BAB 4

2.4K 175 12
                                    

Zahra menekup kedua wajahnya kerana malu dengan kejadian yang berlaku sebentar tadi. Banyak-banyak manusia, kenapa lelaki itu juga yang dia terlanggar.

Baru semalam dia terkenangkan lelaki itu, kini lelaki itu sudah ada di depan matanya. Tangannya dialihkan pada wajah apabila terasa kakinya yang terhempap dengan basikal tadi terasa ringan.

"Awak okay?" tanya Tengku Ahnaf sambil mengangkat basikal yang menghempap kaki gadis tersebut.

Zahra hanya mampu mengangguk. Lidahnya masih kaku untuk menjawab dek kerana menahan malu.

"Boleh bangun?"

Zahra terkelu. Lembutnya tutur kata lelaki itu. Seumur hidupnya, tidak pernah ada orang melayan dia selembut itu kecuali Teresa. Neneknya dan sepupu-sepupunya yang lain suka bercakap kasar dengannya.

Sekali lagi Zahra mengangguk kecil. Perlahan-lahan dia bangun dan mengibas sedikit tangannya yang kotor itu.

"Seorang saja ke?" tanya Tengku Ahnaf lagi. Dari tadi dia bertanya hanya anggukan saja yang dia terima. Nak kata bisu, rasanya tiga tahun yang lepas ada saja suara wanita itu memarahinya kerana menyelamatkan dia.

"Em ya," jawab Zahra sepatah.

Tengku Ahnaf melihat basikal di tangannya dan Zahra bersilih ganti.

Kali ketiga dia bertemu dengan wanita itu. Pertama, tiga tahun lepas di pantai. Kedua, semalam di taman perumahan Eariq tapi wanita itu tidak tahu dirinya yang berselindung di sebalik helmet dan hari ini, mereka terserempak lagi.

Niat untuk berjalan-jalan seketika. Siapa sangka, takdir menemukan mereka kembali.

"Nak saya ajar naik basikal?" pelawa Tengku Ahnaf tiba-tiba. Dia tahu dari gaya wanita itu jatuh basikal, pasti wanita itu tidak pandai mengemudi basikal.

Dia pun tidak tahu kenapa mulutnya ringan mempelawa wanita itu belajar naik basikal.

"Mana dia tahu aku tak pandai naik basikal?" bisik Zahra di dalam hati.

Zahra berdeham kecil. Cuba mengawal riak wajahnya agar tidak terlalu ketara dia tidak pandai bermain basikal.

"Saya..saya pandailah naik basikal. Naik saja lah kan, bukan susah pun," jawab Zahra dengan ego, tidak mahu mengaku dia tidak pandai.

Tengku Ahnaf tersenyum sungging. Ego.

"Okay. Saya pelawa sekali saja. Tak ada lagi ya. Nah basikal awak," ujar Tengku Ahnaf bersahaja lalu menyerahkan basikal itu kepada Zahra.

Zahra mengambil basikal itu dengan perasaan yang berat. Macam nak tak nak saja dia mengambil basikal itu.

Tengku Ahnaf mengangkat kening memandang Zahra.

"Naiklah. Saya nak tengok juga."

Tengku Ahnaf menyilang tangan pada dada memandang wanita di hadapannya itu.

Zahra menggigit perlahan bibirnya. Perlahan-lahan dia naik ke atas basikal tersebut.

"Zahra, kau jangan buat malu tau. Buktikan kau boleh," desisnya dalam hati.

"Hah tengok ni. Saya boleh lah naik basikal. Jangan pandang saya sebelah mata tau," kata Zahra dengan nada riak sedikit ketika basikal yang dikayuhnya sudah bergerak sedikit ke depan.

Tengku Ahnaf hanya perhatikan saja gelagat Zahra yang membawa basikal itu di hadapannya. Bibirnya tersenyum senget ketika melihat ada beberapa remaja yang turut berbasikal muncul berdekatan Zahra.

"Kita tengok boleh pergi jauh ke tak," desis Tengku Ahnaf perlahan.

Zahra yang ternampak sekumpulan remaja yang turut berbasikal itu ada di depannya mula merasa cuak.

HER SAVIOR [Slow Update]Where stories live. Discover now