BAB 18

2.2K 172 24
                                    

"Zahra, nanti nak ikut mama tak?" tanya Balqis kepada Zahra yang sedang menyiapkan sarapan untuk seisi keluarga meski hanya berempat saja di rumah.

"Pergi mana mama?" tanya Zahra kembali kepada Balqis dengan sopan.

Nasi goreng yang sudah siap masak diletakkan ke dalam mangkuk kemudian meletakkan mangkukk tersebut di atas meja.

"Weekend ni kawan mama ada buat event tau. Butik dia join peragakan baju-baju yang dia design. Jadi, mama nak datanglah untuk support dia. Nak ikut? Jom."

Balqis mengajak Zahra kerana merasa kasihan dengan menantunya itu. Sejak kebelakangan ini, semua orang agak sibuk dengan kerja.

Zahra pula tidak boleh keluar jika tiada Tengku Ahnaf kerana anaknya itu risau dengan keselamatan isterinya.

"Nanti saya tanya Ahnaf dulu ya mama. Kalau dia beri keizinan, baru saya ikut mama," jawab Zahra dengan sopan.

"Hah! Panjang umur. Turun pun. Cepat-cepat ke mari kalian," panggil Balqis.

Kebetulan Tengku Ahnaf dan Tengku Arifin turun serentak ke bawah dengan berpakaian kemeja lengan panjang dan seluar slack.

"Kenapa mama?" tanya Tengku Ahnaf seraya melabuhkan duduk di sebelah Zahra.

"Nak ke tak nak abang kena bagi keizinan juga dekat mama untuk bawa Zahra keluar hujung minggu ni."

Senafas saja Balqis memberitahu Tengku Ahnaf tentang keinginannya untuk membawa menantunya keluar.

"Pergi mana?"

"Mama nak ajak Zahra pergi event kawan mama. Sekali sekala bawa dia keluar," beritahu Balqis seraya memandang wajah anak lelakinya yang santai menikmati masakan Zahra.

Tengku Ahnaf menoleh ke sisi memandang Zahra yang sedang menunggu jawapan si suami dengan harapan suaminya akan memberi keizinan.

"Awak nak pergi?" tanya Tengku Ahnaf kepada Zahra.

"Saya boleh pergi ke?" Soalan berbalas dengan soalan.

"Boleh."

Balqis sudah bersorak kegembiraan namun hanya seketika apabila Tengku Ahnaf menyambung bicara.

"Dengan syarat abang ikut. That's all," kata Tengku Ahnaf selamba. Tangan mengambil cawan yang berisi air panas lalu disisip perlahan.

Dia suka dengan air tangan Zahra kerana kena dengan tekaknya baik dari makanan ataupun minuman.

Satu rezeki juga baginya dapat isteri yang pandai masak. Dia tak kisah sangat pun sebenarnya kalau isteri dia tak pandai memasak kerana dia ada kemahiran memasak yang telah diturunkan oleh Balqis kepadanya.

"Seriuslah abang? Boringnya lah. Bagilah kebebasan sedikit dekat menantu mama untuk jalan berdua dengan mama. Ini tak, asyik nak berkepit saja. Boring boring boring," bidas Balqis dengan nada suara yang jelas menunjukkan dia tidak puas hati.

Dia baru nak merasa jalan berdua dengan Zahra. Sebelum ini, dia banyak bersiar-siar dengan Zarina namun disebabkan Zarina sekarang sudah duduk di luar berdua dengan Tengku Anaqi, maka tercongoklah dia seorang diri di rumah ataupun di restorannya.

"Hubby setuju dengan abang. Dia kena ikut kalau Zahra keluar." Tengku Arifin mencelah dengan nada santai.

Dia mengerling sekilas ke arah Balqis yang sedang memberi tatapan membunuh kepadanya.

"Aaaa buka mulut," ujar Tengku Arifin sambil menyuapkan nasi goreng ke dalam mulut Balqis.

Bibir Balqis mengukir senyuman kembali. Nasib baik kena suap, kalau tak memang kena bebel suaminya itu.

HER SAVIOR [Slow Update]Where stories live. Discover now