BAB 19

4.3K 134 3
                                    

Tengku Ilham Naufal dan Tengku Zahratul Nadhia.

Itulah nama yang diberikan kepada dua orang anak kembarnya. Betapa rindunya mereka pada anaknya yang seorang itu. Mengapa mereka tidak sedar akan kehadirannya, walhal dia begitu dekat sekali.

''Apa semua ni, umi? Nad tak faham.'' ujar Nadhia meminta penjelasan.

Mengikut apa uminya pernah kata, kembarnya HILANG selepas sebulan kelahiran mereka dan bukannya diserahkan.

Nadhia beralih pula pada Ilham. Matanya memandang tepat anak mata Ilham. ''Betulkah awak ni...'' Nadhia tidak dapat menyambung kata-katanya.

Ilham hanya mengangguk. Betulkah apa yang aku buat ni?

''Tapi, takkan umi dengan abah tak pernah terfikir? I mean, if he really is your son, takkan tak ada tanda yang menunjukkan Ilham ni anak umi dan abah sedangkan dia selalu sangat datang sini. Don't you recognize him?'' tanya Nadhia lagi. Tidak mungkin ibu bapa tidak perasan akan kehadiran anak sendiri.

Tengku Hajar menarik nafas panjang. Nadhia perlu mengetahui perkara sebenar.

''Nadhia, sebenarnya Am memang anak umi. Kembar kamu.'' katanya tenang.

Nadhia terlopong. ''Is that mean, you knew about this all along? And keep it as a secret? Wow!'' Nadhia seperti tidak percaya kembarnya sebenarnya tidak hilang tapi sengaja dijauhkan darinya.

Irsyadi di sebelah Nadhia hanya berdiam diri. Tidak mahu masuk campur dalam hal keluarga isteri dan mentuanya. Yalah, pada Irsyadi dia masih lagi orang luar.

''Tapi, kenapa?'' soalnya lagi.

''Umi terpaksa, Nad. Semua tu bukan kemahuan umi.'' jawab Tengku Hajar lemah. Kemudian, dia menceritakan perkara sebenar pada Nadhia.

Rupanya, sepanjang 18 tahun ini mereka suami isteri sering memantau keadaan Ilham. Begitu juga dengan perbelanjaan bulanan. Setiap bulan, duit akan dimasukkan ke dalam akaun Ilham dan Ilham mengatahui tantang hal ini 4 tahun yang lepas.

Itulah sebab dia berpindah ke SMK St. Selvest kerana dia dapat tahu bahawa Nadhia bersekolah di situ. Sejak itu dia mula mendekati Nadhia dan mereka semakin rapat.

Nadhia mendengar dengan tekun. Baru dia tahu sebab sebenar Ilham dijauhkan.

''So, apa yang jadi selepas umi dan abah serahkan Ilham pada Mak Lang?'' soal Nadhia pula.

''Alhamdulillah. Walaupun sebenarnya tak banyak perubahan, tapi tak ada perkara buruk yang berlaku lagi.'' jawab Tengku Hajar tenang.

Nadhia beralih pula pada Ilham. ''Awak memang dah tahu dari dulu lagi?''

Ilham mengangguk perlahan. ''Saya memang dah tahu. Tapi...'' kata-kata Ilham terhenti sebentar.

''Tapi apa?''

''Mak Lang dan umi tak bagi saya bagitahu awak masa tu.''

''Meaning, kita ni memang adik beradiklah?'' tanya Nadhia sekali lagi.

''Yeah. Why? Awak tak suka ke?'' soal Ilham pula. Bagaimana jika Nadhia tidak terima fakta bahawa mereka adik-beradik?

Muka Nadhia kelihatan serius. ''Maybe?'' katanya selamba.

''Or, maybe not.'' sambungnya pula dengan senyuman. Yalah, siapa yang tidak mahu dapat sibling yang handsome macam Ilham, kan?

Ilham pula membalas senyumannya. ''Thanks.''

