BAB 66

2.6K 83 8
                                    

Irsyadi menutup Yaasin di tangannya.

"I'm sorry for all the trouble you've went through."

Matanya dipejam seketika. Sudah 3 hari berlalu sejak kejadian itu. Masih terlayar di mindanya akan wajah isterinya. Kejadian itu masih segar di mindanya.

Ambulans datang tepat pada masa setelah dihubungi oleh Amir, ketua pasukan Bravo. Nadhia disegerakan ke hospital. Irsyadi turut menaiki ambulans bersama isterinya tanpa menghiraukan lengannya yang cedera.

Nadhia dimasukkan ke wad kecemasan untuk menjalankan pembedahan bagi mengeluarkan peluru. Kata doktor, berkemungkinan Nadhia selamat adalah amat tipis kerana peluru dijangka terkena jantungnya.

Sudah hampir satu jam berlalu namun bilik pembedahan belum juga terbuka. Irsyadi sedari tadi tidak dapat duduk diam.

"Syad, kau kena sabar. Bawa bertenang." Buat ke sekian kalinya Rayyan cuba menenangkan sepupunya itu.

"Aku nak tenang macam mana, kau bagitahu aku sekarang?! Nadhia bertarung nyawa dalam wad kecemasan tu sebab aku. Nadhia jatuh depan mata aku sendiri. Kau nak aku tenang macam mana?!" Tempelak Irsyadi. Sedaya upaya dia menahan supaya air matanya tidak mengalir lagi.

"Syad, listen! Doktor tengah cuba selamatkan Nadhia. Aku tahu Nadhia kuat. Dia akan bertahan." Rayyan cuba menenangkan sepupunya.

Irsyadi meraup kasar wajahnya. "Aku takkan maafkan diri aku sendiri kalau apa-apa jadi pada Nadhia. Kalau dari dulu aku hapuskan Kelvin, semua nie takkan jadi. Tapi, aku lemah. Aku bodoh sebab biar dia terlepas. Semua nie salah aku."

"Syad, please! Berhenti salahkan diri kau sendiri. Benda dah jadi, kau nak menyesal pun tak ada guna. Tak ada manusia yang sempurna dalam dunia nie, Syad. Apa yang jadi dah tertulis. Kau menangis air mata darah sekalipun, masa takkan diulang semula."

Kata-kata Rayyan tidak satu pun menerjah otaknya. Dalam mindanya kini hanyalah Nadhia. Dia begitu takut pada saat ini. Takut akan kehilangan insan yang paling bermakna dalam hidupnya.

Beberapa minit kemudian, pintu wad dibuka dari dalam. Seorang doktor lelaki dalam lingkungan usia 30-an keluar. Irsyadi segera mendapatkan doktor itu.

"Doktor, macam mana keadaan isteri saya?" soal Irsyadi risau.

Doktor tersebut membuka penutup mulut yang dipakainya. Irsyadi dan Rayyan dipandang silih berganti sebelum keluhan dilepaskan.

"Kami minta maaf, encik. Kami dah cuba sedaya upaya, tapi Tuhan lebih sayangkan dia. Saya harap encik bersabar."

"Tak mungkin."

Degupan jantungnya serasa terhenti tatkala mendengarkan kata-kata yang keluar dari mulut doktor itu. Dunia terasa seakan kosong tiba-tiba.

"Syad!"

Suara Rayyan menyeru namanya menyedarkan Irsyadi dari lamunan.

"Dahlah tu. Kita dah lewat nak jumpa Chief. Bising pulak orang tua tu karang." kata Rayyan.

Irsyadi mengangguk faham. Dia segera bangun dan meninggalkan tanah perkuburan itu. Lepas nie kena tadah telingalah pulak.

🌸🌸🌸

"Sejak bila saya benarkan awak bertugas semula, Irsyadi?"

