BAB 43

2.7K 222 26
                                    

Tidak sampai lima minit, tangan Tengku Ahnaf kembali mendarat pada perut Zahra. Sekejap-sekejap diusap kemudian telinganya pasti akan melekap pada perut. Tidak sabar menunggu anaknya keluar menjengah melihat dunia.

Setelah berbulan-bulan curi-curi mengikuti Zahra membuat pemeriksaan, akhirnya dia dapat juga pergi berdua dengan Zahra.

Rasa bahagia dapat mendengar sendiri perkembangan anak mereka yang semakin membesar dengan sihat di perut Zahra.

"Anak ayah duduk elok-elok dalam ni tau. Jangan nakal-nakal," bisik Tengku Ahnaf lalu mengucup lembut perut Zahra.

Zahra tersenyum senang. Terasa bahagia apabila Tengku Ahnaf ada di depan mata.

Kalau dulu Balqis dan Tengku Arifin yang akan menguruskan minuman susunya setiap malam sebelum tidur, sekarang Tengku Ahnaf pula yang mengambil alih sepenuhnya.

Tengku Ahnaf juga rajin mengalunkan ayat-ayat Al-Quran disisinya. Kata Tengku Ahnaf, biar anak mereka membesar dengan ayat-ayat suci.

Dia juga sekarang kerap membaca Al-Quran. Alhamdulillah, berkat kesabaran suaminya yang membimbing dia, akhirnya dia dapat baca Al-Quran dengan sempurna.

"Sayang ada mengaji tak hari ini?" tanya Tengku Ahnaf apabila lelaki itu beralih tempat lalu duduk di sisi Zahra.

"Dah," jawab Zahra pendek.

Tengku Ahnaf mengangguk mendengar jawapan Zahra.

"Alhamdulillah. Bila dapat baca ayat-ayat suci ni, kena rajinkan diri untuk membaca. Allah dah beri jalan dengan mudah kepada kita menghayati dan mendalami ayat-ayat yang diturunkan."

Zahra memandang sisi wajah suaminya. Satu hal lagi yang membuatkan dia semakin rindu dengan Tengku Ahnaf apabila mereka berjauhan adalah kerana hal itu.

Suaminya selalu menasihatinya dalam setiap perkara.

"Al-Quran ini jangan hanya dibaca bila kita ada kesempatan masa. Itu bukan yang diajar dalam agama kita. Kalau boleh, setiap hari basahkan bibir dan simbah kehidupan kita dengan kalam Allah. Sekurang-kurangnya satu muka surat pun menjadilah. Al-Quran itu adalah panduan kehidupan kita di dunia ini," ujar Tengku Ahnaf.

"Kita ni ibarat pokok. Jika tidak disiram dengan air, pasti akan layu dan mati begitu saja. Begitu juga dengan kehidupan manusia. Jika kehidupan kita tidak disertakan dengan Al-Quran, kita akan lost," sambung Tengku Ahnaf lagi.

"Terima kasih awak sebab banyak bimbing saya sampai saya dah boleh baca nadi kehidupan manusia. Saya bersyukur sebab Allah kurniakan suami yang penyabar macam awak untuk bimbing saya," ucap Zahra bersama senyuman terharu.

"Itu tugas saya sebagai suami awak. Kita sama-sama berjalan menuju ke syurga Allah ya."

Zahra menelan air liurnya yang terasa kelat itu.

"Tapi saya tak bertudung lagi...tak apa ke? Awak tak marah ke?"

Zahra mencuri pandang wajah suaminya yang sedang memejamkan mata itu.

Mata Tengku Ahnaf kembali terbuka. Dia tenung mata Zahra lalu mengukir senyuman.

"Setiap hari saya doakan yang terbaik untuk isteri saya ini. Semoga hati awak lembut untuk menutup aurat," jawab Tengku Ahnaf lembut.

"Jangan putus asa doakan saya. Semoga saya dapat jadi isteri dan ibu yang menutup aurat dengan sempurna," bisik Zahra perlahan lalu mengelus lembut perutnya.

"You will. Sekarang, kita minum susu dulu ya sayang. Lepas tu kita tidur."

Tengku Ahnaf mengambil susu yang sudah siap-siap dibawa bersama tadi di meja kemudian dihulurkan kepada Zahra.

HER SAVIOR [Slow Update]Where stories live. Discover now