🌸🌸🌸

Hari yang begitu sibuk bagi AJKTPD(PD=pengawas disiplin), PS, badan sukarelawan dan PRS.

Mengapa?

Kerana hari ini adalah sambutan Hari Guru bagi SM St. Selvest. Sambutannya agak meriah dari sebelum ini. Mungkin kerana kerana perancang(?)nya adalah murid manakala guru pula asyik dikenakan sahaja oleh aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan.

Selesai acara, mereka berehat(lbih kpd curi tulg sebenrnya) di dewan yang agak berselerak(?). Semua murid telah pulang. Hanya mereka sahaja yang tinggal. Itu pun kerana mereka perlu mengemas dewan sekolah dan padang. Ilham, Nadhia, Syakinah, Hafiezy, Zamrin dan Refqee ditugaskan mengemas dewan manakala yang lain(geng dorg yg lain) mengemas padang.

Sementara mengemas dewan, mereka berbual-bual dahulu. Walaupun sebenarnya lebih kepada mengumpat.

Tiba-tiba Kelvin datang datang dan mendekati Syakinah.

''Kin, jomlah kita balik. Biar jelah diorang yang kemas.'' ajak Kelvin.

''Balik? Kau tak payah nak mengada-ngada. Kalau kau nak balik, kau balik. But, she stays.'' sampuk Nadhia pula.

Dia tahu Syakinah agak susah hendak menolak pelawaan Kelvin. Tengok muka sebersalah(btulkh eja) Syakinah pun sudah tahu. Pasti dia tidak selesa dengan kehadiran Kelvin.

Refqee juga perasan akan hal. Dia juga mendekati Syakinah. ''Kin, tadi Miss Suzan panggil kau kan?'' tanya Refqee sambil memberi isyarat mata.

''Eh, ha'ahlah! Aku baru teringat. Aku pergi dululah.'' ujarnya lalu berlari pantas meninggalkan dewan.

Kelvin merenung tajam ke arah Refqee. ''Aku tahu kau sengaja, kan?'' tanyanya kasar sambil mencekak(?) kolar baju Refqee.

Yang lain agak cemas. Ilham, Hafiezy dan Zamrin mendekati mereka dan cuba menghentikan perbuatan Kelvin.

''Apa ni, bro? Agak-agaklah. Takkan hal kecil pun nak gaduh? Relakslah.'' ujar Hafiezy cuba menenangkan Kelvin.

''Vin, kau tak payah nak tunjuk hebat dekat sinilah.'' kata Nadhia pula.

''Sis, jangan keruhkan keadaan, boleh tak?'' nasihat Ilham pula pada Nadhia.

''Betul apa aku cakap, Am. Dia ni berlagak!''

''Sis! Come on. Please?''

''Fine!''

''Kau kata aku apa? Berlagak?'' soalnya sinis. ''Wow, Nadhia!''

''Memang! Kenapa? Kau marah aku kata macam tu?'' soal Nadhia semula sengaja memancing kemarahan Kelvin.

''Kau!''

Tangannya dijulang tinggi. Sedikit lagi mengenai pipi mulus Nadhia.

''Stop!'' jerit Syakinah.

''Awak buat apa ni? Sanggup awak pukul sepupu sendiri cuma untuk perkara kecil ni? Dengar sini.'' Syakinah menarik nafas panjang.

''Aku tak pernah suka, apatah lagi jatuh cinta dekat kau. Aku dekat dengankau cuma sebab cabaran Nadhia, that's all. Dan kalau kau nak tahu. Ni.'' syakinah menarik lengan baju Refqee agar mendekatinya.

''Ni boyfriend aku yang sebenar. Kau tu tak ada apa-apa kaitan pun dengan aku.'' jelas Syakinah dengan kasar.

💎💎💎💎💎

Lelaki panas baran... Mmg truk! Cm cetan... Tak carut k... Mmg ptut Syakinah ckp cm tu...
Btw, Please Vote n komen...

〘✓〙My Little Young WifeWhere stories live. Discover now