Irsyadi hanya berdiri tegak sambil menundukkan kepalanya. Takut mungkin mengangkat wajahnya untuk memandang lelaki berumur 40-an yang berwajah bengis di hadapannya itu.

"Saya minta maaf, chief. Saya terpaksa." ucap Irsyadi.

"Saya faham dalam hal nie keluarga awak jadi taruhan. Awak sangat tahu bertugas dalam keadaan emosi yang kurang stabil boleh merosakkan misi. See what happened? Ini bukan kali pertama awak buat macam nie. Dan saya rasa awak tak pernah memohon untuk kembali bertugas." kata lelaki separuh abad itu.

Irsyadi kekal diam. Lelaki tua tu mengeluh.

"Awak antara pegawai saya yang terbaik, Irsyadi. Walaupun awak hanya menjadi pelatih selama setahun di Jepun dulu, tapi saya tak nafikan bakat awak. Semua operasi di bawah awak selama awak bertugas dulu, semua berjaya." kata chief.

"Memang awak layak dapatkan gelaran Wolf. Tapi, tak bermakna awak boleh buat sesuka hati awak. Awak dah berhenti bertugas dua tahun yang lepas atas kerelaan sendiri dan awak juga yang mohon untuk tutup kes Daniel Naim sebelum awak berhenti. Dan sekarang, awak buka semula kes tu atas dasar peribadi. Apa yang awak fikirkan, Irsyadi?" suara Chief berubah keras. Tegas dan garang bunyinya.

Irsyadi diam seribu bahasa. Tidak langsung terlintas dia hendak membalas kata-kata ketuanya. Chief mengarahkan pula pandangannya ke sebelah kanan Irsyadi.

"Inspektor Rayyan, ada apa-apa nak cakap? Inspektor Zainal?"

"Zainal yang buat keputusan sertakan Wolf, chief. Saya dah cuba halang, tapi dia berkeras juga." kata Rayyan selamba.

Mahu jatuh rahang Zainal mendengarkan pengakuan melepaskan diri oleh Rayyan itu. Tapi, Rayyan hanya buat tidak tahu saja.

"Saya minta maaf, chief. Tapi, saya memang perlukan bantuan Wolf untuk selesaikan kes nie. Dia yang lebih tahu tentang kes Daniel berbanding kami. Lagipun, Wolf yang lebih kenal dengan suspek." Ujar Zainal cuba membela diri. Rayyan di sebelahnya dijeling.

"Saya faham, tapi kenapa tak ada satu pun yang inform saya pasal hal nie?! Kamu semua ingat saya tunggul?! Saya yang kena jawab dengan pihak atasan!"

Terkejut tiga ekor beruk tu bila suara chief mereka baik seoktaf. Muka jangan cakaplah! Serupa harimau lapar. Telan liur beruk bertiga tu dibuatnya.

"Saya nak laporan penuh berkenaan operasi nie siap esok sebelum habis waktu bekerja. Kalau tidak, kamu berdua akan digantung kerja selama 3 bulan. Faham?!"

"Faham, tuan!" Rayyan dan Zainal menjawab serentak. Takut punya pasallah tu!

"Dan Irsyadi, tuliskan surat permohonan maaf dan hantar ke jabatan utama. Sediakan juga satu laporan penuh untuk dihantar pada Tuan Zamir. Dia akan tentukan apa nasib awak lepas tu." arah chief.

"Baik, tuan."

Tok! Tok! Tok!

Amir masuk sejurus mendapat keizinan dari chief.

"Maaf mengganggu, chief. Kami dapat panggilan dari hospital untuk Wolf. Katanya, Tengku Nadhia dah sedarkan diri."

💎💎💎💎💎

Kuang kuang kuang

Mati ke idok si Nadhia nie? Sis pun tak tahulah

Btw, bingung dgn Irsyadi? Nanti sis akan jelaskan dgn lebih lanjut lg okie?

Keep voting and comments...

〘✓〙My Little Young WifeWhere stories live. Discover now