BAB 2

2.8K 180 19
                                    

Bang!

Terangkat bahu Zahra apabila pintu biliknya dibuka kasar.

"Aku nak keluar. Make sure aku balik tengah hari nanti, rumah semua dah kemas. Yang paling penting, makanan mesti sudah terhidang di atas meja. Kalau tak ada, siap kau Nancy!"

Zahra hanya mengangguk kecil mendengar kata-kata neneknya, Emelda.

"Kau tunggu apa lagi? Keluar lah. Jangan nak bersenang-lenang dekat bilik. Dasar indu dara (anak dara) malas!" jerkah Emelda bersama mata yang sengaja dijegilkan ke arah Zahra.

Lambat-lambat Zahra mengemas buku yang dibaca. Kerusi ditolak ke belakang lalu memasukkan kembali kerusi ke bawah meja.

Dia berjalan melintasi Emelda yang masih berdiri di muka pintu biliknya. Emelda pula terus berlalu masuk ke bilik tidurnya sendiri untuk mengambil beg tangan apabila melihat Zahra sudah berada di tangga.

Ketika Zahra menuruni tangga, dia ternampak mak ciknya, Teresa memberi isyarat kepada dia untuk mendekatinya. Zahra melangkah menuju ke arah Teresa yang berdiri di tepi meja makan.

"Sayang aunty, nanti kalau aunty ada meeting lagi dekat resort ataupun mana-mana tempat yang ada pantai, aunty bawa Zahra keluar ya." Teresa berbisik perlahan kepada Zahra.

Matanya mengerling ke arah tangga, bimbang Emelda ternampak dia dengan Zahra di sini. Nanti Emelda curiga.

"Betul ke aunty? Okay! Zahra tunggu," jawab Zahra dengan nada perlahan.

Teresa mengangguk perlahan. Senyuman pahit terukir di bibirnya tika melihat raut wajah Zahra yang ceria disajikan dengan janjinya.

Dia tahu betapa anak saudaranya itu terlalu inginkan kebebasan tetapi apakan daya, dek kerana kongkongan Emelda, kebebasan Zahra telah disekat sejak dari kecil.

"Dah. Pergi buat apa yang inek (nenek) suruh. Nanti inek marah," ujar Teresa seraya menolak perlahan tubuh anak saudaranya ke dapur.

Nanti tak pasal-pasal anak saudaranya pula yang akan dimarahi kerana tidak membuat kerja seperti yang diarahkan oleh Emelda.

Zahra pun terus berlalu ke dapur. Dia juga tahu apa akibat yang akan dia terima sekiranya dia tidak patuh pada arahan Emelda.

Dia membuka peti sejuk bahagian atas untuk melihat apa yang boleh dimasak. Setelah berfikir secara dalam, dia mengambil ayam yang telah dipotong siap-siap dalam satu plastik.

Keluarganya di rumah ini lebih selesa menggunakan plastik untuk menyimpan barang basah.

Dia keluarkan dan letakkan ayam tersebut di sinki. Kepalanya dijengah sekejap ke arah ruang tamu apabila terdengar suara Emelda.

"Aram, laun kitai legi (Jom, lambat kita nanti)," ujar Emelda dalam bahasa Iban.

Keluarganya berasal dari Sarawak dan telah menetap lama di Johor Bahru.

"Ni indu daranya? Anang berani ngaga bukai-bukai enti kita nadai ba rumah ( Mana perempuan tu? Jangan berani buat bukan-bukan kalau kita tak ada dekat rumah)," ujar Emelda sambil menjengah kepalanya ke dapur. Dia tahu Zahra ada di dapur.

Zahra mengetap kuat bibirnya sambil membebel sendiri. Neneknya, kadang-kadang kalau sudah membebel, pasti akan keluar terus bahasa kebangsaannya itu.

Hanya aunty Teresa dengan sepupunya yang lain saja suka berkomunikasi bahasa melayu secara penuh dengannya. Meskipun dia membesar dalam keluarga kristian, dia agak kurang fasih bertutur dalam bahasa Iban tapi dia masih boleh faham sedikit perkataan yang mudah.

HER SAVIOR [Slow Update]Where stories live. Discover now