BAB 35

1.9K 122 5
                                    

Zahra mengelap rambutnya yang masih basah itu sambil melangkah keluar dari bilik air.

Tiba-tiba matanya tertancap pada satu arah iaitu di meja kecil berdekatan dekat katil. Bibirnya melorek senyuman apabila ada bunga mawar berwarna merah dan putih di atas meja tersebut.

Dia menapak laju ke arah meja itu lalu mencapai bunga tersebut. Bunga yang dipegang dibawa ke hidungnya lalu dihidu perlahan.

"Hm wanginya," bisik Zahra perlahan.

Kad yang terselit diantara bunga itu diambil lalu dibaca. Dia tersengih sendiri membaca setiap patah perkataan yang tertulis pada kad tersebut sambil melabuhkan duduk di katil.

"Tahniah isteri saya yang cantik. Semoga kejayaan akan selalu menjadi milik isteri saya yang bijaksana ini," - dari suamimu yang tersayang.

Zahra menghentak perlahan kakinya ke lantai. Dia tersipu malu sendiri.

"Dia cakap aku cantik? Ah! I cannot lah i cannot!" kata Zahra dengan suara gedik. Dia memang kalah jika Tengku Ahnaf memberinya pujian walau hanya sekadar pujian ringkas.

Pasti Tengku Ahnaf memberinya bunga itu kerana keputusan peperiksaan yang diperolehinya tempoh hari. Alhamdulillah, berkat usaha Tengku Ahnaf menghantar dia ke kelas tambahan setiap minggu, dia berjaya mendapat semua A dalam subjek yang diambil.

Langkah pertama sudah berjaya. Langkah seterusnya, dia akan cuba sambung belajar ke peringkat seterusnya dan sudah semestinya atas izin Tengku Ahnaf.

Tangannya membelek lagi bunga yang diberi. Dia berpusing-pusing sambil bernyanyi kecil kerana senang hati dengan pemberian suaminya itu.

"He is the best husband ever! Hmm wanginya," kata Zahra kemudian kembali menghidu bunga tersebut sambil berpusing di tengah ruangan bilik tersebut.

Tiba-tiba pusingannya terhenti apabila dia perasan ada seseorang sedang memerhatikannya di balkoni.

Bibirnya dikemam kuat sebelum perlahan-lahan melorek senyuman malu. Tepat seperti yang disangkakan, memang ada yang sedang perhatikan dia bersama senyuman besar.

Kepalanya diketuk perlahan dengan bunga di tangan. Macam mana dia boleh tak perasan ada Tengku Ahnaf sedang berdiri di balkoni bilik mereka?

"Seronok nampak?" usik Tengku Ahnaf bersama senyuman nakal.

"Ihik! Janganlah tengok. By the way..."

Terhenti sekejap kata-kata Zahra sambil melirik ke arah bunga yang dipegang kemudian dia terus berlari ke arah Tengku Ahnaf yang santai berdiri sambil berpeluk tubuh.

Buk!

"Terima kasih suami saya," bisik Zahra malu-malu apabila dia berada di dalam dakapan sang suami.

"Sama-sama, Tahniah sekali lagi isteri saya," balas Tengku Ahnaf seraya mengucup kepala Zahra.

Zahra mendongak memandang suaminya. Ditenung dalam-dalam wajah lelaki itu.

"Kenapa?" soal Tengku Ahnaf bersama jungkitan di kening.

"Awak selalu cakap saya cantik. Saya betul-betul cantik ke di mata awak?" soal Zahra. Saja mahu bertanya soalan childish sedikit kepada suaminya.

"Pernah dengar tak kita ini akan nampak indah pada mata yang tepat? Begitu juga dengan isteri saya ini. Awak cantik di mata saya. Allah dah takdirkan mata saya ini untuk melihat dan menikmati kecantikan yang dianugerahkan Allah kepada isteri saya ini," tutur Tengku Ahnaf seraya mengerdipkan mata kanannya ke arah Zahra.

Melihat aksi suaminya itu membuatkan pipi Zahra membahang malu. Dada Tengku Ahnaf ditepuk manja.

"Jangan buat pipi saya merah boleh tak? Saya malu ini," kata Zahra sambil tergelak kecil.

HER SAVIOR [Slow Update]Where stories live. Discover now