DISCLAIMER

8.1K 194 9
                                    

Hanya seorang manusia biasa yang menulis berdasarkan rekaan semata dan imaginasi biasa-biasa yang terlalu terhad dari penulis.

Penulisan dalam karya ini tiada kena mengena dengan yang hidup mahu pun yang telah tiada. Sekiranya terdapat nama, gambaran, kejadian dalam cerita ini, ianya hanyalah kebetulan.

Tidak dibenarkan mana-mana bahagian dari karya ini diterbitkan semula,disimpan atau ditukar untuk pengeluaran atau dalam apa-apa bentuk sekalipun tanpa kebenaran kecuali penggunaan ayat yang ringkas dari buku ini untuk tujuan mengulas karya ini. Kalau buat juga, siap-siap telinga tu kena piat. Hehe

Mohon maaf kerana cerita ini hanya biasa-biasa saja. Maafkan segala kesilapan untuk penggunaan ayat yang kurang tepat digunakan dalam penceritaan ini.

Semoga anda terhibur dengan penulisan santai dari manusia biasa. Selamat membaca.

SEDIKIT TEASER UNTUK PEMBACA.

"Izinkan saya untuk menjadi pelindung kepada awak"

Tergamam gadis itu mendengar kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu sendiri. Laju kepalanya menoleh ke sisi.

Dia membuang pandang ke arah kanak-kanak yang sedang riang bermain pasir pantai sebelum kembali memandang lelaki di hadapannya itu.

"Tidak. Kalau dulu, mungkin saya ada keinginan untuk menjadi sebahagian dalam hidup awak tapi sekarang.."

Mereka berbalas pandangan sebelum masing-masing melarikan pandangan.

Gadis itu kembali menyambung kata.

"Sekarang keinginan itu sudah tiada. Saya sedar diri saya manusia yang terlalu banyak membuat kesilapan dan tidak layak berada di sisi awak."

Lelaki yang hanya berpakaian T-shirt hitam itu tersenyum tipis sebelum membuka mulut mahu membidas kata-kata gadis yang beralun lembut rambutnya kerana ditiup angin pantai.

"Manusia adalah mahluk yang tidak pernah berhenti membuat kesilapan. Tidak ada satu orang pun manusia dalam dunia ini yang sempurna. Walau kesalahan kecil sekalipun pasti akan pernah dilakukan oleh semua orang."

"Tapi awak tak cintakan saya." ujar gadis itu perlahan seraya menunduk memandang pasir.

"Awak tahu ke apa makna cinta yang sebenar?"

Gadis itu hanya menggeleng perlahan ketika mendengar soalan yang dilontarkan.

"Cinta mengandungi banyak maksud bergantung kepada kefahaman individu."

Jeda

"Perasaan cinta bukan hanya perasaan bahagia antara dua pihak semata tetapi cinta juga adalah kesediaan untuk berkorban segala-galanya dan itu adalah definisi cinta bagi saya" tutur lelaki itu dengan nada lembut.

Dia menatap gadis itu yang hanya tertunduk saja dari tadi sebelum mengalihkan pandangannya ke arah lain.

Sedaya upaya dia cuba mengawal hatinya dari memandang lama gadis itu kerana bukan halal baginya untuk dipandang sesuka hati.

Tiga tahun yang lalu.

Kerana kebosanan di bilik, Tengku Ahnaf membuat keputusan untuk berjalan-jalan di sekitar kawasan resort tersebut.

Ada bagusnya juga Tengku Adelia memberi cadangan kepada Tengku Arifin dan Balqis untuk pergi bercuti.

Fizikal dan mentalnya agak penat sedikit kerana bekerja keras untuk sem yang terakhir ini.

Baru saja dia mahu duduk di kerusi yang disediakan, dia ternampak ada seorang wanita sedang berjalan menuju ke air.

Dahinya berkerut melihat wanita itu seakan dipukau. Dia melihat sekeliling. Tiada sesiapa, hanya dia dan wanita itu saja. Ya lah, panas denting begini siapa saja yang mahu berjalan di pantai melainkan dia kerana kebosanan.

HER SAVIOR [Slow Update]Where stories live. Discover now