BAB 51

2.4K 213 17
                                    

Zahra merebahkan tubuhnya setelah terasa penat duduk menyandar pada kepala katil.

Sudah dua hari dia keluar dari hospital dan dia kini kembali berehat di rumah.

Tanpa sedar, air mata perlahan-lahan mengalir ke tepi.

Secara jujurnya, dia masih trauma untuk pulang ke rumah mentuanya kerana setiap kali dia melihat ruangan bawah, imbasan dia dalam tragedi itu kembali menyapa mindanya.

Tengku Ahnaf ada menyarankan mereka untuk pindah ke rumah baru mereka memandangkan suaminya sudah beli rumah untuk mereka berdua namun dia kasihankan mentuanya.

Jadi, dia memutuskan untuk mengatasi ketakutannya dengan kembali duduk di rumah itu.

Tubuh diiringkan ke kiri menghadap balkoni bilik. Lama matanya memandang awan biru yang menghiasi bumi lantas tanpa dipinta, dia menangis teresak-esak sambil memegang perutnya yang kempis itu.

"Allah," keluhnya dalam tangisan.

Bertubi-tubi bayangan dirinya dalam tragedi mengerikan itu kembali terlayar. Satu-persatu kejadian itu mencucuk mindanya.

FLASHBACK

Zahra terkaku. Telefon yang masih berada di pegangan tangannya itu digenggam erat. Jantungnya yang berdegup normal tadi kini berdegup laju.

Berdebar-debar apabila melihat ada dua lelaki yang tidak dikenali berada tidak jauh darinya.

"Siapa kauorang? Macam mana boleh masuk sini?"

Zahra bertanya dengan nada tenang tidak mahu menunjukkan yang dia sedang dalam ketakutan saat ini.

Matanya mengerling ke arah pintu dapur yang jelas terbuka luas. Pasti dua lelaki itu masuk dari pintu belakang.

"Kau tak payah nak tahu siapa kitaorang. Sekarang ni hanya ada kau dan kitaorang saja dalam ni," kata lelaki yang berambut panjang itu dengan nada bongkak. Dia melangkah satu persatu ke ruangan tamu.

Zahra melihat sekeliling dan matanya terarah pada CCTV yang tergantung itu dengan harapan Tengku Ahnaf atau Tengku Arifin sedang memantau CCTV saat itu namun harapannya patah apabila lelaki itu berkata,

"Kau jangan harap ada yang akan datang tolong. Kitaorang dah putuskan wayar CCTV yang ada. Jadi, takkan ada yang boleh tolong kau."

Usai berkata begitu, dua lelaki itu ketawa terbahak-bahak dengan wajah yang begitu sinis sekali.

Air liur ditelan laju. Dia tahu dua lelaki itu pasti ada niat yang tidak baik kalau sampai sanggup putuskan wayar CCTV.

Zahra pusing tubuh ke belakang mahu berlari ke arah tangga. Telefon yang berada di tangan dibuka lalu mencari aplikasi voice memos.

Sekurang-kurangnya jika ada apa-apa yang berlaku, rakaman suara itu boleh menjadi bukti.

Terkedek-kedek dia berlari. Baru saja mahu memijak anak tangga yang pertama, rambutnya ditarik kuat dari belakang lalu tubuhnya dihempas ke lantai.

"Auwww."

Zahra mengaduh perlahan apabila pinggangnya terasa mahu patah apabila dihempas kuat seperti itu. Telefon ditangan digenggam kuat.

"Kau nak lari mana? Dengan keadaan kau yang macam buntal ni, kau ingat kau boleh lari ke?"

Zahra tidak hiraukan kutukan itu. Sedaya upaya dia cuba berdiri lalu berlari ke arah dapur namun sekali lagi tubuhnya direntap kuat.

Serentak dengan itu, satu tendangan tepat singgah ke perut Zahra sehingga Zahra terlentang ke belakang.

"Ya Allah," rintih Zahra sambil mengelus perutnya yang terasa sakit ditendang kuat oleh lelaki berambut pendek itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 22 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HER SAVIOR [Slow Update]Where stories live. Discover now