BAB 45

2.2K 201 17
                                    

Terpisat-pisat mata Tengku Ahnaf menahan sinaran matahari yang menembusi langsir bilik mereka.

"Aduh, dah kenapa ada kat atas katil ni?" desis Tengku Ahnaf perlahan. Kepalanya terasa berat sungguh saat ini. Matanya dicelik beberapa kali kerana pandangan mata yang agak kabur.

"Abang! Abang dah bangun ke?"

Tengku Ahnaf terkaku. Abang? Terngiang-ngiang perkataan itu di gegendang telinganya.

Terus terlayar kembali aksi Zahra yang begitu manja memanggilnya abang dan dia sudah ingat penyebab dia terlantar di atas katil ni.

Matanya terbuka luas. Automatik terang pemandangan matanya. Air liur ditelan laju. Wajah Zahra betul-betul di hadapannya.

Dup dap dup dap! Ah waktu macam inilah jantung nak buat hal. Nafas ditahan sedalam mungkin apabila Zahra meletakkan kepala pada dadanya.

"Abang nervous ke?"

"Tak," jawab Tengku Ahnaf pendek. Masih cuba mengawal dada yang berdebar-debar dek kelakuan sang isteri.

"Eh eh dah bangunlah prince katak kita. Eh bukan, prince abang. Abang dah bangun ke abang? Okay tak tu? Lutut lembik lagi ke?" usik Tengku Anaqi yang berdiri di sebelah Tengku Arifin itu.

Laju tangan Tengku Ahnaf mencapai bantal
di atas katil lalu dibaling kuat ke arah adik kembarnya itu.

"Tak guna. Jatuh maruah aku," desis Tengku Ahnaf dalam hati.

"Abang, abang okay tak?" Zahra menyoal lagi sambil menekup wajah suaminya. Rasa nak menangis tengok suaminya tidak sedarkan diri tadi.

Nasib baik ada Tengku Arifin dan Tengku Anaqi yang bantu dia untuk angkat suaminya ke dalam bilik.

"Err saya okay Zahra. Jangan risau. Saya mungkin pening sikit kot," kata Tengku Ahnaf sambil cuba melarikan pandangan matanya yang bersabung dengan Zahra.

Tangan Zahra jatuh melorot secara perlahan-lahan dari wajah suaminya. Dia sedikit menjauh.

"Abang dah tak love love sayang."

Zahra mencebik sedikit lalu cuba untuk bangun dari katil. Dia terasa dengan Tengku Ahnaf yang mengelakkan diri dari berpandangan mata dengannya.

Matanya sudah berair sedikit, tunggu masa untuk menitis.

Tengku Anaqi menyenggol lengan Tengku Arifin sambil menjuihkan bibirnya pada Tengku Ahnaf.

Balqis dan Zarina? Mereka berdua duduk santai di sofa bilik suami isteri itu sambil  mengunyah jajan yang dibawa siap-siap oleh Balqis tadi.

Cuak melihat wajah muram sang isteri, Tengku Ahnaf terus menangkap lengan Zahra lalu diusap perlahan mata isterinya yang sudah basah itu.

"Mana boleh cakap saya tak love love isteri saya ni. Awak terasa ya? Maafkan saya," kata Tengku Ahnaf lalu mengelus rambut sang isteri.

Malulah juga nak pujuk isteri di hadapan keluarga sendiri tapi dia takkan sesekali biarkan isterinya merajuk kerana dia jadi dia harus pujuk secepat mungkin.

"Kalau nak sayang maafkan abang, izinkan sayang panggil abang. Kalau tak..."

"Okay-okay." Tengku Ahnaf terus potong kata-kata sang isteri. Wajah isterinya dielus lembut. Mata terpejam seketika. Cuba mengawal rasa debar dalam hati.

"Ya Allah, rasa nak cabut je jantung ni letak dekat tepi setiap kali dengar panggilan abang dari bibir isteri kesayanganku ini," bisiknya dalam hati.

"Ya lah, panggillah abang. Janji sayang bahagia."

HER SAVIOR [Slow Update]Where stories live. Discover now