BAB 1

4.4K 225 39
                                    

"Assalamualaikumwarahmatullah."

Wajahnya diraup perlahan. Kedua tangan diangkat menadah tangan membaca doa selepas sahaja menunaikan solat subuh.

Selesai membaca doa, dia bingkas bangun kemudian melipat sejadah lalu meletakkan sejadah tersebut di dalam rak.

Ada baki beberapa jam lagi sebelum dia menduduki peperikaaan di universiti.
Dia mencapai bukunya di atas meja lalu dibaca sekali imbas.

Cukup sekadar untuk dia membuat revision kerana malam tadi dia sudah berhempas pulas mengulang kaji.

Selesai mengulang kaji, bukunya ditutup lalu diletakkan ke dalam beg.

Tangannya baru saja membuka pintu, terpacul wajah-wajah kesayangannya.

"Selamat hari lahir anak mama dan papa," ucap wanita yang semakin hari semakin cantik walau wajahnya semakin berkedut dimamah usia.

"Selamat hari lahir anak papa, Tengku Ahnaf Rifqi yang ke dua puluh lima. Semoga cepat bertemu jodoh," ucap Tengku Arifin sambil berseloroh kecil.

Balqis menatap penuh kasih wajah jejaka yang berdiri di hadapan mereka.

Waktu berputar terasa sekejap sehingga anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang kini membesar menjadi jejaka yang elok budi pekertinya. Dari segi paras rupa, Tengku Ahnaf lebih banyak mewarisi Tengku Arifin.

"Alhamdulillah untuk usia ini. Semoga di usia baru ini, abang dapat membuat papa dan mama hidup lebih bahagia dari sebelumnya. Terima kasih papa mama sudi ingat tarikh lahir abang walaupun dah besar panjang begini," ujar jejaka bernama Tengku Ahnaf itu bersama senyuman.

Balqis mengusap penuh kasih wajah Tengku Ahnaf.

"Tak perlu berlebihan buat mama dan papa bahagia. Cukup melihat kamu tersenyum dan berdiri di hadapan kami ini saja sudah mampu membuat kami bahagia. Kan Hubby?" Balqis menoleh ke belakang memandang encik suami bersama senyuman tipis.

Tengku Arifin mengangguk kecil lalu memeluk bahu anak lelakinya itu.

"Papa tak minta banyak. Semoga Allah melindungi anak papa dan mama ini walau di mana saja kamu berada," ucap Tengku Arifin dengan nada bergetar.

Tengku Ahnaf terus memeluk tubuh kedua-duanya.

"In sha Allah doa papa dan mama terangkat dan sampai kepada Allah. Buktinya, abang masih ada di hadapan ibu ayah. Itu semua kerana berkat doa papa dan mama yang tidak putus-putus mendoakan abang," tutur Tengku Ahnaf lembut.

Balqis mendongak memandang anak lelakinya yang mempunyai ketinggian 184cm itu lalu melemparkan senyuman manis.

"Jom makan. mama dah masakkan makanan kegemaran anak mama ni. Hah sebelum tu, dah solat ke?" soal Balqis.

Tengku Ahnaf mengangguk kecil seraya meleraikan pelukan antara mereka bertiga.

"Dah mama. Tadi baru saja lepas habis solat," tutur Tengku Ahnaf sopan.

"Alhamdulillah. Mari kita ke meja makan. Papa tak sabar nak rasa masakan mama kamu ini. Papa tak boleh makan selagi kamu tak makan tau. Maklumlah, hari special kamu," usik Tengku Arifin seraya menjauhkan diri apabila tangan Balqis gatal mahu mencubit lengannya.

Mereka bertiga terus melangkah menuju ke meja makan.

"Erkkk Alhamdulillah. Terima kasih banyak mama masakkan makanan sedap untuk sarapan pagi ini."

Pagi ini, Balqis masakkan nasi ayam kegemaran Tengku Ahnaf. Banyak kali juga dia menambah. Jarang dia tak menambah kalau masakan Balqis.

"Sama-sama. Pagi ini abang ada exam kan?" soal Balqis.

HER SAVIOR [Slow Update]जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें