BAB 23

1.8K 151 15
                                    

"Aunty!"

Teresa tersenyum lebar saat melihat Zahra melompat keluar dari kereta Honda Civic berwarna putih itu lalu berlari ke arahnya.

"Hai, amboi bukan main berlari ya," kata Teresa sambil memeluk erat tubuh Zahra. Kepala anak saudaranya dielus lembut.

Tengku Ahnaf yang melihat Zahra berpelukan manja dengan Teresa hanya mengukir senyumpan tipis.

"Sebab rindu," kata Zahra sambil mencium kedua-dua belah pipi Teresa.

"Masuk Ahnaf," sapa Teresa bersama senyuman saat lelaki itu tiba di hadapannya.

"Maaflah aunty baru sekarang dapat bawa Zahra datang rumah," tutur Tengku Ahnaf dengan serba salah meski mereka selalu bertemu di syarikat.

Teresa melemparkan senyuman terhadap lelaki itu. Dia tidak kisah pun kerana dia tahu Zahra selamat berada bersama dengan Tengku Ahnaf.

"Tak apa, aunty faham lagipun aunty tengok Zahra pun bahagia duduk dengan Ahnaf, betul tak?" tanya Teresa lalu menoleh ke sisi melihat Zahra.

"Bahagia," jawab Zahra sambil tersenyum malu.

Teresa menahan senyum melihat gaya malu-malu anak saudaranya itu.

"Jom masuk. Aunty dah masak macam-macam untuk kauorang."

Zahra melihat sekeliling rumah apabila dia merasakan keadaan di dalam rumah itu agak sunyi.

"Mana semua orang aunty?" tanya Zahra.

"Semua orang keluar Zahra. Aunty pun tak tahu diaorang pergi mana," beritahu Teresa sambil menyusun pinggan di atas meja untuk mereka bertiga bersantap.

"Inek pun?"

Tengku Ahnaf memandang isterinya apabila suara itu kedengaran perlahan.

"Inek pun keluar juga. Aunty tak tahulah dia pergi mana malam-malam buta macam ini. Dia bukan ada kawan sangat pun."

Jelas terpancar raut wajah kecewa pada Zahra apabila mendengar jawapan Teresa.

"Nak tidur sini ke? Kalau nak, kita tak payah balik malam ini," bisik Tengku Ahnaf perlahan pada Zahra.

"Untuk?" soal Zahra bersama jungkitan kening ke atas.

"Kalau kita tidur sini, awak boleh jumpa inek nanti. Esok kita balik lah," balas Tengku Ahnaf lembut.

Dia tahu betapa rindunya Zahra terhadap Emelda. Setiap malam, nama Emelda dan Teresa tidak pernah lekang dari bibir si isteri.

Zahra menggeleng perlahan.

"Tak apa. Saya okay saja. Kita tak payah bermalam dekat sini. Lain kali kita boleh datang sini lagi kan?" tanya Zahra.

Dia tidak boleh pentingkan diri sendiri kerana tempat kerja Tengku Ahnaf agak jauh dari rumah Emelda sekiranya mereka mahu bermalam di sini. Dia tidak mahu menyusahkan suaminya.

Tengku Ahnaf mengangguk perlahan.

"Terima kasih suami saya," bisik Zahra bersama senyuman. Lengan suaminya dirangkul lembut.

"Sama-sama isteri saya," balas Tengku Ahnaf seraya mencuit lembut hidung Zahra.

Teresa melihat pasangan suami isteri itu bersama senyuman senang. Dia rasa bersyukur kerana Emelda memberi keizinan kepada Zahra untuk berkahwin. Sekurang-kurangnya anak saudaranya itu dapat merasai erti kebahagiaan seperti orang lain.

"Amboi, tak hormat orang single betul ya. Mari duduk sini, kita makan dulu baru sambung romantik-romantik ya," usik Teresa lalu menarik satu kerusi meja makan lalu melabuhkan duduk.

HER SAVIOR [Slow Update]Where stories live. Discover now