BAB 33

1.2K 90 2
                                    

Datin Aishah menghempas kuat sampul yang dia dapat tadi ke atas meja. Rambutnya digosok kuat.

Jadi, benarlah telahannya. Wanita itu, adalah anaknya yang selama ini dia kirakan sudah mati.

Setelah hampir seminggu dia menunggu maklumat penting itu sampai kepadanya, ternyata maklumat itu mampu membuatkan dia terhenyak dengan kenyataan sebenar.

"Macam mana dia boleh hidup lagi?!' jerit Datin Aishah dengan kuat. Mujur saja suaminya dan Humaira tiada di rumah. Jadi, hanya pembantu rumah saja yang akan mendengar jeritan dia yang seperti orang gila.

"Kalau dia masih hidup, kenapa selama ini dia tak pernah ada dekat mana-mana event syarikat Dynamic?"

Datin Aishah bermonolog sendiri. Dia benci keturunan Iskandar itu masih wujud di atas bumi ini.

Dan yang paling mengejutkan, ternyata wanita itu merupakan menantu Tengku Arifin dan Balqis. Isteri kepada lelaki yang Humaira gilaikan.

"Kau tak boleh bahagia. Aku akan pastikan hidup kau merana sama macam bapak kau," desis Datin Aishah dengan penuh dendam.

Dia melihat jam di tangan dan terus melangkah ke meja solek. Dia tidak boleh terlalu melayan amarahnya saat ini kerana ada majlis yang perlu dihadiri. Rambutnya yang kusut masai tadi terus dikemaskan. Sempat dia mencalit lipstik berwarna merah terang pada bibirnya.

Nanti-nanti saja dia uruskan tentang Zahra itu.


Zahra melihat satu persatu baju yang diperagakan pada patung itu. Semuanya cantik-cantik pada mata Zahra.

"Ada yang berkenan ke?"

Zahra terus memalingkan wajahnya ke kiri apabila terdengar suara Balqis. Kepalanya menggeleng perlahan.

"Tak adalah mama. Kalau berkenan pun, nak pakai pergi mana? Bazir saja saya beli," jawab Zahra dengan lembut.

"Eh, baju ni Zahra boleh pakai kalau nak pergi dating dengan Ahnaf. Hah mahu terbeliak mata anak mama tu kalau tengok Zahra pakai gaun macam ini."

Zahra tergelak kecil mendengar usikan Balqis itu. Hari ini, sekali lagi dia menjadi peneman Balqis untuk menghadiri majlis pembukaan butik anak temannya.

"Amboi, sakan nampak anak beranak ni bersembang."

"Eh Fiqa, sakanlah juga. Tahniah Shira atas kejayaan ini. Semoga berjalan lancar," doa Balqis sambil menepuk lembut pipi Shira.

"Terima kasih aunty. Pray the best for me," balas Shira malu-malu.

"Tahniah," ucap Zahra ikhlas lalu menghulurkan tangan kepada Shira, pemilik butik yang mereka kunjungi ini.

Shira terkesima seketika melihat Zahra yang hanya mengenakan busana ringkas tapi masih kelihatan cantik padanya. Dia pasti wanita itu pasti menantu Balqis yang sering mamanya ceritakan pada dia.

"Terima kasih kak Zahra," balas Shira. Matanya masih tidak lepas memandang wajah cantik milik Zahra yang kelihatan klasik dan elegan itu walau tidak mengenakan sebarang solekan.

"Mama, cantik betul kak Zahra ni. Kalau ada peragaan atau event model, memang Shira akan heret akak cantik ini," bisik Shira kepada mamanya yang berada di sisinya.

Balqis yang mendengar bisikan Shira itu terus tersenyum bangga mendengar pujian anak muda itu kepada Zahra.

"Boleh tapi komisen aunty jangan lupa sebab aunty yang bawa kakak cantik ini," seloroh Balqis menyebabkan yang lain tertawa kecil. Hanya Zahra saja yang mengukir senyuman tipis memandangkan dia tidak tahu mereka itu bercakap tentangnya.

HER SAVIOR [Slow Update]Where stories live. Discover now