BAB 10

2.3K 171 35
                                    

Teresa meletakkan telefonnya di atas meja. Tangannya dimainkan sesama sendiri. Dia membuang pandang ke luar tingkap bersama keluhan kecil dan pada masa yang sama ada rasa lega bermukim di hati.

Dia rasa lega kerana sudah tahu di mana keberadaan anak saudaranya. Baru sebentar tadi, dia mendapat panggilan dari Tengku Ahnaf. Dia fikir ada masalah berkaitan dengan produk sehingga lelaki itu menghubunginya awal pagi.

Rupa-rupanya mahu bercakap soal Zahra. Dia tidak tahu bagaimana lelaki itu boleh mengenali Zahra sedangkan Zahra jarang terdedah dengan orang awam.

"Satu hal pula aku nak kena cakap dengan mummy tentang Zahra. God, please lembutkan hati mummy." bisiknya perlahan lalu kerusi ditolak ke belakang.

Dia mahu pergi ke bilik pejabat Emelda.

Setibanya di hadapan bilik Emelda, air liur yang ditelan terasa kesat. Dia pula rasa berpeluh mahu memberitahu hasrat Tengku Ahnaf kepada Emelda.

Tok tok tok.

Teresa masuk apabila terdengar laungan Emelda dari dalam.

Emelda yang sedang menyemak dokumen itu mengangkat wajahnya apabila pintu bilik pejabatnya dibuka.

Keningnya terangkat melihat kehadiran Teresa pada awal pagi begini di biliknya.

"Why? Pagi-pagi dah ada masalah ke? What kind of problem?" serbu Emelda tanpa mengetahui tujuan kedatangan sebenar Teresa.

Teresa melabuhkan duduk di hadapan Emelda yang masih sibuk dengan dokumen berlambak di atas meja.

Hampir lima minit, Teresa masih diam tidak mengucapkan walau sepatah kata pun membuatkan Emelda berdecit sedikit.

"Bisi utai ka padah? (Ada benda nak beritahu ke?)." tanya Emelda dengan nada keras namun tangan dan mata masih pada dokumen.

Teresa menelan laju air liurnya. Kalau mummynya sudah bercakap bahasa Iban pada waktu kerja, itu bermakna wanita itu sedang dalam mood yang begitu serius dan tidak mahu diganggu tetapi dia tidak betah jika tidak memberitahu tentang Zahra.

"Zahra, dia bersama orang yang boleh dipercayai sekarang." beritahu Teresa senafas menyebabkan tangan Emelda yang sedang menyemak dokumen itu terhenti seketika.

Laju kepalanya diangkat ke atas memandang tepat wajah anaknya itu.

"Mana dia sekarang? Biar aku ambil dia." kata Emelda dengan nada garang.

"Calm down mummy. I told you before, tolong biarkan dia hidup dalam kebebasan sedikit. Trust me, dia dengan orang yang boleh dipercayai mummy." beritahu Teresa.

Dia pelik melihat reaksi Emelda yang seakan cemas dan risau jika Zahra berada di luar. Nak kata sayang, mummynya itu tidak pernah melayan anak saudaranya itu dengan baik.

"Macam mana kau tahu dia dengan orang yang boleh dipercayai? Tak ada orang asing yang boleh dipercayai selain keluarga sendiri!" balas Emelda dengan tegas.

Dia sudah bersiap-siap mengemas segala dokumen di atas meja. Dia mahu mengambil Zahra.

"Mummy nak pergi mana?" tanya Teresa yang sudah kehairanan melihat Emelda yang sudah berdiri bersama handbeg di tangannya.

"Sekarang, beritahu aku dekat mana Nancy. Aku nak pergi ambil dia sekarang." ujar Emelda. Tatapan tajam diberikan kepada anak perempuannya yang satu itu.

"Mummy, boleh relax tak? Dia akan balik malam ini tapi dia bukan datang seorang diri." Teresa mula memberi hint kepada Emelda.

"Dia datang dengan siapa?" tanya Emelda dengan nada keras.

HER SAVIOR [Slow Update]Where stories live. Discover now