BAB 50

1.4K 189 13
                                    

"Maaf."

Tengku Ahnaf menundukkan sedikit kepalanya memohon maaf kepada staf hospital yang dilanggar kerana kecerobohan dia yang berlari tanpa melihat orang sekeliling.

Dia terus menolak sebuah pintu untuk menaiki tangga apabila melihat betapa ramainya manusia yang berdiri di hadapan lif.

Dia tidak betah untuk menunggu lagi. Sanggup berpenat lelah menaiki tangga ke tingkat lima demi menemui sang isteri yang dirindui.

Dia yang sedang memimpin sebuah mesyuarat di tempat kerja tadi terus bergegas ke hospital apabila mendapat panggilan dari pihak
hospital kalau Zahra sudah sedarkan diri.

Setibanya di hadapan bilik Zahra, dia menunduk sedikit, cuba mencari nafas baru yang sudah hilang akibat menaiki tangga tadi.

Perlahan-lahan dia menolak pintu bilik wad Zahra bersama dada yang berdebar-debar. Pelbagai perasaan datang bertandang dalam hati dia.

Apabila pintu terbuka luas, pandangan mata dia dan Zahra terus bersabung. Dia disambut dengan senyuman manis dari Zahra yang tersandar lesu pada kepala katil.

"Abang..." panggil Zahra dengan suara yang lemah tapi masih ada nada manja di situ.

Leher Tengku Ahnaf bergerak-gerak jelas menunjukkan dia sedang menelan air liur. Adakah isterinya masih tidak tahu tentang keadaan sebenar?

"Abang tak rindukan sayang?"

Gemersik suara Zahra melontarkan pertanyaan apabila melihat Tengku Ahnaf hanya berdiri kaku di pintu.

Tengku Ahnaf mengangguk perlahan lalu mengatur langkah mendekati Zahra yang sudah mendepakan tangan, meminta pelukan dari sang suami.

"Rindu," tutur Tengku Ahnaf sebak lalu memeluk tubuh sang isteri yang dirindui. Sebulan, sebulan isterinya itu tidur panjang di hospital.

"Maaf abang sebab sayang tidur lama sangat. Sayang rindukan abang, rindu sangat," tutur Zahra di dalam pelukan Tengku Ahnaf. Hidungnya digesel-geselkan pada dada Tengku Ahnaf.

"Abang pun rindukan isteri abang ni," balas Tengku Ahnaf bersama nada suara yang bergetar jelas menahan sebak.

Rasa terharu dan bersyukur kerana akhirnya Zahra sudah sedarkan diri tapi dalam hati masih diselimuti ketakutan dan keresahan kerana tidak tahu bagaimana mahu mengabari Zahra tentang zuriat mereka yang sudah tak ada.

Tengku Ahnaf lepaskan pelukan. Pipi Zahra diusap perlahan lalu melepaskan ciuman pada seluruh wajah Zahra yang pucat lesi itu.

"Sayang tunggu sini. Abang nak pergi jumpa doktor."

Tengku Ahnaf cuba meleraikan pegangan tangan mereka namun ditahan oleh Zahra. Keningnya terangkat ke atas.

"Kenapa sayang?" tanya Tengku Ahnaf lembut.

Zahra geleng kepala lalu meghadiahkan senyuman tipis buat suaminya. Wajah itu ditatap lama.

"Tak payah. Doktor dah datang tadi check keadaan sayang. Nanti akan ada fisioterapi datang untuk buat terapi dekat sayang memandangkan otot-otot sayang ini agak lemah sikit sebab dah lama terbaring dekat sini," beritahu Zahra lalu menarik lembut tangan Tengku Ahnaf meminta lelaki itu duduk di sampingnya.

Tengku Ahnaf hanya menurut saja. Yang sejujurnya, dia cuba mengelakkan diri kerana dia tidak bersedia untuk menerima persoalan tentang anak dari Zahra. Hatinya tidak bersedia mahu melihat Zahra sedih dan kecewa.

"Abang duduk sini tak payah pergi mana-mana. Sayang perlukan abang sekarang," bisik Zahra lalu memeluk kembali tubuh tegap Tengku Ahnaf.

HER SAVIOR [Slow Update]Where stories live. Discover now