BAB 50

4K 106 7
                                    

Nadhia memandang pelik. Rasanya baru 10 minit yang lepas Irsyadi meninggalkan rumah. Biasalah pagi-pagi, kena pergi kerja.

"Abang sepatutnya kat office, kan?" Soal Nadhia.

Irsyadi memandang Nadhia dengan pandangan sayu. Dia terus saja masuk ke rumah tanpa membalas kata-kata isterinya. Tubuhnya direbahkan ke sofa.

"Dah kenapa pulak ni?" Nadhia menyoal sendiri. Irsyadi didekati.

Irsyadi menarik Nadhia agar duduk di sebelahnya. Kemudian, dia dengan selamba badak me'landing'kan kepala di riba Nadhia lalu memejamkan mata sambil tangan menggenggam kemas tangan kanan Nadhia.

"I miss you." Tutur Irsyadi perlahan.

Nadhia kurang faham dengan kata-kata Irsyadi. Miss apa benda? Pergi pejabat je, pun.

"Abang tak nak pergi kerja ke? Dah dua hari asyik ambil cuti. Tak takut ke kerja tu bertimbun kat office?" Soal Nadhia.

Irsyadi membuka mata dan memandang Nadhia. "Tak naklah pergi office. Nanti rindu lagi. Sayang ikut abang pergi office, nak?"

Nadhia ketawa. "Tak naklah! Nanti staff abang kata Dhia nak control abang pulak. Memang tak lah!"

"Kalau macam tu I'm not going to office." Irsyadi memejamkan matanya semula.

"Mengada-ngadanya dia ni."

Dirt~ dirt~

Nadhia segera mencapai smartphone miliknya di atas meja. Skrin telefon bimbitnya dipandang dengan kerutan di dahi.

"Hello? Ada apa ayah call ni?" Soal Nadhia sebaik panggilan dijawab.

"Ada ni tengah berMALAS-MALASAN kat ruang tamu ni. Katanya tak nak pergi kerja." Ujar Nadhia lagi. Sengaja ditekankan perkataan 'malas' itu. Tapi, Irsyadi tidak memberi sebarang respon.

"Nadhia dah cakap tapi dia tak nak dengar. Dia pura-pura tidur sekarang ni, ayah." Kata Nadhia lagi. Dia berdecit bila Irsyadi mencuit pinggangnya. Dia tidak mengendahkan Irsyadi yang memandang geram padanya.

"Ada appointment penting?" Nadhia menjauhkan telefon bimbit dari telinganya dan berbisik pada Irsyadi.

"Ayah nak cakap ni."

Irsyadi segera menggeleng tanda dia tidak mahu berbicara dengan ayahnya.

Nadhia mencebik. "Dia tak nak cakap, ayah. Yelah, nanti Nadhia cuba pujuk dia. Waalaikumsalam."

Irsyadi memandang Nadhia dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

"Apa pandang-pandang? Cucuk biji mata tu, baru tahu." Ugut Nadhia.

"Abang pergilah office tu. Kesian ayah. Ayah kata, sejam lagi abang ada appointment penting dengan Tan Sri Fauzan." Pujuk Nadhia.

"Sayang, abang tak laratlah. Penat sangat ni." Adu Irsyadi sambil pout(?).

Nadhia pandang dia datar. Mengada-ngada sial.

〘✓〙My Little Young WifeWhere stories live. Discover now