36

1.4K 42 0
                                    

"Kita boleh gunakan orang terdekat dia untuk jatuhkan dia."

"Tapi siapa? Nak harapkan Aurora ni? Hm memang lama lagi lah gamaknya"

"Si Eriq tu pun bodoh jugak, buat kerja tak pernah nak clean. Meringkuk lah dia dalam penjara tu"

Terlintas satu idea di fikirannya. Tengku Aysha! Dia boleh gunakan Tengku Aysha untuk jatuhkan Tengku Ayyash.

"Harraz, aku nak kau gunakan si Aysha tu. Dia boleh tolong kita untuk jatuhkan abang dia sendiri." Harraz mengangguk faham apa yang dikatakan oleh ayahnya itu.

"You ni dah gila ke apa Haiqal? Aysha tak kan buat benda macam tu. I kenal sangat lah dia, dia paling rapat dengan Ayyash tak kan lah dia sanggup nak tikam abang dia sendiri?" Haiqal ketawa.

"Kita tengok je. Tengku Aysha akan jadi musuh dalam selimut dia, percaya cakap aku Aurora." Aurora membuat muka yang tidak puas hati dengan cadangan Haiqal.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Aku dah buat keputusan dah." Bekas yang berisi abc ditangan Rayden diletakkan di sebelahnya. Kini dia fokus sepenuhnya memandang Tiara.

"Keputusan apa Tuan?" Tiara masih lagi berlagak profesional memanggil Rayden dengan panggilan Tuan. Padahal dah banyak kali Rayden memarahi Tiara kerana memanggilnya Tuan. Tapi dah nama Tiara Afrina, mesti lah tak ikut pun.

"Aku nak lamar kau, Tiara Afrina." Terus tersedak Tiara yang sedang menghirup abc. Dia menepuk-nepuk dadanya berkali-kali. Rayden menghulurkan tisu kepada Tiara.

"Why suddenly? Tuan kena sampuk apa ni?!" Tiara menepuk-nepuk pula kedua belah pipinya. Tolong jangan cakap ni realiti. Sakit pulak pipi dia ni, jadi ni bukan mimpi lah maksudnya...

"Aku suka kau dah lama dah Tiara."

"Suka sejak bila? Dari Tuan nak langgar saya ke atau masa Tuan datang kafe tu?"

"Dari minggu lepas, masa kau bagi nasihat dekat aku tu aku dah mula rasa aku suka kau. Sebelum ni aku keliru dengan perasaan aku sendiri."

"Tapi harini aku dah tak keliru dah, aku betul-betul cintakan kau Tiara Afrina." Tiara melopong seketika. Dia berdehem dan membalas.

"Kalau betul Tuan nak masuk minang saya, Tuan kena temu ramah dengan empat orang ni dulu. Baru Tuan boleh masuk minang saya." Iya empat orang yang dimaksudkan oleh Tiara ialah abahnya dan abang-abangnya.

"Siapa?"

"Ada lah, Tuan datang rumah saya minggu depan hari jumaat." Rayden mengangguk. Tiara pun menyambung menghabiskan abc nya itu.

"Kenapa aku shaking ni? Rileks Tiara rileks bukannya kau kahwin terus pun harini." Tiara mengurut perlahan dadanya. Dia tak senang duduk selagi Rayden tak muncul di hadapannya.

Tariq pula nak dekat dua hari dah merajuk dengan Tiara dan Tuah. Lepas je Tariq dapat tahu yang Tiara dan Tuah nak bawak bakal menantu jumpa Puan Raisya terus hatinya berasa diremuk satu persatu.

Dulu Tiara dengan Tuah pernah lah berjanji masa Tariq baru lepas putus tunang yang diaorang tak akan cari pasangan selagi Tariq tak jumpa pengganti. Tapi semua itu boongan semata-mata. Mungkin masa tu diaorang cuma nak menyedapkan hati Tariq je. Dasar adik-adik fake.

"Lama lagi ke dia nak sampai adik?" Tanya Taufiq yang sedang mendukung anak perempuannya.

"Entah. Aboh mana?" Taufiq menjongketkan bahunya menandakan yang dia tak tahu.

Makin lah dia risau, entah apa yang Encik Tahir akan buat ketika berjumpa dengan Rayden. Tolong lah jangan dia dera pulak Rayden tu.

Tuah pun tak sampai-sampai lagi. Lagi lah gementar dia seorang macam ni. Kalau Tuah tak jadi bawak Qayra macam mana?

The Hidden Lies : Tengku Ayyash Hakimi | CМесто, где живут истории. Откройте их для себя