BAB 8

1.9K 172 42
                                    

Zahra lihat pemandangan di luar kereta. Bibirnya mengorak senyuman lebar ketika melihat ada pantai di kampung itu.

"Pantai." desisnya perlahan.

Setelah beberapa jam perjalanan, akhirnya mereka tiba di kawasan kampung Tengku Arifin.

Tengku Ahnaf sempat menangkap wajah ceria Zahra melalui cermin ketika kereta yang dipandu melalui jalan yang nampak kawasan pantai.

Setibanya di hadapan sebuah rumah kampung yang berwarna biru laut itu, mereka semua keluar dari kereta.

"Inilah kampung uncle. Seronok jalan-jalan dekat sini. Nanti kalau sempat, aunty bawa Zahra pusing-pusing sini tau." tutur Balqis bersama senyuman.

Dia nampak wajah ceria Zahra ketika kereta yang dinaiki mereka tadi masuk ke kawasan kampung.

Zahra hanya mengangguk kecil.

Semua menoleh ke arah pintu apabila terdengar pintu rumah itu dikuak dari dalam.

"Assalamualaikum mama." sapa Tengku Arifin seraya mencium tangan Puan Zulaikha yang berdiri di depan pintu itu.

"Jom masuk." ajak Balqis sambil memimpin tangan Zahra mendekati Puan Zulaikha.

"Eh eh cicit nenek ikut sekali. Rindu dekat budak kecil ni. Penat betul budak kecil ni sampai tertidur." tutur Puan Zulaikha sambil mencium pipi Nayla yang ketiduran di pelukan Tengku Arifin itu.

"Ya ma. Dia yang drive tu. Tu pasal lah penat. Mama sihat?" tanya Balqis sambil mencapai tangan Puan Zulaikha seraya menunduk mengucup tangan tua mentuanya.

"Alhamdulillah, sihat belaka. Eh, ni siapa? Calon kamu ke Ahnaf? Calon isteri Ahnaf ya? tanya Puan Zulaikha sambil menatap Zahra yang setia berdiri di sisi Balqis itu.

Belum sempat Zahra mahu menjawab, Tengku Ahnaf menyampuk dari belakang.

"Ya nek. Zahra. Nama dia Zahra Delisha." ucap Tengku Ahnaf tenang. Dia tidak menoleh walau sekilas pun ke arah Zahra yang jelas tercengang dengan jawapan Tengku Ahnaf itu.

Tengku Arifin dan Balqis pula sudah berpandangan sesama sendiri bersama pandangan yang bermakna.

"Calon isteri." bibir Balqis bergerak tanpa suara seperti mak cik bawang ke arah Tengku Arifin yang tergelak kecil melihat telatah si isteri.

"Ya ke? Nampak sopan orangnya ya. Kamu saja yang bawa bakal datang ke kampung sebelum kahwin ya. Yang si Aqi tu gatal tak menyempat sungguh. Zahra ya. Cantik nama." dalam Puan Zulaikha memuji Zahra, sempat lagi dia mengutuk cucunya yang seorang lagi itu. 

Zahra terpinga seketika melihat Puan Zulaikha menghulurkan tangan kepadanya. Baru dia teringat tadi Balqis dan Tengku Arifin mengucup perlahan tangan nenek di hadapannya itu. 

Zahra menyambut tangan Puan Zulaikha lalu dikucup lembut. Ini, kali pertama dia mengucup tangan seseorang.

"Jemput masuk. Jangan segan. Buat macam rumah sendiri. Jom." Puan Zulaikha terus menarik tangan Zahra bawa masuk ke dalam rumah.

Balqis terus menepuk bahu Tengku Ahnaf.

"Amboi anak jantan mama ni. Bukan main ya. Gelojoh betul terus cakap bakal ya." perli Balqis.

Tengku Arifin sudah masuk terlebih dahulu kerana mahu meletakkan Nayla di atas katil.

"Lambat nanti terlepas." jawab Tengku Ahnaf senada lalu beredar masuk ke dalam rumah.

"Ish ish ish perangai macam siapa entah." bebel Balqis sendiri lalu turut melangkah masuk.

Zahra meregangkan sedikit ototnya. Dia duduk di sofa ruang tamu sementara tuan rumah menyiapkan bilik untuknya. Sudah dia tegah tetapi dia pula diminta untuk duduk saja. Naik segan beri layanan sebegitu.

HER SAVIOR [Slow Update]Where stories live. Discover now