BAB 46

1.7K 155 11
                                    

Zahra baca berulang kali pesanan yang diterima. Dia mengerling sekilas ke arah Tengku Ahnaf yang sedang bersiap-siap untuk ke kerja.

"Abang," panggil Zahra lembut. Terkedek-kedek dia berjalan mendekati Tengku Ahnaf.

"Kenapa sayang?" Tengku Ahnaf menggamit tangan isterinya lalu dipeluk manja.

"Abang, hari ini sayang nak pergi rumah inek boleh tak?" Zahra meminta keizinan Tengku Ahnaf dengan nada manja dengan harapan suaminya akan memberi kebenaran kepadanya.

Tengku Ahnaf memandang lama wajah isterinya. Setelah sekian lama mereka tidak singgah ke rumah Emelda semenjak pemergian Emelda dan Teresa, kenapa hari ini isterinya tiba-tiba meminta untuk berkunjung ke rumah Emelda?

"Sayang rindukan Inek dan Aunty ke?" tanya Tengku Ahnaf dengan prihatin. Wajah isterinya ditenung penuh kasih.

"Rindu tu rindu juga abang cuma Stephanie mesej sayang tadi. Dia tak sihat. Katanya teringin nak makan bubur yang sayang selalu buatkan untuk dia semasa sayang tinggal dekat rumah tu dulu," jelas Zahra panjang lebar, sekaligus berkata jujur tentang pesanan yang diterima.

Memang Zahra akan selalu buatkan bubur untuk orang-orang di rumah Emelda dulu jika ada yang tidak sihat tapi dia tidak menyangka kalau Stephanie menginginkan bubur masakan dia walau sudah berbulan-bulan dia pergi dari rumah itu.

Tengku Ahnaf hanya mendiamkan diri. Tangan isterinya dilepas perlahan lalu kembali bersiap-siap.

Zahra mengemam perlahan bibirnya. Jika dilihat reaksi suaminya saat itu, rasanya dia sudah tahu jawapan yang akan dia terima.

"Kalau abang tak izinkan, sayang tak pergi," kata Zahra lembut lalu kembali mendekati suaminya yang sudah berdiri di hadapan meja solek untuk menilik penampilan hari itu.

"Terima kasih kerana faham. Abang memang tak izinkan dan takkan pernah izinkan sayang dekat-dekat dengan Stephanie walaupun dia sepupu sayang. Dia ada vibe negatif bagi abang. Dia sakit? Pandailah dia jaga diri dia. Kita baik kena berpada-pada," ujar Tengku Ahnaf dengan jujur.

Dia tidak mahu isterinya menjadi mangsa Stephanie yang seterusnya kerana dia tahu dan menyimpan satu rahsia tentang wanita itu.

"Sayang duduk je dekat rumah ni. Rehat-rehat. Minggu depan abang minta cuti untuk jaga sayang," sambung Tengku Ahnaf lalu mengelus perut sang isteri.

Jika ikut jangkaan yang diberikan doktor, Zahra akan bersalinkan anak-anak mereka dalam masa lebih kurang tiga minggu dari sekarang.

Anak-anak? Tengku Ahnaf mengukir senyuman bahagia. Zahra orang yang paling gembira saat diberitahu oleh doktor kalau isterinya itu akan melahirkan sepasang anak kembar.

Tercapai juga hajat isterinya meski untuk memiliki anak kembar walaupun hanya dua saja.

"Baik abang. Saya yang menurut perintah!" Zahra mengangkat tangan lalu tabik kepada suaminya.

Sejujurnya, dia juga merasa tidak selesa dengan permintaan Stephanie tapi atas dasar sepupu, dia adalah juga berniat mahu ke rumah Emelda.

Mujur saja Tengku Ahnaf tidak memberi kebenaran, sekurang-kurangnya dia ada alasan yang kukuh untuk menolak permintaan Stephanie.

"Abang pergi kerja dulu. Sayang jaga diri elok-elok dekat rumah. Tak payah nak buat-buat sibuk dekat rumah ni. Duduk saja diam-diam."

Zahra tergelak kecil dengan pesanan suaminya itu. Sempat lagi selit untuk menyindir dia.

"Ya lah. Sayang duduk diam-diam je. Buang air kecil pun nanti dekat atas sofa je. Tak payah gerak pergi mana-mana," seloroh Zahra, sengaja mahu mengusik Tengku Ahnaf.

HER SAVIOR [Slow Update]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora