BAB 31

3.8K 111 0
                                    

S
K
I
P

Last paper...(k no idea😂)

Nadhia dan semua rakannya baru sahaja melangkah keluar dari dewan peperiksaan. Baru sahaja mereka selesai menjawab kertas terakhir bagi peperiksaan(?) STPM.

Sewaktu hendak pulang, dia melalui lorong form 3. Matanya tertarik pada 2 orang manusia yang berdiri sambil menghadap antara satu sama lain. Khai dengan Syasya? Apa diorang buat kat sini?

"Aku takkan lepaskan kau. Kau ingat senang macam tu je kau nak lari dari aku?"

"Kau jangan ganggu aku lagi, boleh tak?! Memang patut pun aku bagitahu Vinnee pasal kau!"

"Woi! Korang buat apa dekat sini?!" Sergah Nadhia. Dia mendekati mereka.

Keduanya terkejut dan berpaling. Khai tersenyum sinis sebelum meninggalkan Syasya terduduk di situ. Nadhia segera mendekatinya.

"Kenapa kau ni? Khai buat apa dekat kau?" Soal Nadhia. Risau pula apabila melihat tangisan dari tubir mata Syasya.

Syasya mengangkat muka, memandang tepat pada wajah Nadhia. "Nad, boleh tak aku tinggal tinggal di rumah kau buat sementara waktu ni?"

Nadhia agak terkejut dengan permintaan tiba-tiba dari Syasya. Dia berat hati hendak memberi kata putus. Tapi, mengapa pula Syasya tiba-tiba ingin ke rumahnya? Apa yang terjadi sebenarnya?

"Kenapa pula? Habis tu, rumah kau macam mana?"

Syasya melepaskan keluhan panjang. "Sebenarnya, Khai selalu kacau aku. Kebetulan pula, sekarang ni parents aku tak ada. Diorang ada di Jakarta sebab papa aku ada projek dekat sana. Kau pun tahu aku anak tunggal, papa aku pun anak tunggal. So, aku tak ada saudara lain selain diorang."

"Boleh tu boleh. Tapi kenapa Khai kacau kau? Apa yang kau dah buat?"

Melihat Syasya hanya mendiamkan diri, Nadhia bersuara segera. "Tak apalah kalau kau tak nak bagitahu. Betul kau nak tinggal di rumah aku?"

Syasya mengangguk laju. "Tolong aku, Nadhia?"

Lambat-lambat Nadhia mengangguk. Syasya juga kawannya dan mereka pernah menjadi kawan baik sebelumnya.

Syasya mengukir senyuman. Dia meraih tangan Nadhia. "Terima kasih sangat-sangat, Nad. Kau memang baik."

Nadhia hanya membalasnya dengan senyuman. Hatinya terdetik, adakah ini akan menjadi alasan agar mereka menjadi seperti dahulu?

🌸🌸🌸

Teksi berhenti betul-betul di hadapan pagar rumahnya. Jam tangannya di renung. Pukul 2 petang. Kemudian, matanya dialihkan pula pada kereta Irsyadi yang terparkir elok. Tak kerja ke? Tak kan half day pula?

Pintu rumah juga tidak berkunci. Nadhia mempelawa Syasya masuk dan duduk dahulu sebelum meminta diri ke tingkat atas. Kakinya berhenti melangkah tatkala melihat pintu bilik terbuka luas. Kelihatan Irsyadi merebahkan dirinya di katil bersaiz King dengan pakaian kemeja yang masih tersarung kemas pada tubuhnya. Mata terpejam rapat.

Nadhia tersenyum sendiri melihatnya. Comel pulak manusia ni. Perlahan dia mendekati Irsyadi. "Assalamualaikum."

Mata dicelikkan saat mendengar bisikan lembut pada telinganya. Matanya tertuju pada Nadhia yang masih lengkap berbaju sekolah. Posisinya diubah kepada duduk. Menghadap gadis di hadapannya.

"Waalaikumsalam. Baru balik? Kenapa balik lewat ni?" Soalnya lembut.

Nadhia tersengih. "Ada hal tadi. Abang tak kerja?"

"Kerjalah. Balik tadi ingatkan nak lunch dekat rumah. Tapi, tak orang pula. Rehat kejaplah dekat bilik ni."

"Dhia lewat sebab jumpa kawan tadi.Ummm... Abang, kawan Dhia nak tinggal sini boleh?"

"Kawan mana? Kenapa dia nak tinggal sini pulak?"

