BAB 9

1.9K 160 54
                                    

Tengku Ahnaf hanya memandang Zahra yang sibuk membuat kerja di dapur. Dia mengaru kepalanya yang tidak gatal itu.

"Macam mana aku nak cakap dengan dia eh?" desisnya perlahan.

Malam tadi dia tidur dalam keadaan tidak lena kerana terlalu memikirkan ayat untuk melamar Zahra.

Buk!

Tengku Ahnaf hampir tersungkur ke depan. Nasib baik dia sempat berpaut pada meja makan.

Zahra yang sedang memotong sayur itu terus menoleh ke belakang apabila terdengar bunyi seperti orang terjatuh.

Balqis pula hanya menayang riak wajah selamba ketika berjalan melintasi Tengku Ahnaf yang sedang memandang mamanya itu.

"Eh eh Zahra, buat apa tu? Meh sini bagi aunty buat. Zahra pergi duduk depan sana. Katanya ada orang nak cakap dengan Zahra. Dah dah pergi sana."

Balqis terus merampas pisau dari tangan Zahra lalu tubuh wanita muda itu ditolak perlahan.

Malam tadi sebelum tidur, Tengku Arifin sudah memberitahunya tentang hajat Tengku Ahnaf.

"Tolonglah ya kali ini biarlah betul menantu aku yang ini." bisiknya dalam hati.

Tengku Ahnaf pula sudah menolak lidahnya ke dalam pipi. Ni mesti papanya sudah beritahu mamanya tentang hajatnya malam tadi.

Zahra pula sudah terpinga-pinga apabila disuruh ke depan. Dia nak buat apa dekat depan? Tak kan nak duduk saja. Memang tidaklah. Sudahlah dia menumpang, mahu goyang kaki pula.

"Er, awak tak sibukkan? Nak ikut saya sekejap tak pergi pantai? Saya nak bawa Nayla pergi sana." ujar Tengku Ahnaf kepada Zahra.

Bibir Zahra terus naik melengkung ke atas apabila mendengar perkataan pantai. Laju saja kepalanya mengangguk setuju.

"Sekejap, saya tukar baju."

Zahra terus keluar dari dapur dan menuju ke bilik untuk tukar pemakaiannya.

"Elok-elok bawa anak dara orang. Ingat eh, jangan gatal. Lamar elok-elok. Jangan tak semenggah. Good luck anak mama. Kasi jadi tau. Kalau tak jadi, kena kasi sampai jadi juga." ujar Balqis seraya mengenyitkan mata kepada anak lelakinya itu.

Tengku Ahnaf tergelak kecil. Dia melangkah mendekati Balqis. Pipi mamanya dikucup mesra.

"Mama doakan abang ya. Abang pergi dulu."

Tengku Ahnaf terus beredar dari dapur.

"Naylaaaa, jom ikut Pak Long. Pak Long nak pergi pantai ni." ujar Tengku Ahnaf dengan suara yang sedikit kuat. Sengaja dia menyebut pantai untuk menarik perhatian anak saudaranya itu kerana anak saudaranya itu sangat sukakan pantai.

Seperti yang dijangka, laju saja Nayla berlari keluar dari bilik menuju ke arah Tengku Ahnaf.

"Nak itut!!" jerit Nayla seraya memeluk kaki Pak Long kesayangannya itu.

Tengku Ahnaf yang melihat Zahra sudah bersiap itu terus mengatur langkah keluar dari rumah. Pintu belakang kereta dibuka untuk memberi laluan kepada Zahra.

"Masuklah." kata Tengku Ahnaf ketika wanita itu memberi dia pandangan pelik.

Perlahan-lahan Zahra memboloskan dirinya ke dalam kereta. Nayla pula Tengku Ahnaf letakkan di bahagian sebelah pemandu.

"Duduk diam-diam tau. Kita nak gerak dah ni." pesan Tengku Ahnaf kepada Nayla yang sudah melonjak kegembiraan kerana mahu ke pantai.

Sepanjang perjalanan, mereka berdua hanya diam. Tidak berborak walau sepatah pun. Zahra rasa kekok berduaanya dengan Tengku Ahnaf di dalam kereta walaupun dia duduk di belakang.

HER SAVIOR [Slow Update]Where stories live. Discover now