BAB 20

2.1K 165 28
                                    

Emelda menapak perlahan masuk ke bahagian pengeluaran. Wajahnya begitu serius memerhatikan setiap pekerja yang sedang melakukan kerja mereka.

Dari jauh, dia ternampak Teresa dan Tengku Ahnaf sedang memantau produk mereka sebelum betul-betul dikeluarkan secara rasmi.

Dia berjalan mendekati mereka yang serius membincangkan sesuatu.

"Any problem?" tegur Emelda ketika dia tiba di hadapan Teresa dan Tengku Ahnaf.

Kedua-duanya memanggung kepala memandang Emelda.

"Inek," sapa Tengku Ahnaf dengan sopan.

"Hm," jawab Emelda sepatah. Dia mengambil paket produk makanan mereka yang ada di atas meja.

"Ada masalah lagi?" tanya Emelda apabila pertanyaan dia tadi tidak dijawab, malah dibiar sepi.

"Tak ada tapi kami tengah semak secara terperinci setiap isi kandungan di kertas dan dalam paket ini. Takut tak tally," terang Teresa sambil mencatit sesuatu di atas kertas yang dia bawa dari pejabat tadi.

Emelda mengangguk faham kemudian membuang pandang ke arah Tengku Ahnaf.

"Dah habis bincang?" tanya Emelda lagi.

"Dah. Kenapa mummy?" tanya Teresa.

"Aku nak jumpa Ahnaf sekejap. Boleh ke?"

Tengku Ahnaf yang sedang membelek pembungkusan produk makanan itu mengangkat kepala memandang Emelda.

"Boleh inek," jawab Tengku Ahnaf ringkas seraya meletakkan kembali produk tersebut di atas meja. Dia terus mengikuti langkah Emelda yang sudah berlalu pergi itu.

Setibanya di bilik pejabat Emelda, dia melabuhkan duduk di hadapan nenek isterinya itu. Mereka berbalas pandangan sebelum Emelda memulakan bicara.

"Macam mana dengan dia? Okay?" Emelda bertanya dengan wajah yang dingin.

Kening Tengku Ahnaf terangkat seketika mendengar soalan Emelda. Dia? Isteri dia lah kan?

"Isteri saya? Zahra? Alhamdulillah dia baik-baik saja." jawab Tengku Ahnaf tenang. Tubuhnya disandarkan pada kerusi.

Dia teragak-agak untuk memberitahu sesuatu yang penting terhadap Emelda. Takut Emelda menjadi cemas dan panik jika mendengar apa yang ingin dia sampaikan sebentar lagi.

"Inek, saya ada terjumpa dia." beritahu Tengku Ahnaf dengan berhati-hati. Dia sengaja mahu berkias terlebih dahulu.

"Dia? Siapa?" tanya Emelda kembali bersama kerutan pada dahi. Dia tidak dapat menangkap apa yang ingin disampaikan Tengku Ahnaf.

Tengku Ahnaf menarik nafas dalam lalu menghembus perlahan. Dia tahu sebentar lagi wanita di hadapannya ini akan bertukar panik.

"Dia, ibu kandung Zahra." beritahu Tengku Ahnaf senafas.

Terlepas botol dari tangan Emelda yang baru saja ingin membasahkan tekak itu ketika mendengar kata-kata anak muda dihadapannya.

Air liurnya ditelan laju. Wajahnya berubah pucat.

"Dia nampak Nancy ke? Dia tahu ke Nancy?" Emelda menyoal Tengku Ahnaf bertubi-tubi.

Dia menghela nafas lega ketika melihat Tengku Ahnaf menggeleng perlahan.

Ini adalah salah satu sebab kenapa dia risau membebaskan Zahra ke dunia luar. Dia tidak mahu ada orang tahu kehadiran Zahra.

Tengku Ahnaf hanya perhatikan saja Emelda yang mendiamkan diri itu. Pasti nenek isterinya sedang memikirkan sesuatu.

HER SAVIOR [Slow Update]Where stories live. Discover now