BAB 11

2.1K 155 54
                                    

"Ah penatnya."

Zahra merebahkan diri di atas katil. Dia baru saja selesai menunaikan solat Isyak.

Alhamdulillah, berkat panduan buku yang diberikan oleh Balqis, dia mula belajar perlahan-lahan mendidik dirinya untuk menunaikan solat.

Dari mana dia tahu arah kiblat? Atas bantuan Teresa yang sudi meminjamkan dia telefon untuk mencari tahu di mana arah kiblat di dalam rumah tersebut.

Setakat ini, dia hanya tahu membaca surah Al-fatihah saja dulu kerana surah itu merupakan surah yang wajib dibaca dalam solat.

Rukun dalam solat juga dia sudah pelajari dan pratikkan berkat buat setiap hari. Dia teringat pesanan Balqis ketika bakal mentuanya itu menyerahkan dia buku panduan solat dan telekung.

"Zahra buat mana yang termampu dulu ya. Tentang Al-Quran, nanti kita belajar sama-sama. Belajar perlahan-lahan. Yang penting, cuba latih diri untuk jangan tinggal solat ya."

Jiwanya terasa tenang setiap kali menunaikan solat lima waktu. Dia rasa rugi dengan waktu yang sudah terbuang begitu saja selama ini dengan tidak melaksanakan perkara wajib.

Keluhan kecil dilepaskan. Kepalanya dipicit perlahan. Tubuhnya yang terasa penat juga ditumbuk sedikit.

Petang tadi, dia mencuba baju dress yang akan dikenakan untuk hari bersanding nanti di sebuah butik milik kawan Balqis.

"Aku tak tahu pula nak kahwin ni banyak benda nak buat." omelnya sendiri sambil berguling di atas katil.

Kemudian dia baring meniarap. Matanya fokus pada jaket Tengku Ahnaf yang masih setia tergantung pada belakang pintunya.

Perlahan-lahan bibirnya mengorak senyuman.

Seakan tidak percaya dia akan berkahwin dengan pemilik jaket tersebut.

"Tapi kalau penat demi Ahnaf, aku sanggup. Huaa macam tak percaya nak kahwin dah. Kau dah dewasa lah Zahra." ujar Zahra seraya bangkit dari pembaringannya lalu melompat-lompat di atas katil.

Dia siap berpusing-pusing membayangkan dirinya akan mengenakan busana dress seperti yang diangankan.

Lagi dua bulan dia akan menjadi isteri kepada Tengku Ahnaf, lelaki asing yang baru saja dia kenali.

Lelaki itu benar-benar mengotakan kata-katanya. Setiap urusan perkahwinan telah diuruskan oleh lelaki itu. Dia hanya datang menghadiri kursus kahwin, datang ke butik untuk fitting baju.

Dia juga diberi pilihan untuk memilih tema yang dia mahukan untuk majlis persandingan mereka nanti.

Pada awalnya, Emelda menolak keras untuk  membuat majlis persandingan kerana katanya, Zahra akan terdedah dengan orang awam.

Nasib baik Teresa pandai memujuk sehingga akhirnya Emelda terpaksa bersetuju.

Majlis pernikahan dia dan Tengku Ahnaf akan diadakan di rumah Emelda sesuai dengan permintaan neneknya itu sendiri.

"Haus lah pula."

Zahra terus melompat dari katil lalu menapak ke pintu biliknya.

Dia menuruni tangga sambil bernyanyi kecil. Ruangan di bawah kelihatan sepi tiada orang. Mungkin masing-masing sudah masuk ke dalam bilik.

Pintu peti sejuk dibuka lalu dia tunduk mengambil air kotak bunga yang hanya tersisa satu sahaja di dalam peti tersebut lalu duduk di kerusi meja makan.

Sedang asyik menyisip minuman, telinganya menangkap bunyi derapan kaki di tangga. Dia malas mahu menoleh. Dia mengagak mungkin Teresa yang turun ke bawah.

HER SAVIOR [Slow Update]Where stories live. Discover now