BAB 2

10.1K 246 11
                                    

Nadhia, Syakinah dan Alina sedang bertugas di pintu pagar sekolah. Almaklumlah pengawas sekolah kan.
Tiba-tiba Alina tercantap akan sekujur tubuh milik seseorang.

Kelvin Syafwan!

Dia sedang berbual dengan rakan-rakan atletnya. Almaklumlah, dia kan atlet sekolah.

Semua dia mahir. Penyerang dalam pasukan bola sepak sekolah dan futsal, pelari acara 100 m, lompat jauh dan lompat tinggi. Boleh diakatakan budak hotstuff sekolah. Ditambah lagi dengan wajahnya yang kacak.(mcm nk munth pla aq mnlis)

"Weyh! Tengok tu. Kelvin lah!" kata Alina teruja sambil menunjuk ke arah yang dinyatakan.

Nadhia dan Syakinah juga menoleh ke arah itu.

"Alah, Kelvin je pun." kata Nadhia selamba tanpa menghiraukan dua orang rakannya itu.

"Kau bolehlah cakap macam tu. Kau kan close dengan dia. Tak macam aku ni." kata Alina lagi. Dia memang ada menaruh hati pada Kelvin sejak form 5 lagi.

"Kitorang kan cousin. Memanglah." kata Nadhia pula.

"Dah lah cakap pasal dia. Dia datang sini tu." kata Syakinah apabila melihat Kelvin bergerak ke arah mereka.

"Hey, girls." sapa Kelvin pada mereka bertiga.

"Hai." balas Alina manakala Syakinah pula hanya tersenyum.

"Kau nak apa?" tanya Nadhia kasar.

Kelvin tersengih menampakkan sebaris gigi yang tersusun rapi. "Macam biasalah. English. Aku tak siap lagilah. Kau tolong, eh?"

"Yelah. Nanti aku tolong. Lagipun lusa kena hantar, kan?"

"Macam tu lah. Thanks. Aku pergi dulu." katanya lalu beredar dari situ. Sempat dia menampar lembut bahu Nadhia.
''Sakitlah!" kata Nadhia sedikit lantang. Namun, Kelvin hanya berlalu tanpa menoleh.Walaupun pukulannya lembut tetap menyakitkan.

"Weyh! Kenapa dengan perempuan lain dia buat perangai kerek dia tapi dengan kau dia macam lain? Korang ada apa-apa, eh?'' teka Alina bila Kelvin beredar dari situ.

''Ha'ah. Betul juga apa yang Al cakap. Korang ada apa-apa,eh?'' Syakinah pula menyokong usul(?) Alina tadi.

"Wait, wait. Korang fikir aku ada apa-apa dengan mamat kacang tu.? Memang tak lah. Tak tahan aku dengan perangai dia. Dia tu kalau sehari tak sakitkan hati aku, tak sah." kata Nadhia geram. Sakit pula hatinya bila teringatkan perangai sepupu yang seorang tu.

"Lagipun aku dah ada orang lain. Walaupun dia cuma anggap aku sebagai kawan, tapi tak apa. Aku dah jadikan dia crush aku sejak first day aku masuk sekolah ni.'' sambungnya lagi.

''Kau untunglah. Kau boleh bercakap, berbual dan tak kekok dengan crush kau.'' Alina berkata sedikit kecewa.

"Okey. Berbalik pada topik Kelvin tadi, kau pernah kata dia memang kureng dengan perempuan, kan? Tapi, aku rasa aku boleh kot tackle dia." kata Syakinah tiba-tiba.

Alina menjelingnya. "Pahal kau nak tackle dia pula? Crush aku tu."

"Dah kau tu lambat sangat. Crush konon. Kalau betullah macam tu, kau sepatutnya buat something supaya dia jadi milik kau. Ini tak, asyik perhati dari jauh aje. Nak buat apa?" balas Syakinah selamba.

Alina pula mati kata. Dalam diam dia mengiyakan juga kata-kata Syakinah itu.

''Lagipun, bukan aku suka dia betul-betul pun. Kalau aku rasa nak putus, aku terus terang jelah dengan dia.'' sambungnya lagi.

Nadhia pula memandang Syakinah dengan kerutan di dahi. "Kau serius ke ni?''

''Seriuslah. Ni Syakinah, okey." kata Syakinah pula sambil menepuk dadanya tanda bangga.

Nurul Syakinah Azirah.

Siapa yang tidak kenal. Satu SM St. Selvest kenal. Wanita yang cantik dan boleh memikat mana-mana lelaki. Tidak kira dengan wajahnya atau tingkah lakunya.

Syakinah mempunyai pelbagai personaliti. Siapa yang tidak mengenalinya pasti akan tertipu dengan perangainya yang kononnya lemah lembut dan bersopan santun.

Namun, sekiranya ada yang mencabar kesabarannya pasti keluar segala kata-kata carutan dari mulutnya. Dan selalunya orang itu adalah Asyraf Zaidan.

Nadhia tersenyum sinis melihat keyakinan Syakinah. ''Okey. Kalau kau berani aku cabar kau couple dengan dia. Kau kena bertahan dua bulan. Amacam, ada berani?''

Nadhia berani membuat pertaruhan sebegitu kerana dia tahu benar dengan perangai sepupunya yang seorang itu. Begitu anti dengan perempuan.

''So? Berani ke?''

💎💎💎💎💎

Update bab 2 mmndgkn sdh siap... Bcalh... Klw ada typo abaikn sja... Happy Reading... Tlg vote n komen...

owh... Selamat hari raya...

〘✓〙My Little Young WifeWhere stories live. Discover now