BAB 39

1.5K 146 16
                                    

Tenang.

Itu yang dirasakan Zahra saat ini. Setelah beberapa hari berada dalam fasa kesedihan kerana keguguran, Alhamdulillah hari ini dia merasa lebih lega dan tenang.

Mungkin juga berkat Balqis yang begitu menjaga dia dengan rapi sepanjang proses berpantang ini.

Dia baru tahu kalau keguguran juga perlu melalui proses berpantang untuk menguatkan lagi rahim dan tubuh badannya.

Dia bersyukur kerana dikurniakan orang sekeliling yang begitu peduli tentang dirinya walhal mereka tidak sedarah.

Mata Zahra terbuka luas apabila telinganya menangkap bunyi pintu utama yang kedengaran seperti ditutup. Dahinya berkerut seribu.

Rasanya orang-orang di dalam rumah ini lambat lagi mahu pulang kerana waktu jam baru menunjukkan pukul 3 petang.

Dia bangun dengan penuh berhati-hati lalu menoleh ke belakang.

Dia terpempan sekejap melihat figura yang berdiri tegak di pintu utama itu.

Hampir saja dia menitiskan air mata ketika mereka bersabung mata.

"Ahnaf," desisnya perlahan.

Tengku Ahnaf melihat gaya pemakaian Zahra dari atas ke bawah. Pelik melihat gaya Zahra yang siap berstokin bagai.

"Awak..."

Masing-masing lidah kelu tidak tahu mahu memulakan bicara dari mana.

Zahra berdeham kecil. Tidak mahu kelihatan kekok.

"Awak tak kerja ke hari ini?" tanya Zahra, cuba beramah dengan lelaki itu setelah sekian lama tidak bersua muka.

Dia yakin lelaki itu pasti tidak tahu tentang kewujudan anak mereka yang sempat menghuni di rahimnya.

"Hm tak. Saya balik nak ambil barang saya," jawab Tengku Ahnaf dengan dingin lalu mengatur langkah mahu menapak ke atas.

Zahra tersenyum kelat mendengar nada suara Ahnaf yang dingin itu. Dia sedikit terasa dengan layanan lelaki itu namun dia abaikan.

"Betul ke awak nak berkahwin tak lama lagi?"

Terhenti langkah kaki Tengku Ahnaf. Tubuhnya dipusingkan perlahan-lahan lalu memandang wajah Zahra tanpa riak.

"Betul."

Zas!

Hati dan dada Zahra seperti ditusuk dengan pisau belati. Tajam dan sangat menyakitkan baginya.

"Kenapa?"

Tengku Ahnaf mengangkat keningnya.

"Apa yang kenapa? Nak tahu sebab ke? Tak ada sebab. Mungkin jodoh saya sudah tiba. Kenapa? Menyesal?" sinis nada suara Tengku Ahnaf menempelak Zahra yang jelas kelihatan terkulat-kulat itu.

Tengku Ahnaf berdecit kecil apabila Zahra hanya mendiamkan diri.

"Perceraian ini awak yang pinta kan? Jadi kenapa perlu ada penyesalan?"

Zahra terpempan mendengar kata-kata Tengku Ahnaf yang lembut itu tapi begitu menusuk ke dalam hati dia.

"Jadi, kata-kata awak sebelum kita berpisah itu..."

"Hati manusia sifatnya berbolak-balik. Begitu juga dengan perasaan saya. Awak minta perpisahan, saya tunaikan."

Zahra menelan air liur apabila lelaki itu mengungkit lagi tentang permintaannya itu.

"Jatuhnya talak, maka matilah perasaan saya kepada awak."

Bum!

Hati Zahra bagai dilempar dengan bom mendengar kenyataan itu.

HER SAVIOR [Slow Update]Where stories live. Discover now