BAB 36

1.5K 123 4
                                    

Datin Aisyah melihat satu persatu gambar yang dia dapat dari orang upahannya.

Bibirnya melorek senyuman sinis.

"Bahagia nampak? Aku takkan biarkan kau hidup bahagia. Kalau aku tak dapat hapuskan kau, aku akan hapuskan orang sekeliling kau," desis Datin Aishah.

Dia benci melihat wajah bahagia yang terpancar pada wajah Zahra, tambah-tambah pula senyuman Zahra itu mirip dengan Iskandar. Sungguh dia bencikan senyuman itu.

"Mama tak boleh tahu tentang perempuan itu. Kalau tak, habis semuanya," bisik Datin Aishah dengan keras.

Sia-sia saja dia singkirkan Iskandar dahulu kalau Datin Auni tahu tentang kewujudan Zahra.

Dia melihat kelibat Humaira di luar pejabatnya.

"First of all, aku akan pastikan suami kau bercerai dengan kau," tutur Datin Aishah bersama senyuman jahat.

Jarinya mengetuk meja kerjanya. Otaknya sedang merancang sesuatu untuk Zahra. Dia tidak akan sesekali biarkan wanita itu hidup bahagia.

Beg tangannya dicapai. Dia mahu menuju ke satu destinasi. Laju saja kakinya melangkah keluar dari butik. Mujur saja Humaira sibuk dengan kerja lain jadi Humaira tidak perasan dengan kelibat dia.

Setelah merempuh kesesakan jalan raya yang teruk, akhirnya dia tiba juga di tempat yang ingin ditujui.

Datin Aishah melangkah keluar dari kereta bersama senyuman sinis. Setiap langkahnya ke bangunan besar yang tersergam indah di hadapan matanya itu diiringi dengan wajah yang angkuh.

"Maaf cik, nak pergi mana ya?" tegur pekerja yang bertugas di bahagia menyambut tetamu.

"Excuse? Cik? Call me Datin Aishah please. I nak jumpa Emelda. Right now!" kata Datin Aishah dengan nada sombong menyebabkan pekerja itu rasa meluat dengan aksi Datin Aishah.

"Tercegat apa lagi? Pekerja dekat sini memang lembab ke?! Cepat sikit! Jangan buang masa i!" jerkah Datin Aishah kepada pekerja tersebut.

Sepantas kilat pekerja tersebut menghubungi Emelda yang ada di pejabatnya.

"Puan minta DATIN untuk naik ke tingkat atas sekali," beritahu pekerja tersebut. Sengaja dia tekankan perkataan DATIN.

Tanpa mengucapkan terima kasih, Datin Aishah terus melangkah ke lif, tidak sabar mahu bertemu dengan Emelda.

"Eh berlagaknya! Puan yang pangkat besar tu pun tak sombong macam tu!" kutuk pekerja itu sambi matanya memandang ke arah Datin Aishah.

Ting!

Pekerja yang berada di tingkat yang sama dengan Emelda terus menoleh ke arah Datin Aishah memandangkan bunyi kasut tumit tinggi wanita itu menarik perhatian orang termasuklah Teresa.

Berkerut kening Teresa meihat kehadiran Datin Aishah di syarikat keluarganya itu.

"Dia buat apa dekat sini?" desis Teresa perlahan. Semakin bertaut keningnya saat melihat Datin Aishah selamba masuk ke dalam pejabat Emelda.

Laju kakinya menapak ke bilik Emelda, bimbang jika wanita itu mahu melakukan sesuatu kepada mummynya.

"Mummy," panggil Teresa dengan nada cemas saat dia membuka pintu bilik pejabat tersebut.

Jelas kelihatan tegang wajah Emelda yang duduk di kerusinya itu manakala Datin Aishah selamba bertenggek di tepi meja Emelda. Sungguh biadap perlakuan wanita itu pada mata Teresa.

"Leave us alone."

Tegas Emelda memberi arahan kepada Teresa. Dia tidak mahu anak perempuannya itu dengar. Dengan hati yang berat, Teresa menurut permintaan Emelda.

HER SAVIOR [Slow Update]Where stories live. Discover now