BAB 16

2.1K 167 84
                                    

"Ini huruf apa?"

Zahra mengetap perlahan bibirnya sebelum menjawab pertanyaan Tengku Ahnaf. Rasa gementar pula mahu menjawab.

"Err Fa," jawab Zahra antara dengar tak dengar saja suaranya. Bimbang dimarahi oleh suaminya.

"Ini ada tiga titik. Jadi bunyinya Qof. Ulang saya sebut."

"Qof."

"Qof." Zahra mengikut apa yang disebut oleh suaminya.

Tengku Ahnaf mengangguk perlahan setelah berpuas hati mendengar sebutan Zahra yang jelas dan kuat.

Tengku Ahnaf sudah mempunyai rutin baharu. Setiap kali selepas solat maghrib, dia akan mengajar Zahra mengaji dulu sementara menunggu waktu Isyak.

"Sikit saja lagi nak habis dah jilid satu. Insha-Allah perlahan-lahan ya," tutur Tengku Ahnaf lembut seraya menggosok kepala Zahra yang bertutup dengan telekung itu. Buku Iqra ditutup lalu diletak ke tepi.

Pada awalnya, agak sukar untuk Zahra menangkap apa yang diajar oleh Tengku Ahnaf kerana seumur hidup dia tidak pernah mengenal huruf hijaiyyah.

"Terima kasih sebab sabar ajar saya. Rasanya jauh lagi perjalanan saya nak lancar mengaji macam awak kan. Saya masih merangkak-rangkak macam bayi," tutur Zahra dengan suara yang lemah.

Dia malu. Sudah berumur dua puluh sembilan tahun, tetapi ilmu agama sangat tipis dan masih merangkak mahu belajar mengaji.

Dia cemburu setiap kali mendengar suaminya mengaji Al-Quran dengan lancar. Nayla yang baru berusia tiga tahun pun kenal huruf hijaiyyah lebih baik darinya.

"Tak apa. Selagi boleh belajar, kita belajar bersama-sama. Biar merangkak belajar sekarang daripada merangkak di akhirat nanti."

Tengku Ahnaf menatap wajah si isteri yang begitu khusyuk mendengar apa yang dibicarakannya.

"Nak tahu tak, betapa baiknya Allah ini. Sesiapa saja yang membaca dalam keadaan tidak lancar dan berusaha untuk mempelajari Al-Qiran akan dapat dua pahala," beritahu Tengku Ahnaf sambil membetulkan songkoknya yang terasa senget kedudukannya di kepala.

"Ya ke? Apa dia tu?" tanya Zahra dengan teruja. Matanya bersinar-sinar ingin tahu dua pahala yang disebut oleh si suami. Dia tidak tahu kenapa dia suka mendengar perkataan pahala. l

Tengku Ahnaf menahan senyum melihat wajah tidak sabar Zahra seperti anak-anak kecil yang tidak sabar mahu mendapat gula-gula.

"Pahala pertama adalah kerana membaca Al-Quran. Pahala yang kedua pula.." Suara Tengku Ahnaf meleret sengaja mahu membuat Zahra menunggu dengan lebih lama.

Kening Zahra terangkat ke atas apabila ayat lelaki itu seperti tergantung. Lama.

"Yang kedua apa? Cepatlah beritahu saya. Saya nak tahu. Awak oh awak," panggil Zahra sehingga tidak sedar dia terpegang tangan Tengku Ahnaf. Tangan besar suaminya itu ditepuk manja.

Tengku Ahnaf yang tidak sempat melarikan tangannya itu hanya mampu mengetap bibir kerana tindakan si isteri.

"Sayang ku Zahra, wudhu kita berdua batal sayang," ujar Tengku Ahnaf dengan suara yang meleret.

Zahra pula terpaku seketika. Sayang? Lelaki itu memanggilnya sayang? Dia tidak salah dengar kah?

Lama dia merenung wajah si suami. Yang ada dalam otaknya saat ini hanya perkataan sayang, sayang dan sayang. Hilang sudah rasa ingin tahu pahala yang kedua.

Tengku Ahnaf mengawangkan kedua tangannya di hadapan wajah Zahra yang seperti patung itu.

"Zahra."

Sepi. Diam.

HER SAVIOR [Slow Update]Where stories live. Discover now