BAB 34

1.8K 138 13
                                    

Zahra melabuhkan duduk di lantai di sisi katil. Bibirnya dikemam kuat, cuba menahan sesuatu daripada bertapa di pipinya.

Laci meja di sebelah katil ditarik perlahan lalu mengeluarkan buku catatan hariannya.

Setiap helaian buku itu diselak perlahan. Tiba pada satu muka surat, tangannya terhenti. Setiap bait kata yang tertulis dibaca semula di dalam hati.

"Ibu, ibu apa khabar? Macam biasa, setiap malam Zahra rindukan ibu dan ayah tapi hari ini rasa rindu Zahra pada ibu lebih mendalam bila tengok aunty Florance dan Stephanie makan bersuap.

Kalau ibu masih ada di sini, mesti ibu pun buat perkara yang sama kan? Zahra terlalu inginkan ibu di depan mata Zahra saat ini. Zahra rindukan ibu. Zahra nak peluk ibu. Zahra nak beritahu yang Zahra perlukan ibu. Andai kata ditakdirkan ibu masih hidup lagi, Zahra akan selalu peluk ibu.

Zahra rindu ibu sangat-sangat."

Zahra menutup perlahan buku catatan hariannya. Pandangan kosong dilemparkan di luar.

Akhirnya, pertemuan dengan ibu kandungnya terjadi sesuai dengan apa yang terjadi. Ibu yang dianggap sudah mati ternyata hidup dalam keadaan baik-baik saja malah semakin bahagia tanpa dia disisi.

Hanya saja dia merasa ralat sedikit kerana kehadiran dia ternyata ditolak mentah-mentah oleh ibu kandung sendiri. Wajar saja selama ini Emelda begitu menjaga dia.

Hanya saja dia yang tidak tahu. Dia yang terlalu bodoh untuk tidak memahami apa yang terjadi.

Setiap bayangan yang dia angankan dari kecil jika bertemu dengan ibu kandungnya musnah begitu saja apabila hanya cacian dan makian saja yang diterima.

Dia cuba membetulkan pernafasannya apabila dadanya terasa sesak.

"Ya Allah, terima kasih kerana kabulkan doaku yang sering mahu bertemu dengan ibu kandungku," bisiknya perlahan.

"Tak. Kau tak boleh menangis. Kau kuat. Dari dulu, kau dah dilatih dan dididik untuk jadi seorang yang kuat. Tak apa, kalau dia buang kau, kau masih ada orang lain yang tulus sayangkan kau." Zahra memujuk dirinya sendiri.

Tangan mengusap dada sendiri bagi menghilangkan rasa sendat yang semakin mencengkam dadanya.

Mata yang sudah bertakung dengan air mata itu cuba ditahan sehabis mungkin.

"No no no. Kau tak boleh menangis. Ingat, kau isteri Ahnaf yang kuat. Tolong jangan menangis. Kau tak boleh menangis sebab Ahnaf tak ada dekat sini," katanya pada diri sendiri dengan nada bergetar.

Setiap kali dia menangis, lelaki itu yang akan selalu menyeka air matanya, memujuk dirinya.

Penat dia berpura-pura kuat dihadapan Balqis seolah-olah apa yang terjadi tadi seakan tidak memberi kesan kepadanya padahal dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu betapa hancurnya hati dia bila dicerca ibu kandung sendiri.

"Kalau macam tu, jangan tahan diri. Menangislah sebab saya dah ada di sisi awak."

Zahra terus menoleh ke belakang apabila suara Tengku Ahnaf menyapa gegendang telinganya. Dia melihat Tengku Ahnaf menapak laju ke arahnya. Tengku Ahnaf menjatuhkan lutut lalu memeluk tubuhnya.

Zahra mendongak melihat wajah Tengku Ahnaf yang begitu dekat dengannya.

"Just cry as much as you can. Tak selamanya kita perlu kuat. Isteri saya ini manusia, bukan pokok, batu atau robot yang perlu keras sentiasa tanpa emosi," kata Tengku Ahnaf sambil mengelus rambut Zahra. Dia melabuhkan duduk di sisi isterinya.

"Boleh ke? Boleh ke saya menangis?" tanya Zahra dengan nada bergetar. Air mata yang semakin banyak bertakung di mata hanya menunggu masa untuk keluar dari tubir mata.

HER SAVIOR [Slow Update]Where stories live. Discover now