BAB 13

2.1K 153 43
                                    

"Zahra, saya nak keluar sekejap sebab nak pergi beli barang sikit untuk rumah ni sebelum kita keluar esok. Awak nak ikut?" tanya Tengku Ahnaf yang santai berbaring di atas katil.

"Bila? Sekarang ke?" tanya Zahra kembali kepada Tengku Ahnaf. Dia melabuhkan duduk di sisi lelaki itu.

Tengku Ahnaf mengangguk kecil. Dia mahu membeli barang dapur sedikit untuk rumah itu sebagai tanda balasan kepada penghuni di rumah itu kerana sudi menumpangkan dia sekejap sebelum dia membawa Zahra keluar dari situ.

"Tak apa lah. Saya tak ikut sebab saya nak kemas sikit barang-barang yang nak dibawa ke rumah mama," ujar Zahra dengan sopan.

Tengku Ahnaf terus bangun membetulkan sedikit rambutnya yang serabai. Kunci kereta Tengku Arifin yang ditinggalkan untuknya diambil di atas meja.

"Kalau ada apa-apa nak beli, beritahu saya tau. Boleh call saya," kata Tengku Ahnaf yang sedang berdiri berdekatan dengan pintu bilik Zahra.

Zahra terdiam sekejap. Matanya terkebil-kebil memandang suaminya yang turut memandangnya itu.

"Macam mana saya nak call awak? Saya tak ada telefon," tutur Zahra dengan nada suara yang perlahan.

Tengku Ahnaf berdesis sedikit. Dia lupa pula kalau isterinya itu tidak pernah ada gadget elektronik.

"Maaf. Saya lupa lah Zahra. Tak apa, awak boleh beritahu saya sekarang apa yang awak nak. Nanti saya belikan," kata Tengku Ahnaf.

"Boleh belikan saya buku sudoku? Tak kisah macam mana sekali pun yang penting sudoku. Boleh ke?" tanya Zahra.

Tengku Ahnaf mengangguk kecil.

"Boleh. Nanti saya belikan. Awak jaga diri elok-elok dekat rumah. Saya keluar sekejap saja ya," tutur Tengku Ahnaf seraya melangkah keluar dari bilik isterinya.

"Nak pilih mana satu ni?" gumam Tengku Ahnaf sendiri. Matanya tidak lepas memandang buku-buku yang ada di hadapannya itu.

Setiap buku sudoku yang ada di hadapannya itu dibelek satu persatu.

"Yang ni pun okay juga."

Tengku Ahnaf terus mencapai satu buku setelah membuat keputusan kemudian beransur ke kaunter pembayaran.

Selesai membuat pembayaran, dia menolak troli yang membawa barang basah yang dibeli olehnya.

Baru beberapa tapak melangkah dari kedai buku, Tengku Ahnaf menoleh ke belakang ketika terdengar namanya dipanggil oleh seseorang.

Keningnya terjungkit ke atas ketika melihat seorang wanita yang berpakaian seksi berlari mendekati dia.

"Ahnaf!" sapa suara wanita itu dengan ceria ketika wanita itu tiba di hadapannya.

"Kenapa?" tanya Tengku Ahnaf dengan nada malas. Tiada rasa mahu melayan wanita itu.

"Kenapa? You boleh tanya macam tu? Hei! Kita dah lama tak jumpa lepas habis belajar. You macam mana? Sihat?" tanya wanita yang bernama Humaira itu bersama senyuman.

Langkah kanan betul bagi Humaira sebab siapa sangka dia akan bertemu lelaki idamannya di pusat membeli belah setelah bertahun tidak bertemu semenjak habis belajar.

Humaira merupakan pelajar satu kos dengan Tengku Ahnaf sewaktu belajar dulu.

"Sihat. Ada apa-apa nak tanya lagi?" tanya Tengku Ahnaf lagi dengan dingin.

"You dah kahw.."

Belum sempat Humaira menghabiskan ayatnya, Tengku Ahnaf terus mencantas laju.

"Aku dah kahwin. Tak available sampai akhir hayat aku. Tak ada apa-apa lagikan? Aku pergi dulu," jawab Tengku Ahnaf dengan tenang.

HER SAVIOR [Slow Update]Where stories live. Discover now