BAB 38

1.5K 149 17
                                    

"Saya ceraikan awak dengan talak 1."

Tengku Ahnaf terus meleraikan pegangan tangan mereka berdua lalu pusing tubuh membelakangkan Zahra.

"Allah," desis Balqis perlahan. Tubuh suaminya dipeluk kuat. Tidak sangka, dia akan menjadi saksi perpisahan anak menantunya sendiri.

Zahra mengemam kuat bibirnya. Tidak mahu membiarkan tangisannya berdendang di telinga Tengku Ahnaf.

Belakang tubuh Tengku Ahnaf dipandang bersama air mata. Tubuh itu tidak mampu lagi dia peluk.

"Awak nak pergi mana?" tanya Zahra dengan nada sebak bila melihat Tengku Ahnaf seakan mahu keluar dari rumah.

"Pergi ke mana saja asalkan bukan di sini. Kita dah tak ada ikatan. Sebaiknya saya saja yang keluar dari sini."

Tengku Ahnaf membuka langkah mahu keluar dari rumah tersebut namun langkahnya terhenti tika suara Zahra menyapa telinganya.

"Ini rumah keluarga awak. Saya yang sepatutnya keluar dari sini," tutur Zahra. Ada getaran pada suara itu.

Tengku Ahnaf menggeleng perlahan. Matanya dihalakan pada Tengku Arifin dan Balqis.

"Ma,pa. Bolehkan Zahra duduk sini?"

Tengku Arifin mengangguk kecil. Bibirnya bergetar cuba menahan tangisan. Sebak melihat raut wajah Tengku Ahnaf yang sayu itu.

Dia tahu niat Tengku Ahnaf itu. Anaknya mahu Zahra terus berada di sisi keluarga mereka kerana di rumah itu, keselamatan Zahra lebih terjamin.

"Ikatan kita sudah terputus tapi bukan ikatan antara awak dan mama papa. Mereka tetap mentua awak," kata Tengku Ahnaf dengan lemah.

"Abang pergi dulu. Assalamualaikum."

Tanpa menoleh ke belakang, Tengku Ahnaf terus meluru ke pintu utama. Dia mahu segera keluar dari rumah tersebut kerana bimbang tidak dapat menahan diri dari memandang Zahra yang kini bukan lagi isterinya.

Pecah tangisan Zahra melihat Tengku Ahnaf yang tidak menoleh walau sedikit pun ke arahnya.

"Maafkan saya Ahnaf," desisnya dengan hati yang sebak.

Hampir saja Zahra tumbang ke lantai kalau bukan disebabkan Tengku Arifin yang cepat-cepat menyambut menantunya itu.

"Zahra," seru Balqis apabila melihat Zahra yangs menangis merenung siling rumah.

"Mama, salah ke apa yang saya buat ni?" desis Zahra lemah.

Balqis hanya mampu memeluk tubuh Zahra. Tiada apa lagi yang mampu dia lakukan kerana perpisahan adalah jalan yang Tengku Ahnaf dan Zahra pilih.

"Redha. Semua sudah terjadi," balas Balqis.

Balqis dan Tengku Arifin hanya mampu berpandangan manakala Zarina dan Tengku Anaqi terdiam seribu bahasa dengan apa yang sudah terjadi di depan mata mereka.

"Zahra duduk sini ya nak. Walaupun Zahra dah berpisah dengan Ahnaf, Zahra tetap anak papa dan mama. Tempat Zahra di sini," kata Tengku Arifin lalu mengelus lembut kepala Zahra.

Zahra hanya mampu menangis di dalam pelukan Balqis. Dalam hati, tidak putus-putus menyalahkan diri sendiri.

Mata dipejam rapat, berharap dunia saat itu berhenti berputar kerana dia tidak sanggup melalui hari-hari akan datang tanpa Tengku Ahnaf.

Tengku Arifin melepaskan keluhan kecil melihat Zahra yang hanya memberi pandangan kosong pada drama yang ditayangkan di televisyen saat itu.

Hampir dua bulan Zahra dan Tengku Ahnaf berpisah dan selama situ Tengku Ahnaf tidak pulang ke rumah. Mereka bertemu pun hanya di tempat kerja saja.

HER SAVIOR [Slow Update]Where stories live. Discover now