"Syasya. Dia ada masalah sikit, so dia nak tumpang tinggal sini for about two months. And Dhia dah setuju pun." Ujar Nadhia perlahan.

"Two months?! Parents dia mana?"

Nadhia menceritakan tentang kejadian yang menimpa Syasya dan mengenai Khai. Rasa simpati juga terbit dalam dirinya. "Sayang, abang..."

"Bolehlah... Please??" Rayu Nadhia lagi. Dia tahu Irsyadi berat hati tapi Syasya sudah ada di bawah.

Keluhan dilepaskan. Matanya memandang tepat pada mata sayu Nadhia. Perlahan kepalanya mengangguk.

"Betul?! Thank you, abang. Jom kita turun bawah." Ujar Nadhia lalu menarik Irsyadi mengikutinya.

"Sya! Sorry aku lambat. Kenalkan suami aku, Irsyadi. Dah kenal, kan?" Ujar Nadhia. Irsyadi hanya membalas sekilas senyuman Syasya.

Tiba-tiba irama lagu Perfect by Ed Sheeran berkumandang. Segera panggilan dijawab dan telefon dilekapkan ke telinga untuk mendengar suara si pemanggil.

"Ya, Aryssa, ada apa? Oh ya! Tak apa, sekejap lagi saya sampai. Okey."

"Kenapa, abang?" Soal Nadhia setelah Irsyadi menutup telefonnya. Syasya pula bagai terhiris sembilu saat mendengarkan panggilan yang digunakan oleh Nadhia. Jujur dia katakan, perasaannya pada Irsyadi tidak pernah padam.

"Aryssa yang call tadi. Sepatutnya ada mesyuarat dengan ahli lembaga pengarah hari ni. Abang pergi dulu, sayang." Ujar Irsyadi lalu mencumbui dahi Nadhia.

"Drive safe." Pesan Nadhia pula. Matanya hanya mengekor sehingga Irsyadi hilang dari pandangan.

"Okey! Jom, Sya, aku tunjuk bilik kau."  Syasya mengikuti Nadhia ke tingkat atas dan berhenti di hadapan sebuah pintu bilik berwarna maroon.

"Ni bilik kau. Yang sebelah ni kosong dan yang sana tu bilik aku. Kalau kau nak apa-apa tanya je kat aku." Ujar Nadhia sambil menunjuk ke arah biliknya yang dikongsi bersama Irsyadi.

Ya. Setelah kembali dari rumah ibu pada hari itu, Nadhia telah membuat keputusan untuk berpindah ke bilik utama, iaitu bilik yang didiami Irsyadi.

"Bilik kau dengan Irsyadi?" Soal Syasya. Bibirnya sedaya upaya mengukir senyum.

Anggukan dari Nadhia membuatnya tersenyum kelat. Oh! Jadi diorang tidur sebilik. It's okay! Kau tak rasa apa-apa pun Sya. Kau okey!

"Kau rehatlah dulu. Aku pun nak tukar baju ni. Aku masuk dulu. Kalau nak apa-apa, panggil je aku." Ujar Nadhia lalu berlalu ke biliknya.

🌸🌸🌸

Irsyadi sampai di rumahnya tepat pukul 12.30 malam. Kakinya ingin melangkah terus ke bilik, namun terhenti saat suara seseorang menyapa dirinya.

"Baru balik? Lambat awak balik."

Dia berpaling dan mendapati orang itu adalah Syasya. "Ya, saya baru balik. Awak kenapa tak tidur lagi? Dah lewat ni." Soal Irsyadi sekadar berbasa-basi.

"Saya dahaga tadi, sebab tu turun nak minum." Jawab Syasya

Irsyadi mengangguk faham. "Kalau macam tu saya naik dululah. Dah penat sangat ni." Ujarnya lalu kembali meniti anak tangga menuju ke tingkat atas tanpa menunggu balasan dari Syasya.

Sampai di bilik, kelihatan Nadhia terlena dengan novel tertindih di dadanya. Irsyadi tersenyum sendiri melihatnya. Tidak diganggu mahupun diusik, dia terus ke bilik air untuk membersihkan diri.

Setelah menyarung baju tidurnya, Irsyadi mendekati Nadhia. Dia mengalihkan novel yang tertindih oleh tangan Nadhia dan membetulkan perbaringan isterinya sebelum berbaring di sebelah kiri Nadhia.

💎💎💎💎💎

〘✓〙My Little Young WifeWhere stories live. Discover now