BAB 3

2.4K 178 12
                                    

"Ahnaf!"

Tengku Ahnaf terus mengalihkan pandangannya dari botol yang dipegang apabila terdengar namanya dilaung seseorang.

"Sorrylah lambat. Aku sendiri lupa letak buku ini dekat mana. Tu yang lama sikit tu," ujar Eariq, kawan baik Tengku Ahnaf sambil menyerahkan sebuah buku nota kecil kepada lelaki yang masih memakai helmet itu.

Helmet yang setia tersarung pada kepala Tengku Ahnaf dibuka. Terpampang wajah Tengku Ahnaf yang berkerut menahan kepanasan kerana berdiri di tepi jalan ini.

Setelah habis menjawab peperiksaan tadi, dia terus bergegas ke rumah Eariq untuk meminjam buku perniagaan kerana buku perniagaannya entah hilang ke mana.

"Tak apa. Tak ada lah lama mana. Aku pinjam dulu ya buku ini untuk next paper."

Tengku Ahnaf memasukkan buku yang dipinjam ke dalam beg.

Eariq perhatikan saja Tengku Ahnaf itu.

"Rajin kau eh nak sambung belajar balik? Kalau aku, dah tepu otak nak menghadam balik. Cukuplah degree dulu," ulas Eariq sambil bersandar pada motor Tengku Ahnaf.

Bukan dia tidak mengajak Tengku Ahnaf masuk ke dalam rumah tetapi lelaki itu yang menolak untk masuk sebentar.

"Ilmu ini, selagi Allah masih beri peluang kepada kita untuk bernafas, galilah sebanyak mana yang kita boleh. Semakin banyak ilmu di dada, semakin lapang hidup kita," ujar Tengku Ahnaf dengan tenang.

Bagi Tengku Ahnaf, tidak memberi kerugian kepada dirinya jika dia menambah ilmu dengan menyambung belajar.

"Lagipun kau tahu kan aku tengah tolong papa aku terajui syarikat keluarga aku yang lagi satu tu. Aku tak rasa apa yang aku belajar masa degree dulu cukup untuk tampung diri aku menguruskan syarikat tu. Dalam dunia perniagaan ini, macam-macam situasi yang unexpected boleh timbul. Sekurang-kurangnya dengan ilmu yang aku dapat ini, hopefully dapat kukuhkan lagi cara aku untuk menguruskan syarikat itu nanti," jelas Tengku Ahnaf panjang lebar.

Sepanjang dia menguruskan syarikat TA Corporation, dia merasakan banyak perkara yang masih belum dia tahu. Disebabkan itu, dia membuat keputusan untuk sambung belajar sambil bekerja.

Eariq mengangguk setuju dengan kata-kata Tengku Ahnaf. Memang dari dulu, setiap apa yang dilakukan lelaki itu pasti ada alasannya tersendiri.

Tengku Ahnaf memandang sekeliling sebelum dia memakukan pandangan kepada Eariq.

"Aku nak tanya sikit boleh?"

Eariq mengangkat kening kepada Tengku Ahnaf.

"Kau nak tanya apa?" soal Eariq kembali.

Tengku Ahnaf membetulkan sedikit rambutnya seraya menoleh ke arah taman.

"Taman area rumah kau ini, memang selalu ada orang main ke tengah hari buta macam ini?" tanya Tengku Ahnaf bersahaja.

Eariq mengerutkan keningnya. Taman? Tengah hari buta? Dia mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Tak tahu lah pula. Disebabkan aku jarang ada dekat rumah waktu tengah hari kecuali hari cuti macam ini, so aku tak pasti ada ke tak orang main dekat taman tu. Kenapa?" tanya Eariq.

Jarang-jarang lelaki itu mahu bertanyakan soalan begitu. Lelaki itu susah untuk mengambil tahu hal orang lain. Bagi lelaki itu, banyak lagi benda berfaedah yang boleh dilakukan selain mengambil tahu hal orang.

"Tak ada. Saja bertanya. Okay lah kalau macam tu, aku balik dulu. Nanti aku pulangkan buku kau."

Tengku Ahnaf melagakan buku limanya dengan Eariq kemudian kembali menyarung helmetnya.

HER SAVIOR [Slow Update]Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz