BAB 24

2.1K 156 39
                                    

"Terima kasih kak," ucap Zahra dengan sopan.

Dia melihat wajahnya yang baru ditatarias oleh mak andam yang diupah oleh Tengku Ahnaf. Dia mengangguk berpuas hati dengan hasil tangan mak andam tersebut.

Matanya bertembung dengan mata Tengku Ahnaf yang sedang memerhatikannya dari tadi. Lelaki itu sudah bersiap lebih awal dari dia sebab itulah suaminya berada di sini bersama dengan dia di dalam bilik hotel yang ditempah oleh suaminya.

Zahra mengerling jam di dinding yang menunjukkan pukul satu empat puluh lima petang. Sekejap lagi majlis persandingan mereka akan bermula.

Tarikh persandingan mereka terpaksa dicepatkan kerana Tengku Ahnaf dan Tengku Arifin ada urusan yang tak dapat dielakkan di luar kawasan.

"Awak tengok apa?" tanya Zahra sambil membetulkan tudung yang dipakai. Termasuk majlis mereka hari ini, sudah dua kali dia memakai tudung.

Tengku Ahnaf yang masih ralit memandang isterinya itu bingkas bangun dari duduknya lalu melangkah mendekati Zahra yang duduk di hadapan meja solek itu.

Tubuhnya direndahkan sedikit menyamai ketinggian Zahra yang sedang duduk itu. Bibirnya didekatkan pada telinga Zahra yang tertutup dengan tudung. Matanya memandang tepat pada mata Zahra yang menatapnya melalui cermin.

"Saya tengah tengok bakal ibu kepada anak-anak saya. Masya-Allah, cantiknya bidadari halal saya," puji Tengku Ahnaf dengan senyuman lebar sehingga lesung pipit di pipinya kelihatan.

"Saya cantik? Betul ke? Ke nak sedapkan hati saja? Cantik sangat ke atau biasa-biasa saja?" soal Zahra sambil merenung mata suaminya.

Tengku Ahnaf merangkul leher isterinya lalu mengucup sisi kepala Zahra.

"Sangat..sampai saya angaukan awak setiap masa," bisik Tengku Ahnaf dengan suara gemersik.

Zahra tergelak kecil.

"Oh ni ke orang kata sweet talker tu? Macam awak lah. Awak ada ciri-ciri tu, bercakap manis," seloroh Zahra sambil melepaskan tawa yang kedengaran kekok pada dirinya sendiri kerana sejujurnya dia sedang menahan diri yang berdebar kerana kata-kata suaminya.

"Sweet talker saya dekat isteri saya seorang saja," balas Tengku Ahnaf bersama senyuman.

Zahra terpana melihat lesung pipit yang timbul di pipi suaminya. Lama dia meneliti wajah lelaki itu yang cukup sempurna baginya.

Zahra menggenggam tangan suaminya yang masih berada di lehernya itu.

"Kalau kita tak bertemu semula, adakah sekarang awak akan dengan perempuan lain?" tanya Zahra secara tiba-tiba.

Dia terfikir mahu melontarkan soalan itu kerana tiba-tiba saja terlintas di fikirannya.

Tengku Ahnaf menelengkan sedikit kepalanya kerana tidak mahu merosakkan tudung yang dipakai Zahra.

"Awak memang ditakdirkan untuk saya Zahra. Walau seribu perempuan yang datang sebelum awak, hati saya tak pernah terdetik untuk perempuan lain sebab hati ini memang milik awak dari dulu lagi."

Mereka saling bertatapan antara satu sama lain. Zahra tersenyum gugup kerana dia rasa gementar dengan pandangan yang dilemparkan oleh suaminya.

"Semenjak kita bertemu semula, saya tak boleh nak tidur malam sebab teringatkan awak. Saya cuba untuk tepis awak dari fikiran saya tapi saya tak mampu sebab itu saya terus buat keputusan untuk terus melamar awak menjadi isteri saya. Saya tak mampu nak tolak apa yang saya rasa terhadap awak kerana hati ini yang memilih awak," ucap Tengku Ahnaf lembut.

Zahra setia mendengar luahan hati suaminya itu.

"Sekurang-kurangnya bila saya mengambil awak menjadi isteri, saya takkan rasa bersalah untuk fikirkan orang yang tak ada hubungan halal dengan saya."

HER SAVIOR [Slow Update]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora