BAB 63

2.7K 77 25
                                    

Kelvin membuat muka seraya mengeluh panjang. Pandangan dihalakan tepat ke hadapan.

"Kau ingat kau boleh lari? Setakat serangga macam kau, tak akan bagi kesan pada aku, Amira." ujar Kelvin dengan senyuman sinis.

"Kau tak akan terlepas! Kau akan terima balasan setimpal atas apa yang kau dah buat selama nie!" herdik Amira.

"Balasan apa yang kau maksudkan, Amira? Apa yang aku dah buat? Bukan selama nie kau rela hati ke? I'm just enjoying the moment, my dear." kata Kelvin lagi dengan wajah jujur.

"Kau binatang, Kelvin! Aku dah buat macam-macam untuk kau. Apa lagi yang kau tak puas hati? Apa lagi yang kau nak? Kenapa Nadhia--"

Kata-kata Amira terhenti apabila Kelvin tiba-tiba mencengkam pipinya. Berbeza dengan tadi, kini wajahnya bengis dan menakutkan.

"Jangan sesekali, kau bandingkan diri kau dengan Nadhia. Kau tu jijik. Kotor! Tak setaraf dengan Nadhia." kata Kelvin.

"Vin, nak buat apa dengan betina nie?" soal salah satu orang suruhan Kelvin yang memegang Amira. Pipi Amira dilepaskan kasar.

"Suka hati kaulah nak buat apa pun. Aku tak kisah. Betina nie bukan penting pun." kata Kelvin acuh tak acuh.

Lelaki bertubuh tegap dan berkulit sedikit gelap itu tersenyum penuh makna. Begitu juga dengan rakannya. Amira mula menggelabah. Dia sangat tahu aoa yang akan terjadi padanya.

"No! Kelvin, don't do this to me! Kelvin, tolonglah! Aku merayu pada kau. Apa saja asalkan bukan--"

"Amira, kau tak ada hak nak arahkan aku buat apa aku nak dan kau tak ada hak untuk bantah apa yang aku cakap. Faham tak?" cantas Kelvin.

"Dan satu lagi, bak sini pisau." Arah Kelvin pada lelaki berbaju hitam yang sedikit rendah. Segera lelaki itu memberi pisau lipat yang disimpan di kocek seluarnya.

"ARGHHH! ARGH! SAKIT!!! ARGHHHH!!!"

Raungan Amira dapat didengari di seluruh pelusuk ruangan itu. Sesiapa yang mendengar pasti sudah tahu akan kesengsaraan yang dilalui oleh wanita itu.

"Itu hadiah dari aku. Muka kau tu buat aku jijik nak pandang dan menyakitkan hati aku. Muka kau tu buat aku rasa nak bunuh kau setiap kali aku pandang wajah kau. Jadi, aku rasa kalau macam nie lagi better." ujar Kelvin sambil tersenyum.

Amira menjerit dan meronta akibat kesakitan. Kulitnya terasa tersiat.

"Baik kau bunuh jelah aku, Kelvin!" herdik Amira lagi.

"Mana boleh macam tu! Nanti macam mana kau nak tengok aku dengan Nadhia kahwin?" balas Kelvin lagi.

"Kau dah gila." gumam Amira.

Kelvin tersenyum sinis sebelum berpaling untuk meninggalkan Amira.

"Kelvin, No! Tolonglah! Aku merayu sangat-sangat pada kau."

Kelvin hanya buat tidak dengar. Dia langsung berlalu dari situ meninggalkan Amira.

Sampai di luar, dia mengeluarkan telefon dan mendail nombor seseorang. Tidak menunggu lama, panggilannya langsung diangkat.

〘✓〙My Little Young WifeWhere stories live. Discover now