BAB 47

1.7K 179 14
                                    

Sretttt!

Kuat bunyi tayar kereta milik Humaira bergesel dengan tar jalan raya yang berhenti secara mengejut di hadapan rumah Tengku Arifin.

Eariq terus mendepakan tangannya agar tubuh Humaira tidak berlanggar dengan stereng kereta.

"Humaira Sakinah!" Kuat suara Eariq melengking menyebut nama penuh Humaira.

Rasa kesal dan marah mula bertamu di dalam hati dengan tindakan wanita itu yang boleh membuatkan nyawa mereka berdua melayang.

"You nak marah i, kejap lagi. I nak masuk dalam," ujar Humaira sambil membuka tali pinggang keledar yang mengikat dirinya. Tanpa menunggu balasan dari Eariq, dia terus bergegas keluar dari kereta.

Berkali-kali loceng rumah Tengku Arifin ditekan namun tiada tanda-tanda pintu rumah itu terbuka.

Kepala Humaira terjengul-jengul melihat pintu rumah utama tersebut dengan harapan Zahra akan muncul tapi sayangnya tidak.

Eariq yang masih berada di dalam kereta itu hanya mampu menggeleng melihat tindakan Humaira yang sedikit gelabah itu. Enjin kereta yang belum dimatikan oleh Humaira tadi terus dimatikan oleh Eariq.

Sekali lagi suara Eariq melengking kuat memanggil nama Humaira apabila wanita itu bertindak memanjat tembok rumah tersebut. Rasa nak tercabut jantung tengok tindakan Humaira yang selamba itu.

Dia sangkakan selama ini wanita itu hanya seorang perempuan yang gedik dan lemah lembut. Sepantas kilat dia mengikuti langkah Huamira setelah beberapa kali sekali lagi dia cuba menghubungi Tengku Ahnaf namun masih gagal.

Humaira meninjau kawasan rumah Tengku Arifin dengan teliti. Laju kakinya dihayun menuju ke belakang rumah. Entah kenapa nalurinya kuat mengatakan ada sesuatu yang berlaku di situ. Benar telahannya apabila pintu belakang rumah itu kelihatan terbuka luas.

Jantungnya berdetak laju seiring dengan langkah kaki yang semakin laju masuk ke dalam rumah besar tersebut. Matanya melilau cuba mencari bayang-bayang Zahra. Air liur yang ditelan terasa kelat apabila melihat keadaan di ruang tamu rumah itu yang agak bersepah.

"Zahra," panggil Humaira perlahan.

Prang! Kedengaran bunyi kaca jatuh berkecai ke lantai datang dari arah dapur.

Humairah menoleh ke belakang dan terus menundukkan diri apabila dia melihat ada seorang lelaki berambut panjang cuba menyerangnya dalam diam.

"Kau siapa? Kau buat apa dekat sini?!" jerkah Humaira dengan suara yang garang. Tidak sampai seminit, ada lagi seorang lelaki muncul dari arah dapur, melangkah dengan penuh bongkak mendekati Humaira.

"Wuuuuu ada superwoman lah dekat sini," ejek lelaki berambut pendek tersebut sambil menjilat bibir ketika memandang Humaira.

"Mana Zahra? Kauorang buat apa dekat sini?" tanya Humaira lagi. Disebabkan dua lelaki itu tidak menjawab pertanyaan dia, dia terus bertindak menaiki tangga mahu mencari Zahra di tingkat atas namun terhalang apabila rambutnya direntap kasar dari belakang dengan lelaki berambut panjang itu.

Humaira yang baran dengan tindakan kasar lelaki itu terus merentap kuat tangan lelaki berambut panjang tersebut kemudin dipulas kuat. Perut lelaki itu ditendang kuat sehingga lelaki itu jatuh terduduk.

Berang melihat temannya ditendang oleh Humaira, lelaki berambut pendek itu terus membuka langkah mahu menyerang Humaira namun gagal apabila Humaira berjaya melayangkan penumbuk pada wajah lelaki tersebut sehingga tersungkur ke belakang.

"Argh!" Lelaki itu mengerang kesakitan.

Disaat Humaira terleka, lelaki berambut panjang itu bangun perlahan-lahan berjalan mendekati Humaira lalu mencekik wanita itu dari belakang.

HER SAVIOR [Slow Update]Where stories live. Discover now