BAB 49

1.9K 191 10
                                    

"Zahra macam mana?"

Balqis menoleh ke sisinya, memandang Tengku Airis. Mereka berdua sedang duduk santai di ruangan santai yang disediakan di dalam restoran Balqis.

"Sama juga macam sebelum ni. Tak ada tanda-tanda dia akan sedarkan diri," jawab Balqis dengan nada lemah.

Setiap hari dia, suaminya dan anak-anaknya melawat Zahra di hospital. Setiap kali dia melangkahkan kaki ke hospital, dia selalu berharap akan ada khabar berita yang baik tentang Zahra namun sehingga kini masih sama saja.

Dia hanya mampu berdoa dan berharap kalau Zahra akan kembali kepada mereka seperti dahulu dalam keadaan yang sihat.

"Macam mana dengan pelaku tu? Masih tak nak mengaku siapa yang upah diorang?"

Balqis menggeleng sebagai tanda jawapan kepada soalan Tengku Airis.

"Aku tak tahulah apa perempuan tu cakap dekat diaorang sampai diaorang tu setia tahap dewa tak nak bocorkan langsung pada pihak polis," balas Balqis dengan nada suara yang sedikit meninggi.

Sakit hati bila mengenangkan kediaman dua pelaku tersebut yang masih tidak mahu memberi kerjasama apabila disoal pihak polis.

"Bukan main lagi ya perempuan tu. Aku yakin ada something yang buatkan dua orang malaun tu diamkan diri."

Balqis membawa tangan ke dahi lalu mengurut  perlahan dahinya yang berlapis itu. Pening memikirkan masalah yang terjadi dalam keluarganya.

Sampai sekarang mereka tiada bukti kalau Datin Aishahlah yang mengarahkan dua orang lelaki itu untuk membunuh Zahra.

CCTV yang diharapkan menjadi bukti kepada kejadian itu juga tidak mampu diharapkan apabila CCTV tersebut tiba-tiba saja tidak berfungsi.

Apabila dihantar ke kedai untuk dibaiki, waktu kejadian yang menimpa Zahra itu tidak terakam pada CCTV di ruang tamu itu.

Dia dan Tengku Arifin menjadi semakin ralat apabila tiada bukti yang kukuh untuk menunding jari ke arah Datin Aishah.

Tengku Airis yang sedang santai bersandar itu terus duduk tegak kemudian mengiringkan sedikit tubuhnya pada Balqis.

"Qis, kau bosan tak?"

Kening Balqis terjungkit ke atas mendengar pertanyaan Tengku Airis itu.

"Jom. Kau ikut aku."

Balqis yang lemau itu hanya membiarkan saja tubuhnya ditarik oleh Tengku Airis yang sudah bangun dari duduknya itu.

Dia hanya mengikut saja langkah kaki Tengku Airis tanpa bertanya banyak.

Otaknya sudah tidak mampu memproses apa-apa lagi kerana terlalu banyak perkara yang sedang difikirkan saat ini.

"Kau bawalah aku pergi mana-mana. Aku ikut jelah," gumam Balqis perlahan.

Manakala di suatu tempat, ada insan yang sedang meratapi kehilangan cinta hatinya yang tidak sempat merasa kucupan sayang dari hati yang tulus.

Tengku Ahnaf mengusap batu nisan yang dipegang.

Tengku Aydan Aqeel bin Tengku Ahnaf Rifqi dan Tengku Aqif Ashraf bin Tengku Ahnaf Rifqi.

Nama anak-anak dia dan Zahra yang belum sempat menjenguk dunia yang sudah dirancang sebelum ini.

Jika ikut jangkaan Doktor yang memeriksa kandungan Zahra sebelum ini, sepatutnya hari ini anak-anak mereka akan dilahirkan dan itu bermakna sudah tiga minggu juga Zahra masih terlantar di hospital tidak sedarkan diri.

Air mata yang cuba ditahan sehabis mungkin tadi kini bergenang ke pipi apabila teringatkan sang isteri yang masih tidur panjang itu.

Bagaimana isterinya mahu menerima kenyataan kalau anak yang dikandung selama 9 bulan sudah tiada?

HER SAVIOR [Slow Update]Where stories live. Discover now