mencubit pipi gebu Tengku Aralyn Medina.

"Ishhh sakitlah pak ngahh!" Marah kanak-kanak berusia 6 tahun itu. Tengku Aralyn menggosok pipinya yang baru dicubit oleh Tengku Ayyash tadi.

Tengku Ayyash hanya menjelirkan lidah dan terus bergerak ke pintu rumah untuk keluar.
.
.
.
.
.

"Good morning baby~~" Rayden merangkul bahu Tengku Ayyash. Semua mata di dalam bangunan tersebut memandang ke arah mereka. Kalau orang yang memang dah kenal perangai Rayden macam mana memang anggap benda tu biasa dah, ini kalau orang yang baru-baru je confirm dah kena cop gay.

"Geli lah aku... Kau tak ada pejabat sendiri ke? Pagi-pagi dah muncul dekat sini,"

"Rilek ah, aku ada kerja luar pejabat harini, so aku singgah lah dekat sini, aku rindu kau," Rayden memeluk lengan sasa milik Tengku Ayyash.

Tengku Ayyash menepis tangan Rayden daripada lengannya, makin lama dia dipeluk, makin risau pula nanti. Rayden ni bukan boleh pakai sangat pun!

"Acah rindu aku, patutlah Tuah lari pergi join TDM... Rupanya dah rimas dengan kau. Nasib aku dengan Faiq tak ikut sama dengan dia dulu, kalau tak habis lah kau sorang-sorang." Perangai
Rayden memang begini sejak daripada sekolah lagi.

Rayden menjeling Tengku Ayyash. "Aku nak manja sikit pun tak boleh, nanti kalau aku dah mati macam mana? Baru menyesal kau." Tengku Ayyash tidak menghiraukan Rayden, dia segera memasuki bilik pejabatnya.

Rayden pula sudah berlalu pergi daripada bangunan Ardahani sdn bhd, dia mahu merajuk dengan Tengku Ayyash.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Umi, malam ni Aysha nak pergi reunion tu.. boleh lahh, umi, please...." Tengku Aysha mencebikkan mulutnya. Puas sudah Tengku Aysha memujuk Puan Hanani, tapi jawapannya masih sama. Tidak boleh.

"Tu leher kamu tu ada lagi kesan merah, apa orang cakap nanti? Lagi satu kamu tak takut ke kalau terjadi apa apa dekat kamu lagi?"

"Tak apa lah leher ni, Aysha boleh cover dengan concelear, Hazeem ikut sekali malam ni, dia boleh jaga Aysha... Boleh lahh umi..." Tengku Aysha mengerdipkan mata berkali-kali.

Puan Hanani mengeluh, dikerling sebentar Hazeem yang sedang berdiri di samping katil Tengku Aysha. Hazeem menggeleng-gelengkan kepala, menandakan yang dia tidak setuju dengan apa yang dikatakan oleh Tengku Aysha tadi.

The Hidden Lies : Tengku Ayyash Hakimi | CWhere stories live. Discover now