BAB 41

1.7K 152 5
                                    

Brek tangan ditarik.

Dia membuang pandang ke arah seberang jalan di mana buah hatinya berada.

telefon bimbit yang berada di poket seluarnya dikeluarkan lalu aplikasi kamera dibuka. Bibirnya mengukir senyuman saat melihat hasil gambar yang ditangkap olehnya.

"Cantik, seperti selalu," bisik Tengku Ahnaf perlahan.

Itulah rutinnya sejak empat bulan yang lalu.

Hanya mampu menjadi pemerhati dari jauh. Untuk mendekat, itu tidak mungkin sama sekali kerana bimbang ada hati yang akan kecewa lagi.

Dia rindu akan senyuman Zahra yang selalu mengisi hari-harinya.

Senyuman manis yang akan menyapa dia jika dia pulang dari kerja.

Senyuman milik Zahra itulah yang akan membuatkan dia lupa akan kelelahan yang menyelimuti dirinya saat dia mempunyai banyak kerja di pejabat.

"Awak nampak lebih bahagia tanpa saya di sisi awak," desisnya perlahan.

Dia perhatikan lagi Zahra yang sedang duduk di kaunter pembayaran restoran milik Balqis sebelum dia membuat keputusan untuk beredar dari situ.

Dia takut jika dia tidak dapat menahan dirinya jika memandang Zahra dengan lebih lama. Dia tidak mahu menambah luka yang sedia ada.

"Take care sayang saya.

Kereta Tengku Ahnaf terus menderu laju meninggalkan kawasan itu. Ada perkara yang lebih penting harus dia selesaikan sebelum kembali sepenuhnya kepada Zahra.

Sementara Zahra yang duduk santai di kaunter pembayaran itu melihat pelanggan yang datang ke restoran Balqis.

Terkadang dia tersenyum sendiri melihat gelagat dan ragam manusia yang ada di situ. Tiba-tiba matanya tertancap pada satu pasangan yang sedang makan di meja hujung sekali.

Pasangan itu sedang makan di dalam satu pinggan yang sama, sudu yang sama dan minum air di cawan yang sama.

Air liur yang ditelan terasa pahit. Automatik kotak memorinya terus berputar teringat kenangan dia dan Tengku Ahnaf.

FLASHBACK.

"Eh, awak tak geli ke nak makan satu sudu lepas tu nak minum satu straw dengan saya?"

Riak wajah Zahra jelas terkejut apabila menu yang sampai hanya satu saja.

"Suami isteri makan berkongsu itu sunnah," balas Tengku Arifin seraya mengenyitkan matanya ke arah Zahra menyebabkan Zahra tersipu malu.

"Nah, suapan pertama untuk isteri saya."

Zahra membuka mulut menerima suapan dari sang suami kemudian dia melihat Tengku Ahnaf selamba saja menyuap makanan ke mulutnya menggunakan sudu yang sama.

"Kenapa?" soal Tengku Ahnaf apabila dia perasan dari tadi Zahra tidak putus-putus memandangnya.

"Saya tengah fikir awak ni memang tak geli ke orangnya? Atau awak share dengan semua orang macam mana awak share dengan saya?"

Tengku Ahnaf mengambil lagi makanan di atas pinggan kemudian disua ke mulut Zahra. Dia dapat rasakan ada nada cemburu pada suara isterinya itu.

Zahra menyambut suapan itu dengan hati yang ragu-ragu. Dia masih tertanya-tanya akan sikap Tengku Ahnaf yang satu itu. Adakah suaminya akan melakukan perkara yang sama pada orang lain?

"Awak cemburu?"

Zahra mengangguk laju.

"Saya cemburu bila terbayangkan awak buat perkara yang sama pada orang lain," jawab Zahra dengan jujur tanpa berselindung.

HER SAVIOR [Slow Update]Where stories live. Discover now