BAB 29

1.5K 119 8
                                    

Terkumat kamit bibir Zahra menyebut apa yang dicatit di atas kertas.

Sesekali matanya memandang ke depan kemudian kembali memandang kertas. Tangannya masih setia menyalin nota-nota penting yang ditulis di papan putih.

Malam ini merupakan malam terakhir dia menghadiri kelas tambahan kerana peperiksaan besar akan tiba tak lama lagi.

Sehabis mungkin dia cuba untuk fokus di dalam kelas terakhir ini supaya dia tidak tertinggal walau sedikit maklumat dan nota penting yang diberikan oleh cikgu di hadapan.

Jam di telefon dikerling sekejap. Sikit saja lagi kelas itu akan berakhir.

"Baik, sebelum kita akhiri kelas malam ini, saya akan randomly bertanya kepada sesiapa yang bertuah berkaitan dengan apa yang kita belajar malam ini."

Zahra kembali fokus ke hadapan memberi perhatian sepenuhnya kepada cikgu yang mengajar di hadapan.

"Soalan yang pertama, apakah perbezaan kos tetap dan kos berubah dan sila nyatakan contoh kos-kos tersebut?" 

Semua pelajar di dalam kelas itu tunduk diam menikus bimbang dipilih untuk menjawab soalan yang dilontarkan.

Hanya Zahra saja yang masih tenang memandang wajah cikgu tersebut.

"Zahra, mind to share your answer?" pinta cikgu bertudung kelabu itu apabila dia melihat hanya Zahra saja yang panggung kepala.

Zahra menelan laju air liurnya yang terasa kelat itu apabila namanya diseru. Dia bangun perlahan-lahan bersama nafas yang berat.

Tangannya mula berpeluh sedikit kerana rasa takut. Bimbang jika dia salah memberi jawapan.

"Salah tak apa. At least you mencuba Zahra. It's okay," ujar cikgu tersebut apabila dia melihat raut wajah Zahra yang seperti ketakutan itu.

Zahra menarik nafas dalam lalu hembus perlahan. Cuba mencari keyakinan diri. Dia berdeham kecil sebelum memberikan jawapannya.

"Berdasarkan kefahaman saya, kos tetap tidak berubah mengikut perubahan tingkat aktiviti pengeluaran. Contoh kos tetap adalah sewa kilang, mesin, gaji, insurans kilang. Kos tetap sentiasa sama walaupun pengeluaran bertambah atau berkurang."

Zahra berhenti seketika, mengambil nafas baru sebelum menyambung kembali menjawab soalan.

"Kos berubah pula berubah secara terus dengan perubahan dalam tingkat pengeluaran. Contoh bagi kos berubah adalah kos bahan mentah, kos buruh langsung, duti atas bahan mentah, belanja langsung kilang. Jumlah kos berubah akan bertambah atau berkurang pada kadar yang sama dengan perubahan dalam tingkat pengeluaran," jelas Zahra panjang lebar.

Cikgu bertudung kelabu itu terangguk-angguk kepalanya mendengar jawapan yang diberikan Zahra.

"Untuk kos mentah, adakah kos bahan mentah akan meningkat jika unit pengeluaran ditingkatkan?"

Cikgu bertudung kelabu itu kembali melempar soalan kepada Zahra. Dia sengaja memberi soalan tricky kepada Zahra kerana mahu melihat sama ada wanita itu faham atau tidak dengan konsep kos yang sebenar.

Semua di dalam kelas itu memakukan pandangan mereka kepada Zahra, menanti wanita itu menjawab soalan yang diberikan.

Zahra mengangguk kecil dengan wajah yakin.

"Sebab kos bahan mentah ini dibawah kos berubah. Seperti yang saya sebutkan tadi, jumlah kos di bawah kos berubah akan berubah pada kadar yang sama dengan perubahan dalam tingkat pengeluaran," jawab Zahra dengan tenang.

"Give a big applause to Zahra Delisha, awak
boleh duduk, " ucap cikgu tersebut lalu menepuk tangan untuk Zahra. Begitu juga dengan pelajar lain.

HER SAVIOR [Slow Update]Where stories live. Discover now