BAB 19

2.2K 163 12
                                    

"Zahra, cuba baca ayat ni,"

Zahra mengemam kuat bibirnya. Otaknya cuba memproses ayat tersebut tetapi tidak masuk ke dalam otaknya kerana saat ini dia sedang menahan perutnya yang memulas secara tiba-tiba.

Pedih namun cuba ditahan kerana dia tidak mahu menangguh kelasnya bersama Tengku Ahnaf seperti biasa.

"Zahra," panggil Tengku Ahnaf lembut bila Zahra tidak menyahut panggilannya.

"Isk isk, boleh tak kita berhenti sekejap?"

Tengku Ahnaf terus menutup buku Iqra lalu meletakkan buku tersebut di atas meja.

"Eh kenapa ni?" tanya Tengku Ahnaf dengan cemas.

Air mata yang tiba-tiba jatuh ke pipi isterinya diseka perlahan. Dahi Zahra juga tiba-tiba timbul peluh-peluh kecil.

"Awak, sorry sangat tapi saya tak boleh nak teruskan mengaji. Perut saya sakit. Saya rasa saya period lah," ujar Zahra bersama air mata yang tidak henti mengalir.

Dia jarang terkena 'period pain', tapi kalau sekali sudah terkena, dia hanya mampu terbaring saja tidak boleh berbuat apa-apa.

Tengku Ahnaf membuka telekung Zahra. Benar kata isterinya. Disebabkan isterinya mengenakan telekung berwarna putih, jelas nampak tompokan darah pada kain yang digunakan.

"Awak bocor ni. Sekejap, saya bawa awak pergi bilik air."

Tengku Ahnaf terus mencempung tubuh Zahra lalu dibawa ke bilik air kemudian meletakkan Zahra di atas kerusi kecil yang ada di dalam bilik air.

"Sekejap ya."

Tengku Ahnaf keluar dari bilik air lalu mengambil tuala dan baju salinan untuk Zahra. Tuala wanita juga turut dibawa bersama.

"Awak boleh tak nak mandi sendiri?" tanya Tengku Ahnaf kepada Zahra.

Zahra geleng perlahan. Mahu berdiri saja pun dia tidak larat, ini kan bersihkan diri sendiri.

"Saya tolong awak." Tanpa banyak bicara, Tengku Ahnaf terus membersihkan Zahra.

Selesai membersihkan Zahra, dia membawa Zahra keluar dari bilik air lalu meletakkan isterinya di atas katil.

"Awak rehat dulu ya. Saya nak kemas dan cuci sejadah dan telekung awak," ujar Tengku Ahnaf lalu mengucup perlahan dahi Zahra yang kelihatan pucat wajahnya.

Zahra hanya perhatikan saja tingkah suaminya yang ke hulur ke hilir dari bilik air ke tempat mereka mengaji tadi. Dia rasa serba salah kerana sudah menyusahkan lelaki itu.

Puas menahan sakit, Zahra akhirnya terlelap dengan harapan sakit di perutnya itu akan hilang.

Zahra tersentak apabila dia dapat rasakan sesuatu pada perutnya.

"Sorry kacau awak. Saya cuma nak tolong letakkan hot pack dekat perut awak," bisik Tengku Ahnaf seraya membetulkan hot pack yang berada di atas perut Zahra.

"Sorry tau susahkan awak. Saya tak ada niat pun nak susahkan awak," ujar Zahra dalam nada serba salah.

Sudahlah lelaki itu penat bekerja waktu siang, malam pula mahu mengajar dia mengaji, tiba-tiba kena uruskan dia yang kebocoran itu.

"Tak ada susah pun kalau berkaitan awak Zahra. Jangan fikir sangat. Saya okay saja," balas Tengku Ahnaf merebahkan diri di sebelah Zahra.

Tengku Ahnaf menelengkan sedikit kepalanya memandang Zahra yang mengesat sesuatu di pipinya itu.

Air mata. Lagi.

"Apa yang buat isteri saya sedih sangat ni? Cuba beritahu saya."

Zahra mencebirkan bibirnya. Cuba menahan air matanya dari pecah lagi. Penat mahu mengesat air mata tapi baru berapa saat air matanya kembali pecah.

HER SAVIOR [Slow Update]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon