BAB 6

2K 166 38
                                    

Zahra melihat sekeliling ketika kereta yang dinaiki berhenti di hadapan sebuah pasaraya.

"Awak nak turun sekali atau tunggu dalam kereta? Saya dengan papa nak pergi beli barang sekejap sebab kebetulan mama saya ada kirim barang." ujar Tengku Ahnaf sambil menoleh ke belakang memandang Zahra.

Zahra hanya menggelengkan kepalanya. Dia bimbang jika dia berada di luar kereta, akan ada yang saudara maranya yang mengenali dia.

"Okay. Awak tunggu sini. Kami pergi sekejap saja. Make sure pintu kunci. Jangan buka selagi kami tak sampai ya." pesan Tengku Ahnaf.

Tengku Ahnaf dan Tengku Arifin keluar dari kereta meninggalkan Zahra seorang diri.

"Aku harap aku buat keputusan yang betul untuk larikan diri dari rumah." gumamnya perlahan.

Zahra melihat persekitaran sekeliling yang ada di luar kereta. Bibirnya mengorak senyuman kecil. Selama ini dia hanya boleh keluar ke pantai saja. Itupun atas belas kasihan Teresa.

Kadang-kadang, sebelum masuk waktu tengah hari, dia curi-curi keluar dari rumah sebentar. Tapi hari ini, semua rancangannya terbantut gara-gara perangai durjana si Danny.

Tiba-tiba matanya ternampak anak kucing yang berada di tayar kereta sebelah.

"Ini kalau kena lenyek, tak pasal-pasal kucing ini gone."

Zahra membuka pintu kereta sekejap dan mengalihkan kucing tersebut dari tayar kereta. Dia kembali masuk ke dalam kereta.

Baru saja dia mahu terlentok, pintu kereta dibuka dari luar. Terdapat dua orang lelaki cuba menarik Zahra keluar dari kereta.

"Eh apa ni! Lepas lah!" ujar Zahra dengan nada cemas. Dia menampar kuat tangan lelaki yang memegang lengannya itu. Dia terlupa mahu mengunci kembali pintu kereta tersebut.

"Baik kau ikut kami kalau kau tak nak menyesal di kemudian hari. Ini atas arahan Puan Emelda."

Terhenti tamparan Zahra di tangan lelaki itu apabila terdengar nama Emelda meniti di bibir lelaki itu.

Bagaimana Emelda boleh tahu keberadaan dia?

Dengan langkah yang berat, Zahra terpaksa juga mengikut lelaki tersebut masuk ke dalam kereta Alphard berwarna hitam. Dia melihat salah seorang dari mereka meninggalkan sehelai kertas di tempat duduk belakang.

Matanya bergenang mengenangkan kebebasannya itu hanya bersifat sementara. Dia lupa kalau Emelda itu berkuasa untuk melakukan apa saja.

Setelah lima belas minit, Tengku Ahnaf dan Tengku Arifin kembali semula ke kereta.

Berkerut dahi Tengku Ahnaf ketika melihat tempat duduk di belakang kosong. Cepat-cepat dia membuka pintu kereta tersebut. Ada sehelai kertas dan kot hitamnya di atas kerusi tersebut.

Dia terus mengambil kertas yang ada di tempat duduk tersebut.

"Maafkan saya. Saya pergi dulu."

Tengku Arifin mengambil kertas di tangan Tengku Ahnaf lalu membaca setiap bait perkataan yang tertulis di atas kertas tersebut.

Tengku Arifin menyerahkan semula kertas tersebut kepada anaknya. Dia berjalan perlahan mendekati kereta yang diparking di belakang keretanya.

"Kita tunggu owner kereta belakang ni. Nanti papa request dashcam kereta dia." ujar Tengku Arifin dengan nada tegas.

Dia yakin kertas itu bukan ditulis oleh Zahra.



Buk!

Lelaki yang 'menculik' Zahra tadi menghempas kuat tubuh Zahra ke lantai.

"Hei! Siapa bagi keizinan kepada kau untuk buat anak saudara aku macam itu?" jerkah Teresa dengan nada kuat.

HER SAVIOR [Slow Update]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant